42.
Setelah kelibat kembar dua orang itu tidak kelihatan dan suara mereka ketawa serta berbual sayup kedengaran, Encik David memandang Puan Adriana dengan kening mencerun.
"Adriana...apa yang berlaku sebenarnya antara awak dan Airis?"tanya David. "Apa maksud dia yang dia dibuang?Awak kata bekas suami awak yang bawa Airis jauh dari awak...tapi kenapa Airis cakap dia dibuang..."tanya Encik David dengan kening mencerlung.
Puan Adriana mendiamkan diri, wanita itu tunduk memandang pinggan. Sejak tadi sebenarnya dia terfikir tentang hal sama. Cuma tidak berani mengatakannya secara terang-terangan.
Encik David mengepal penumbuk sehingga putih buku ruas lelaki itu. Dia dapat mengagak sesuatu telah disembunyikan dari dia.
"Jawab saya Adriana...apa yang dah berlaku? Betul ke awak buang Airis?"soalnya dengan nada perlahan tetapi kedengaran terdesak.
Puan Adriana mengangkat kepala lalu memandang wajah Encik David dengan kening berkerut seperti hendak menangis. Dia tidak tahu hendak katakan apa lagi.
"Ya....saya tak nak Airis. Sebab masa tu saya masih muda dan mahu meneruskan kerjaya saya dalam bidang permodelan...saya minta cerai pada Davis dan berikan hak penjagaan pada dia...sewaktu Airis 6 tahun."luah Puan Adriana dengan nada kesal.
Mulut Encik David terbuka sedikit saat dia memandang terkejut akan Puan Adriana sebelum keningnya mencerun hendak marah. Apa yang semua ni!Dulu lain yang dia dengar, sekarang lain pula kisahnya!
"Sampai hati awak Adriana...dan awak cakap begitu depan Airis?Yang awak tak nakkan dia sebab awak memilih kerjaya awak? Jadi selama ni awak tipu saya soal anak awak dan bekas suami awak...kenapa awak buat macam tu?"luah Encik David dengan kesal dan air muka lelaki itu kelihatan begitu kecewa.
Puan Adriana mendiamkan diri, dia mengetap bibir menahan diri dari menangis.
Lantas Encik David menggeleng kepala, lelaki itu memandang kesal ke Puan Adriana. Tidak tahu samaada nak marah atau nak sedih. Kenyataan yang dia baru tahu ini begitu tertampar. Dia sangkakan isterinya ini seorang wanita yang bertanggungjawab dan dihormati. Tapi tidak!
"Apa yang awak fikirkan Adriana?Sebagai seorang ibu awak sanggup tinggalkan anak kecil awak begitu sahaja demi kerjaya?Memang tak hairanlah kenapa Airis bersikap begitu terhadap semua orang lagi-lagi terhadap awak...dia tak percaya dekat orang lain kerana awak-"dengus Encik David tidak puas hati, tidak dapat meneruskan kata-kata kerana terlalu kesal.
Puan Adriana mengangkat kepala. Dia menggeleng kepala saat memandang Encik David.
"Tapi saya menyesal akan hal tu David...." Puan Adriana menepuk dadanya sendiri.
"Awak pasti yang awak menyesal?Tempoh hari sewaktu Davis minta untuk izinkan Airis menetap Bersama kita awak mengelak."
"Itu sebab saya tak bersedia...awak tahu tu..."
Encik David berdengus tak percaya. Dia bangun dari duduknya. Sambil memandang marah ke tepi muka Puan Adriana sambal tu dia menghempas kain napkin ke meja dengan berang.
"Saya tak sangka yang awak sanggup tipu saya mengenai Airis...buat saya fikir Airis tu budak bermasalah dan menyusahkan. Buat saya bapa yang jahat sebab salah faham dengan dia..."luah Encik David sebelum keluar dari dapur dan berlalu naik ke tingkat atas. Meninggalkan Puan Adriana seorang diri di dapur itu.
Tidak lama kemudian Encik David turun dengan beg sekolah kembar dan beg kerjanya. Lelaki itu mendapatkan kembar lalu keluar dari rumah itu tanpa mengerling ke arah Puan Adriana walaupun sekejap.
Terlalu marah pada isterinya yang mereka-reka cerita mengenai perkahwinan Puan Adriana bersama dengan Encik Davis. Menuduh Encik Davis yang memisahkan Airis dari Puan Adriana. Padahal Puan Adriana yang meninggalkan Airis.
Selepas keadaan rumah itu lengang, Puan Adriana yang duduk lesu di meja makan kemudiannya bangun dari situ. Mengemas meja makan dan mencuci pinggan.
Setelah itu Puan Adriana mencapai telefon bimbitnya di meja kopi ruang tamu. Dia mengambil tempat di satu dari sofa di situ lalu menghubungi nombor Encik Davis untuk mengetahui hal sebenar. Setelah dia menunggu berapa ketika panggilan akhirnya dijawab.
"Hello..."sapa Encik Davis dalam panggilan.
Puan Adriana tunduk memandang ke lantai saat tangannya menggentel hujung kardigan.
"Airis demam...lepas dia menjerit ketakutan malam tadi sebab bermimpi..."maklum Puan Adriana bernada perlahan.
"Apa dia?Lagi sekali?Saya ingatkan semua tu dah berlalu?"jawab Encik Davis yang kedengaran tenang dan seperti sudah terbiasa dengan berita itu.
"Davis kenapa awak tak beritahu hal ni pada saya?"marah Puan Adriana.
"Hei..awak tak berhak tinggikan suara pada saya okay. Awak yang tinggalkan Airis. Dan berikan memori buruk tu sendiri pada dia....saya sedaya upaya bantu dia untuk sembuh dari trauma tu...awak?dekat mana awak masa dia perlukan awak?" bantah Encik Davis yang cuba mempertahankan dirinya sendiri.
Puan Adriana tunduk memegang dahi dengan tangannya yang ditopang pada peha kaki kanan.
"So ini tujuan awak hantar Airis ke sini?"soalnya perlahan.
Dengusan kecil kedengaran dari balik panggilan tu. "Sejak awak tinggalkan dia, hidup Airis tak seperti normal kanak-kanak lain Adriana. Jadi saya nak awak tengok sendiri apa kesan dan akibat keputusan awak terhadap hidup dia...takkan la saya kena hadap semua ni sendiri. Baru la adil ya tak.."
Serapatnya mata itu dipejam oleh Puan Adriana bersama dengan air mata turun membasahi pipi.