Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 40 - Trauma

Chapter 40 - Trauma

40.

Flashbacks

Dalam keadaan hampir hendak tersandung, Airis cuba seimbangkan badannya sewaktu tiga orang Budak lelaki menangkap dirinya dan menariknya secara paksa ke satu arah. Dia begitu bingung dan keliru sampaikan tidak tahu hendak buat apa!

           "Apa ni!Lepaskan la!"teriak Airis sewaktu berjalan laju kerana terpaksa dibuat tarikan yang diterimanya.

           "Diam la kau!"

          "Apa kau orang nak buat ni!Lepaskan aku!"

           "Hahaha...tak ada ibu.."

 

          "Huhuhuh...kuat menangis... wuwuwuw..."

           "Ibu aku cakap, kau tak ada ibu sebab Ibu kau dah lari dengan lelaki lain sebab tu dia buang kau!"

           "Wek...wek..budak kena buang dengan ibu sendiri..."

            "mama aku cakap dia anak luar nikah.."

            "Eeee....padan muka dia!Wekkk!!!!"

BANG! Pintu besar bilik simpanan barang terbuka kuat.

            "Cepat!Cepat tolak dia!"

            "Lepaskan aku la!"

            "Kurung dia...bukannya ada orang kisah dia ada ke tidak.."

            "Hahaha...kurung dia..."

Airis jatuh terbaring mengiring atas lantai stor sesaat kemudian. Dan bila dia baru hendak menoleh pintu stor tadi sudah tertutup rapat. Meninggalkan dirinya sendirian di dalam ruangan tersebut.

Gelap dan menyesakkan. Itu lah yang buat Airis trauma sehingga sekarang. Kejadian yang berlaku sewaktu dia sekolah rendah. Apabila rakan-rakan lelaki sekolahnya mengurung dia di dalam bilik stor belakang bangunan seorang diri. Meraung dia seorang diri sehingga keesokkan paginya. Tak kira la sekuat mana dia cuba pukul permukaan pintu tu, tak ada siapa yang menyahut.

End up....

Pihak sekolah dan Encik Davis mencari bagai nak rak sebab mereka semua tidak tahu hendak menemui Airis dimana lagi selepas Encik Davis dapat tahu Airis tidak pulang ke rumah pada Waktu yang sepatutnya. Sampaikan melibatkan pihak polis lagi tu. Tidak tidur tidak makan, Encik Davis cuba cari tahu sehinggalah ada seorang dari pengawal keselamatan sekolah yang kebetulan meronda sekitar stor memberitahu sebelum mereka menemui Airis ketakutan di dalam bilik stor tersebut.

Airis cuba menceritakan siapa pelaku sebenar. Tapi sebaliknya dirinya di persalahkan. Malah dituduh sengaja hendak memfitnah orang kerana tiada bukti kukuh mengatakan Budak-budak lelaki yang membulinya itu pelaku sebenar. Jadi Airis tidak lagi pernah cuba hendak mempertahankan dirinya. Sebab dia tahu sekalipun dia cuba, tiada siapa akan berpihak kepada dirinya.

Kerana Airis tahu tiada siapa akan bela dia kalau dia berkata benar.

Sejak itu dia tidak lagi mahu mempercayai sesiapa dengan mudah.

End of flashbacks

Seperti baru dihentak kuat pada dada, mata yang terpejam rapat itu terbuka secara mengejut. Nafasnya begitu kencang tubuhnya menggeletar kuat.

             "Papa...!!!"teriak Airis tersentak bangun dari tidur dengan peluh dingin merintik disekitar dahi dan leher bersama linangan air mata di pipi. Matanya terbutang luas kerana begitu ketakutan.

Sekali bila menyedari sekitarnya gelap, takutnya semakin menjadi-jadi.

            Airis menarik kedua-dua kaki rapat ke dada. Tak mungkin!"Papa!!!Airis takut.."gigil Airis sewaktu melihat sekelilingnya yang gelap gelita sebelum cahaya menyimbah pandangannya tidak lama kemudian.

Aron berdiri di depan pintu dengan muka bangun tidur terkejutnya. Rambut bangun tidur berselerak di merata arah.

Puan Adriana dan Encik David menyusul tidak lama kemudian. Kedua-dua mereka jugak kebingungan dalam keadaan mamai baru tidur memasing.

            "Apa?Kenapa?Perompak ke?"soal Aron dengan kayu besbol di tangan. Tangannya bersedia hendak menyerang sesiapa pun yang ada di dalam bilik itu. Mata lelaki itu terbutang luas. Terperanjat gara-gara mendengar teriakan dari bilik Airis sebentar tadi.

Pantas kepala Airis bergerak ke arah pintu. Dan saat itu lah baru dia sedar yang dia bukan berada di dalam bilik stor tetapi realitinya dia berada di rumah mamanya. Masa ini la dia mula berasa sebak yang amat sangat sampai tak dapat nak membendung tanggisnya. Mata Airis terkebil-kebil memandang Aron. Air mata berjuraian keluar dari kelopak mata itu.

Melihat keadaan Airis menangis begitu, perlahan-lahan Aron menurun tangan ke bawah. Kayu besbol tadi di letakkan ketepi.

           Dia agak terkejut melihat Airis buat kali pertama menangis begini. "Apa yang berlaku?"tanya Aron sambil jalan mendekat ke arah katil.

           "Dia orang nak kurung aku..."luah Airis dengan keadaan menggeletar seluruh badan. Wajahnya pucat lesi. Mimpinya seakan benar-benar terjadi. Dia berasa seakan benar-benar dikurung!

             "Siapa..."tanya Aron dengan kening mencerun. Mimpi apa pulak Airis ni?

Puan Adriana masih di depan pintu saat ini. Dia dalam keadaan teragak-agak dan tidak tahu hendak berbuat apa. Sementara Encik David pandang dengan kening berkerut tidak faham.

              "Aku tak tahu...tapi dia orang yang cakap aku anak buang kalau aku tak ada,tiada siapa kisah..." nangis Airis tersedu-sedu. Nafasnya tersekat-sekat hendak di hembus.

Aron tidak mengerti apa yang dituturkan oleh Airis sebab gadis itu tersedu sedan teruk. Nak tak nak Aron naik ke atas katil lantas menarik Airis ke dalam pelukannya untuk menenangkan Airis.

              "Shh....Tak ada sesiapa yang akan kurung kau Ris...tak ada sesiapa.."pujuk Aron. Tangan kirinya memegang belakang kepala Airis dengan erat. Sementara tangan kanannya mengusap-ngusap belakang Airis untuk menenangkan gadis itu.

Airis menyembamkan mukanya ke bahu Aron, mencengkam kuat lengan baju tidur Aron seakan nyawa dia bergantung padanya.

               "Aku nak papa...mereka akan kurung aku..sebab aku anak buang..."sedu Airis dengan kuat sehingga terhenjut-henjut bahu dibuatnya.

Aron menggosok belakang badan Airis dengan kening mencerun.

               "Tak ada sesiapa akan kurung kau Ris...bawa bertenang. Semua tu cuma mimpi..." waktu itu Aron memaling kepala ke arah pintu, memberi renungan seakan bertanya pada ibubapanya 'apa yang berlaku ni?'

Puan Adriana tidak terkata sendiri. Dia sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi. Ini kali pertama dia saksikan Airis berkeadaan begini.