Chereads / Royal Pain In The Ass / Chapter 5 - 05. Realiti

Chapter 5 - 05. Realiti

Flashback.....

"Aku benci hidup macam ni...kau boleh tak faham!"

"Aiden...jangan la macam ni. Fikirkan semula pilihan kau. Ayahanda dengan bonda akan bersedih kalau kau pergi dari sini."pujuknya dengan bersungguh pada abang lelakinya ini.

"Maafkan aku Adalina....aku sanggup hidup menjadi rakyat biasa dari hidup terkongkong macam ni...itu tak boleh ini tak boleh. Bercinta pun kena pilih..."

"Aiden...please. Fikirkan balik...ada cara lain selain kau keluar dari istana ni. Kalau kau pergi macam mana dengan aku. Sanggup ke kau tinggalkan aku sendiri dekat sini..."air mata dah mula turun ke pipi.

Aiden angkat tangan lantas menekup pipinya dengan wajah sedih. "Maafkan aku dik, aku tak boleh teruskan hidup dalam tempat ni lagi. Aku cintakan kekasih aku. Aku tak boleh bersama dengan pilihan ayahanda dan bonda..."

"Kalau kau keluar dari istana, ayahanda akan hapuskan kau dari organisasi keluarga kita...kau akan pergi jauh dari aku....aku tak boleh hidup sendiri macam ni..."raung dia dengan terdesak.

"Adalina...jangan macam ni. Kau buat aku nak bawa kau pergi dari sini bersama dengan aku

.."ujar Aiden sambil seka air mata dari tepi mata tu.

"Kalau macam tu bawak la aku sekali...!"

"Kau tahu aku takkan buat macam tu kan?"

"Tapi kenapa!"

Aiden diamkan diri buat seketika sebelum berkata. "Sebab aku tak nak kau hidup susah. Kalau kau ikut aku, kau tak boleh nikmati kehidupan ni...jadi jagalah diri kau baik-baik. Aku tahu ianya sukar, tapi aku percaya kau boleh hadapi semuanya dengan tabah."

End of flashback....

Keluhan panjang lepas dari bibirnya. Penat tak pasal-pasal setiap kali imbau kembali memori sewaktu dia berusia 16 tahun lepas.

Pejam celik dah lima tahu dia terpisah dengan Aiden.

Sambil duduk di penjuru katil menghadap dinding, Adalina diam termenung memandang bingkai gambar keluarga yang dia simpan sejak lima tahun lepas. Sejak kali pertama abangnya di lucutkan dari carta organisasi keluarga  diraja lepas berkahwin dengan orang biasa.

Dan sejak itu dia tidak pernah mendengar sebarang khabar mengenai abangnya itu. Malah ibubapanya sikit pun tidak mahu ungkit mengenai soal hidup mati abangnya.

Hari demi hari berlalu, dari minggu ke bulan dari bulan ke tahun. Tidak kurang sedetik pun.

Adalina masih teringat akan abangnya. Dia teringin sekali menemui lelaki itu. Namun disebabkan perintah larangan yang telah dititahkan oleh ayahandanya buatkan niat Adalina tidak pernah terlunas.

Sebab dia takut, kalau doa berdegil jugak, Aiden akan semakin jauh dari dia.

Malah sehingga la dia menginjak usia dewasa, suara abangnya tidak pernah dia dengari lagi. Entah hidup atau tidak, status abangnya sama sekali jauh dari pengetahuannya.

Sedang Adalina duduk bersilang kaki, diam termenung di atas katil.

Seorang dayang berjalan keluar dari bilik walk in kabinet lalu berdiri di tepi katil itu. Mulanya dia sangkakan Adalina sedar akan kehadirannya di situ, namun setelah dia pandang dia melihat Adalina sedang termenung.

"Tuan puteri..."suara lembut tu menyapa dari depan Adalina lepas tu.

Tanpa bergerak dengan kedudukan duduknya, Adalina gerakkan matanya dengan malas ke dayang di depannya. Dia tenung muka tu dengan renungan dingin. "Kenapa?"tanya dia dengan malas.

"Saya telah siap mengemas bagasi. Ada apa-apa lagi yang tuan puteri mahu tambah?" tanya Nina, dayang peribadi 10 tahun Adalina.

Adalina tenung wajah Nina yang sudah pun masuk usia 32 tahun dengan hati yang hiba. Dayang ini la kawan dia dan tempat dia luahkan perasaan. Nanti kalau dia ke Genovia. Pada siapa dia nak sandarkan kepala dengan.Selama ini dia tiada kawan baik atau kumpulan seusia dengannya. Jadi Dayang Nina saja la kawan dia di sini.

Setiap kali dia cuba berkawan, pasti ibubapanya akan halang dia. Katanya nanti mereka bawa pengaruh tak baik la. Latar belakang tak sepadan la dan sebagainya.

Sampai la dia dewasa macam ni, dia tiada kawan rapat yang boleh dia sandarkan kepala untuk luahkan perasaan.

Nak keluar bersosial pun ada syarat. Nak shopping pun kena keliling pengawal keselamatan. Sampai satu tahap, ayahanda sanggup tutup satu shopping complex tu khas untuknya saja.

Hidup sebagai kaum kerabat diraja ni sungguh menyeksakan.

Jadi jangan tanya kenapa dia boleh jadi manusia sadis dan tiada perasaan seperti ini.

"Tuanku..."panggil Nina lagi lepas sedar Adalina asyik pandang dia tak berkata apa-apa sejak tadi.

Adalina mencebik bibir sedih.

"Tolong saya Nina...saya tak nak pergi."minta Adalina dengan suara kecil. Dia tak tahu macam mana nak handle semua ni sendiri. Sumpah dia penat! Air mata mula bertakung di tepi mata. Dia tak nak pergi ke istana Genovia. Dia tahu, kehadirannya di sana nanti hanya akan dicemuh dan di pandang rendah dengan mereka di situ. Kan dekat mata semua orang dia hanya seorang tuan puteri yang terlebih manja dan menyakitkan hati!

Nina yang dengar suara lirih itu berkerut kening susah hati sebelum lekas-lekas ambil tempat di sisi Adalina. Dia tarik Adalina ke dalam pelukan tanpa berkata apa-apa. Dia faham akan anak asuhannya ini. Sudah dia bela sejak berusia 11 tahun. Segala baik buruk mahupun kelemahan Adalina sudah dihafalnya.

"Shhh...tuanku tak boleh menangis. Kalau ada yang tahu mereka akan fikir tuanku seorang yang lemah."pujuk Nina sambil gosok tepi lengan Adalina.

Oleh kerana terlalu sedih, Adalina hanya mampu menangis tanpa suara di balik ceruk leher Nina. Dia tak sanggup nak kecewakan ibubapanya lepas kejadian Aiden. Jadi dia tak boleh nak bantah atau menolak setiap permintaan mereka. Sebab dia sayangkan keluarganya ini.

Cukup la sekali lepas Aiden hampir buatkan ayahandanya diserang heart attack. Adalina tidak mahu ulang kejadian yang sama. Dia tak sanggup lihat bondanya menderita.

Nina terpandang bingkai gambar dimana putera mahkota Aiden berada sewaktu dia termenung memandang ke dinding. Sambil gosok belakang badan Adalina, sambil tu dia terfikir. Sekarang dia tahu apa yang patut dia bawakan sekali untuk Adalina ke sana nanti.