50.
Dua minggu kemudian....
"Jennie pakai stokingnya cepat! Apa masalah kau ni!"marah Airis sewaktu sedang mengejar Jennie sementara Aron sibuk menguruskan Lissa.
Mereka berdua sudahpun lambat hendak ke kelas, makin lambat jawabnya gara-gara nak siapkan dua toyol kecil ni.
Kalau Adriana tak outstation selama beberapa hari ni tak adanya mereka seperti ibubapa muda beranak dua sekarang ni!
Suara ketawa terkekek-kekek kedengaran dari dua kembar itu.
"Lissa..pakai baju ni dulu!"arah Aron pada Lissa sambil memegang hoodie saiz kecil berwarna putih. Uniform tadika yang tadi kemas di dalam skirt kecil itu sudahpun terkeluar dari skirt Budak itu.
Airis berlari mendapatkan Jennie yang sedang melompat-lompat girang di atas sofa.
"Tak nak! Lissa tak nak pergi school!"laung Lissa sambil berlari merentasi ruang tamu sebelum masuk ke dalam dapur sambil dikejar oleh Aron dari belakang.
Airis yang sedang meriba Jennie sibuk menyarung stoking kecil yang sememangnya sukar untuk dipakai. Entah macam mana lah tukang jahit buat stoking ni. Tak boleh ke reka stoking yang mudah untuk di sarung pada kaki budak. Ini sudahlah kecil ketat lagi tu. Menyusahkan betul!
"Urm...tak nak pakai.."gelut Jennie di riba Airis.
"Diam atau aku sumbat kau orang dalam akurium nanti.."deram Airis sewaktu Aron berjalan masuk ke dalam ruang tamu dengan Lissa di atas bahu, kepalanya tertonggeng ke bawah.
"...mana jam tangan aku?"tanya Aron dengan kening berkerut. Lelaki itu berjalan dari hujung sofa dan meja mencari jam tangan G-shock hitamnya bersama Lissa yang sedang menjerit supaya dilepaskan atas bahunya.
Airis pandang sekejap akan keadaan Lissa itu. Dia sendiri tidak kuasa hendak menegah Tindakan Aron itu kerana kedua tangannya juga sedang sibuk.
"Kenapa kau orang ni buat perangai pepagi macam ni?"bebel Aron Waktu itu.
Setelah selesai memakaikan stokin. Airis mendukung Jennie, enggan membiarkan toyol ini menanggalkan stoking dan kasut yang sedia terpasang di kaki semula. Dia berjalan masuk ke dalam dapur, mencapai jaket varsity hitam Aron, beg sandang , telefon bimbit, kunci kereta dan jam tangan lelaki itu. Apabila dia berjalan keluar dari dapur bunyi loceng pintu pula kedengaran.
"Oh god! Tak boleh ke dalam sehari rumah ni tenang....."ngerang Aron kerimasan. "...siapa pula yang datang awal pagi macam ni?"marah Aron sewaktu berjalan ke arah pintu dengan Lissa dalam dukungannya. Apabila lelaki itu membuka pintu serta merta muka bercemberut lelaki itu hilang.
Kening lelaki itu terangkat tinggi kerana teruja.
Senyuman ikut terukir di bibir dengan lebar.
"Hai..sorry sebab datang mengejut.."sapa orang di depan pintu itu dengan girang.
"Hai Rina..."sapa Aron dengan senyuman boyishnya di bibir. Gembira kerana melihat Rina di situ.
Rina yang baru sahaja hendak buka mulut dan melambai sapa pada Aron terbatal apabila melihat Airis muncul di belakang Aron sambil menyua barang lelaki itu pada Aron.
"Ni jam tangan kau..."sua Airis pada Aron yang belum menyedari kehadiran Rina.
Kening Rina terangkat sedikit kerana tersentak. Dia tidak menyangka yang dia akan melihat Airis di sini. Pada mulanya Rina ke situ kerana hendak ajak Aron pergi ke kolej sama-sama. Itu yang dia terus datang ke rumah Aron memandangkan kelas pertama mereka sama dan rumah dia pun berdekatan dengan Aron.
Tapi tidak tahu pula dia yang Airis tinggal bersama dengan Aron. Rina membuat muka pelik tidak suka. Namun dia sembunyikan reaksi itu di dalam hati.
"Oh...saya tak tahu pula awak dengan Airis ni dah ada anak?"selorohnya bernada sindir.
Kepala Airis terus tersentak memandang ke depan sebaik mendengar teguran tersebut, keningnya terus berkerut sebaik menyedari Rina sedang berdiri di depan pintu itu. Pelik kenapa minah ni suka sangat menyibuk. Lagi-lagi dengan Aron.
Sejak dua minggu yang lalu Rina mulai dekati Aron. Mendekati Aron seperti lintah. Mana ada Aron pasti ada perempuan ni. Ianya kelihatan sangat jelas yang Rina sedaya upaya hendak mengurat Aron.
Yang mana telah berjaya!
Airis perhatikan aje sebenarnya selama dua minggu sejak Rina jejak kaki di kolej. Sejak itu Rina seakan menjadikan Aron sebagai sasaran Utama gadis itu. Yang mana sedikit mencurigakan. Bukan dia berasa iri tapi berasa aneh dengan kemesraan dan keramahan yang ditonjolkan Rina kebelakangan ini.
Aron membetulkan dukungan Lissa dalam pelukannya apabila adik kecilnya mahu turun.
"Oh tak ini bukan anak saya..."lelaki itu menoleh ke arah Airis kemudiannya. Sikunya di singgul perlahan ke tepi lengan Airis.
Airis berpaling perlahan ke tepi lantas mengerling tidak puas hati ke Aron. Hah!Nak apa pulak!
Aron menjungkit kening pada Airis. Lelaki itu memberi renungan seperti 'please kali ni jer'.
Airis yang perasan akan renungan itu menjuling mata menyampah. Dah agak punya!
Here we go again!