48.
Seminggu kemudian....
Kawasan sekitar koridor lokar pelajar sibuk pada awal pagi itu. Disebabkan ramai yang mempunyai kelas pagi, maka bersepah-sepah pelajar di situ. Ada yang duduk bersila depan lokar Bersama laptop terbuka atas silaan kaki menyiapkan tugasan. Ada yang sedang bersandar pada lokar berborak pada rakan bersebelahan lokar. Terdapat juga beberapa orang pelajar sibuk mengambil barang di dalam lokar masing-masing.
Dan di antara ramai-ramai pelajar di situ kelihatan Aron dan Airis sedang berjalan merentasi koridor. Airis memandang ke depan dengan muka tidak kisahnya sementara Aron tidak berhenti cuba bergerak kanan dan kiri hendak memandang muka Airis yang sepertinya enggan menghiraukan dirinya.
"Ala....Please...kali ni aje..."
"No...aku tak nak..."
Aron mengekori langkah Airis yang sedang jalan menghampiri lokar selepas tamat kelas bersama-sama tadi. Dari masuk kelas sampai habis kelas Aron tidak berhenti merayu kepada Airis supaya mengambil giliran untuk babysit kembar dua orang tu.
Semua itu disebabkan Aron ada latihan besbol sampai lewat petang pada hujung minggu nanti.
"Kali ni aje aku mintak Ris...please tolong aku. Aku tahu sepatutnya aku yang jaga dua orang tu, tapi masalahnya aku ada perubahan jadual..."
"Kenapa aku?Dah berapa kali aku tak keluar malam setiap hujung minggu gara-gara nak jaga dua makeluk tu?" keluh Airis sambil berhenti melangkah dan membuka pintu lokarnya. Menyumbat buku dan mengambil buku untuk kelas terakhirnya pada hari ini dengan malas-malas.
Aron menekap kedua-dua belah tapak tangan dan di bawa ke depan muka. Merayu minta pada Airis dengan kening mencerlung depan gadis itu.
"Please...aku merayu dekat kau..umm..." rengek lelaki itu sambil menggosok-gosok tapak tangannya.
Airis tidak membalas, dia hanya diam mengemas lokarnya sebelum satu suara lantang kedengaran dari hujung koridor. Menyentak semua orang yang ada di koridor lokar itu.
"Airis!Aron!!"
Aron yang berdiri di tepi lokar menjengah kepala, memandang pelik ke arah lelaki yang sedang bergerak menolak orang di sekitar. Dan lelaki itu adalah Lucas yang sedang berlari anak mendekati mereka dari hujung koridor.
"Dah apahal pulak tu?"
Bersama muka tidak kisahnya Airis pandang sekejap ke Lucas sebelum menutup pintu lokar.
"Hai..hai Pretty..."sapa Lucas saat mendapatkan Airis, mendukung gadis itu dengan tinggi sebelum di pusing-pusing. Lelaki itu kelihatan sangat gembira dan ceria.
Airis yang di dukung memegang bahu Lucas, memandang terkejut dengan tindakan Lucas. Terkejut dia! Dah kenapa ni!?
"What the h*ll..Lucas...turunkan saya!"arah Airis sambil memukul-mukul bahu Lucas.
Aron yang lihat memandang pelik, hairan dengan tingkah Lucas yang tiba-tiba itu.
"Dude kau dah kenapa?"soal Aron sewaktu memandang Lucas menurunkan Airis dan lelaki itu menarik Airis ke dalam pelukan. Setelah memeluk Airis seperti enggan di lepaskan. Aron kemudiannya memegang kedua-dua belah pipi Airis.
Mata Airis terbutang luas. Dia memandang kagum ke arah Lucas. Well dia bukan nak merungut atau marah, tapi at least beritahu la kenapa Lucas ni teruja sangat?
"Apa yang dah rasuk awak ni Lucas?" tanya Airis dengan sengih meleret hendak ketawanya.
"Hehehe....."Lucas menilik wajah Airis dengan senyuman lebar di bibir sebelum menghujani ciuman di seluruh ceruk muka Airis, mata pipi, hidung, kening,dagu,rahang dan dahi berulang-ulang kali. "Muah... muah....muah...muah...!"
Airis menepuk-nepuk bahu Lucas dengan mata terpejam. "Lucas berhenti!!"gelut Airis yang kegelian dan rimas di perlakukan begitu. Tangannya berada di atas dada Lucas cuba menolak lelaki itu jauh darinya.
Mereka yang berada di sekitar hanya memerhati, ada yang rasa pelik dan juga cemburu pada masa yang sama. Tak pernah-pernah Lucas gembira macam ni. Mereka semua kenal perangai Lucas yang pendiam dan tak banyak sangat tunjuk emosi. Sejak ada Airis aje la Aron rajin nak tersenyum .
"Aku terlalu happy sangat dan tak tahu dekat siapa aku nak luahkan. Orang pertama yang aku terlintas dalam fikiran adalah kau, Airis...sejak aku jumpa kau hidup saya berubah! Sekali pun tak pernah tak happy!"ucap Lucas setiap satu kucupan hinggap di wajah Airis.
Mata Airis pejam celik setiap kali bibir Lucas menyentuh wajah dan matanya bertubi-tubi.
"O..Okay..okay..saya faham. Kalau ya pun... please stop!"arah Airis yang tidak dapat meneruskan kata-kata apabila Lucas menarik dia ke dalam pelukan dan kepalanya di sembam ke dada lelaki itu. "Umph! Aron do something about your crazy maniac kiss and hug friend of yours NOW!"arah Airis di balik dada Lucas. Tangannya memukul-mukul sisi lengan Lucas.
Aron yang dengar tidak ambil kisah.
"Bukan urusan aku..."lelaki itu menjungkit bahu lalu beredar dari situ untuk ke kelas seterusnya.
"Hahahah . thanks sangat sebab hadir dalam hidup aku Airis!"peluk Lucas akan kepala Airis ke dadanya.
Haih!Airis menghela nafas mengalah. Langsung tak terkata mengenai situasi itu.