49.
Hah!
Dia tak pernah merasakan seletih ini.
Keluhan panjang di lepaskan bersama sewaktu Airis menghenyak punggung di kerusi dan seusai dia duduk, dua lelaki ambil tempat dia kerusi kanan dan kirinya pada masa yang sama.
Seorang sibuk dengan telefon, seorang lagi tersenyum sampai ke telinga.
"Beritahu saya apa yang buat awak happy sangat ni Lucas?"soal Airis sambil mengeluarkan buku teks dan pen dari beg sambil tu.
Lucas yang dengar berpaling, dia meletakkan tangan di belakang kerusi Airis lalu duduk menyondong merapat dengan Airis. Membuatkan Jarak mereka hanya sejengkal sahaja.
"Well...panjang ceritanya kalau nak diberitahu. Tapi aku akan pendekkan terus." ujar Lucas dengan senyuman bahagia di bibir. Kalau boleh dia mahu tersenyum dari hujung telinga ke hujung telinga sampai ke malam nanti.
Airis berpaling memandang Lucas, meninggalkan jarak di mukanya beberapa inci dekat dengan Lucas. Mata Lucas membuatkan Airis terkedu. Rapat betul!Mujurlah dia ni jenis yang bukan kuat melatah, jadi Airis hanya buat muka selamba tidak kisahnya.
"Beritahu la kalau macam tu?"
"So, nak dijadikan cerita...aku ada masalah dengan family aku kebelakangan ni yang mana membuatkan aku sibuk sepanjang masa. Tapi entah macam mana masalah tu selesai secara tiba-tiba...dan beban yang aku tanggung akhirnya menjadi ringan."cerita Lucas dengan perlahan. Cukup kuat untuk Airis sahaja yang dengar.
Airis pandang dengan kening berkerut tak faham.
"So?Itu tak bermakna awak perlu serang saya macam tadi depan semua orang..."gerutu Airis.
Lucas tersenyum. dia tidak terasa dengan cara Airis bercakap. Sebab dia dah faham dengan sikap Airis. Lucas tahu bukannya Airis sengaja berkata kasar, sebab memang itu cara Airis bercakap. Nak buat macam mana.
"Takkanlah kau nak aku peluk cium Aron pulak..."sengih Lucas dengan renungan nakal.
Airis membuat muka jijik. Ih! Ke situ pulak!
Lucas ketawa kecil. "That's why...itu yang aku peluk kau...you should proud for that you know." sengih lelaki itu sambil mengusap belakang bahu Airis. "Tak semua boleh terima treatment sama macam mana aku treat kau,...dan antara aku dan Aron..kami berdua ni paling susah nak beri affection pada orang terutama sekali pada orang perempuan..."
"Proud my ass!"getus Airis menyampah. Sedangkan dalam diam dia memang dah kembang setaman. Maksudnya dia ni istimewa la kan!"...itu namanya cari masalah. Saya tak nak peminat fanatik awak serang saya gara-gara nampak awak buat macam tadi..." Airis menepis turun tangan Lucas dari bahunya.
Tersengih Lucas lepas tu.
"Jangan risau aku akan lindungi kau..." Lucas memeluk bahu Airis. Membawa kepala Airis berlaga dengan kepalanya sambil mengomol-gomol pipi Airis dengan pipinya sendiri.
Sedang Airis bergelut dalam pelukan Lucas, pintu dewan kuliah terbuka, pensyarah kelas mereka berjalan masuk bersama dengan seorang pelajar perempuan yang sepertinya orang baru di situ.
Membuatkan semua mata terarah pada pelajar perempuan itu yang mana sama-sama cantik seperti Airis. Cuma bezanya badan dia tinggi seakan model. Dan antara ramai-ramai di situ Aron lah yang paling termangu.
"Baik kelas..beri perhatian."minta pensyarah. "...di sini ada beberapa makluman untuk kamu semua." pensyarah itu tunduk memeriksa helaian kertas di tangan. "Peperiksaan akhir semester akan bermula mulai awal bulan hadapan yang mana akan berlangsung selama dua minggu berturut-turut. Jadi sesiapa yang masih mempunyai tugasan yang belum di siapkan, projek yang perlu dibentangkan harap dilengkapkan secepat mungkin."maklum pensyarah. Seterusnya ialah kita ada pelajar pertukaran dari St.Ivy League. Disebabkan dia terpaksa pindah dengan urusan keluarga. Mulai hari ni dia akan jadi rakan sekuliah kamu...dipersilakan untuk perkenalkan diri."
Lucas sama sekali tidak beri perhatian kerana mahu memeluk Airis, sementara Airis menolak lelaki itu agar menjauh darinya sambil kepala menghadap ke depan kelas.
Gadis lampai itu memandang ke arah mereka semua dengan senyuman manis di bibir.
"Hai...saya Rina Athena. Selamat berkenalan." ucap gadis itu dengan renungan bersinar penuh semangat.
Angin halimunan membuatkan bulu roma Airis meremang. Airis yang lihat Rina berasa semacam, entah kenapa firasat dia mengatakan bahawa perempuan ini membawa perasaan tidak baik dalam perasaannya.
"Cantiknya dia..."gumam Aron tanpa sedar, seperti baru di panah cinta pandang pertama.
Sementara semua pelajar di dalam dewan itu melongo lihat kecantikan Rina, Lucas masih tersenyum senang saat memeluk Airis rapat ke dadanya sama sekali tidak peduli dengan kehadiran pelajar baru tersebut. Bagi Lucas, hanya Airis saja dimatanya.
Airis yang dipeluk Lucas pula, pandang Rina dengan renungan curiga dan penuh awas. Terus terhenti niatnya hendak menolak Lucas menjauh. Perasaan apa ni?