Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 46 - Part Time Barista

Chapter 46 - Part Time Barista

46.

KRINCING!

Bunyi loceng menyapa telinga sebaik sahaja pintu di tolak ke dalam.

Masuk sahaja ke situ, ada bau kopi baru di brew menerawang di seluruh kafe menyapa hidung semasa dia berjalan masuk ke tempat itu.

           "Hai selamat datang ke Kafe Fe Rose." sambut para staf yang berada dalam kafe itu sewaktu pintu premis terbuka.

Dua orang pelanggan mengenakan hoodie yang sama warna berjalan masuk ke dalam dan menghampiri kaunter menghadap pintu disitu. Menarik perhatian seorang daripada staf yang sedang berdiri di belakang kaunter.

Tidak menyangka akan bertembung di situ.

           "Hai Handsome.."sapa Airis tidak semena selepas menyedari siapakah staf di belakang kaunter tersebut, dimana tegurannya itu telah menarik perhatian staf wanita berdekatan dengan kaunter tersebut.

Tersentak tuan punya panggilan tu.

          "Hai Pretty..."sambil ketawa kerana terkejut Lucas menyambut sapaan Airis. "Kecil aje kan tempat ni...?"

          "Itulah yang dikatakan kalau dah jodoh tak ke mana..."Airis berseloroh.

          Lucas tertawa kecil. Hangat dada dia rasakan sekarang ini. Malu bila di tegur Airis tapi pada masa yang sama happy sebab dapat bertemu dengan Airis selepas beberapa hari tak berjumpa. "Jarang kau keluar malam macam ni Aron?Bukan kau jaga badan?"

           "Princess seorang ni baru nak baik demam...craving la macam-macam...kalau tak, tak ada maknanya aku keluar..."jawab Aron melirik beberapa menu yang tertera.    

Staf wanita di situ mula memandang cemburu dan minat pada Lucas. Ada juga yang mengerling hairan taktala melihat betapa cerianya Lucas menyapa gadis di hadapan kaunter itu. Buat pertama kali mereka melihat Lucas kelihatan mesra dan tidak dingin pada pelanggan wanita.

            "Saya ingat awak kerja dekat bengkel kereta?Ini sebahagian dari kerja awak juga ke?"tanya Airis yang terkejut melihat Lucas di situ. Memangnya ada berapa banyak pekerjaan yang Lucas dah ambil?Lelaki ni tak reti penat ke apa?

Lucas memandang skrin mesin ordernya. Dia menyentuh skrin itu dan ini.

             "Ya....aku kerja di sini juga...Boleh saya ambil pesanan?"tanya Lucas yang gembira dengan kehadiran Airis di situ yang mana mengejutkan dia juga namun begitu dia perlu mengekalkan profesionalisme dia dan ketepikan hubungan peribadinya buat sementara waktu.

Aron yang berdiri melangit di belakang Airis dongak memandang papan menu yang berada di belakang kaunter. Sebelah tangan menopang lurus pada kaunter. Sementara sebelah tangan lagi menyeluk ke dalam poket hoodie.

              "Bagi aku set B, makan sini...untuk Airis bagi dia Hot Cappucino two shot. Tanpa gula dengan kek tiramisu..." pesan Aron sambil memandang papan menu.

Airis yang tidak tahu hendak order apa, ikutkan sahaja pesanan Aron. Lagipun Aron lebih tahu tentang kafe ni di bandingkan dia. Sambil tu dia lirik wajah handsome Lucas seketika. Let to be truth okay...Lucas ni pakai apa pun nampak smart. Pakaian mekanik ke uniform barista ke...tak ada beza!Semuanya kena pada Lucas.

            Lucas yang dengar mengambil pesanan itu dengan professional. "Ada apa-apa tambahan?" tanya Lucas memandang Airis sekejap sebab dia perasan betapa pucat dan cengkungnya wajah Airis. Teruk sangat ke demam tu?

              "Tak itu je..." jawab Aron sambil menyeluk dompet dari poket belakang seluarnya.

Dua staf wanita yang kebetulan berdiri di belakang kaunter terpegun seketika apabila melihat dua orang lelaki yang berdiri melangit di antara Airis. Bukannya mereka tidak, malah mereka kenal akan dua sahabat baik ini. Aron sering dapat lepak di kafe ini bersama Lucas sekiranya Lucas tidak bertugas pada hari tersebut. Walaupun begitu mereka tetap terpegun tidak kira berapa kali mereka bertembung dengan Aron.

Airis terperasan akan renungan yang terarah pada Aron itu hanya menggeleng kepala. Entah apalah yang mereka pandangkan sangat pada Aron ni. Yang mana bagi pandangan Airis kelihatan biasa-biasa sahaja. Handsome lagi Lucas kut...

             "Okay...semuanya 15$. Pesanan anda akan dihidangkan tidak lama lagi."ujar Lucas selepas swipe kad kredit Aron dan menyerahkan resit ke tangan Aron seusai itu.

             "Terima kasih Handsome."ucap Airis sewaktu hendak bergerak pergi.

             "Sama-sama Pretty..."Lucas melambai tangan kecil pada Airis dengan senyuman berlesung pipit dia.

Aron kemudiannya memimpin Airis ke sebuah meja yang terletak betul-betul di depan cermin kaca menghadap pemandangan luar.

Airis duduk di kerusi berhadapan dengan Aron. Waktu itu Aron sedang duduk sandar malas kerusi. Tangan kanannya memegang telefon, sementara tangan kiri berada dalam poket hoodie. Sementara Airis lihat-lihat sekeliling interior design kafe itu.

Ianya bertemakan young and hipster. Mungkin target pasaran mereka orang muda yang suka lepak di kafe tersebut. Alunan muzik genre pop dan raggae dimainkan sayup di situ. Mencipta suansana relaks dan chill.

Mereka mendiamkan diri buat seketika sehinggalah Airis sendiri yang memecahkan kesunyian di meja mereka.

            "Hey, Aron..."panggil Airis setelah terfikir akan sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya selama ini.

            "Mm..."balas Aron tanpa memandang Airis.

Airis menarik garis nipis di bibir saat melihat reaksi Aron yang acuh tak acuh dengannya.Minat sungguh lelaki ini dengan telefon itu. Jarang sekali Airis lihat lelaki itu berpisah dengan telefon buat seketika.

            "Kau ada teman wanita ke?"soal Airis.

Aron mengangguk kepala.

             "Kenapa aku tak pernah nampak kau keluar dengan mana-mana perempuan sepanjang aku dekat sini?"

Aron mengangkat kepala, memandang Airis dengan kening terangkat. Baru nak ditanya?

              "Sebab aku dah putus..."jawab Aron dengan selamba.

Kening Airis terangkat tinggi.

Sorry apa dia?