43.
Senyap sunyi.
Itu yang pertama-pertama menyambut sedar Airis selepas terjaga dari tidur panjang. Lepas buka saja mata, dia tidak ingat berapa lama dia dah tertidur, sekarang jam berapa, kenapa dia terlantar...semua tu langsung tidak difikirkan.
Sebab Airis sedia maklum dengan keadaannya saat ini.
Bukan kali pertama dia lalui semua ni. Jatuh sakit adalah perkara biasa, tapi kalau kisah lama terimbau semula itu bermakna dia benar-benar stres. Itu yang sampai demam.
Masih tidak bergerak dari kedudukkan selepas bangun.
Airis termenung memandang kain langsir yang bergerak ke depan dan ke belakang taktala udara dari kuakan kecil di jendela bertiup. Melihatkan keadaan gelap tanpa matahari di luar jendela menunjukkan waktu sudahpun masuk senja saat dia sedar.
Airis baru bangun dari tidur selepas lenanya yang entah sudah berapa lama dia ambil sejak malam tadi. Tidak bergerak dari baring mengiringnya memandangkan seluruh badan dan kepalanya berdenyut sakit selepas terjaga tadi.
Benda biasa yang selalu Airis hadapi kalau mimpi buruknya datang kembali. Dia akan alami demam panas kerana terkejut.
Suasana senyap itu tidak berpanjangan apabila bunyi ketukan pintu kedengaran lalu diikuti dengan suara itu.
"Kamu dah bangun?"tegur suara itu perlahan.
Oh!Dia lupa yang dia bukan berada di rumah papa tapi mama dia.
Airis tidak membalas pertanyaan itu. Dia hanya kaku mendiamkan diri memandang ke langsir. Kepala yang sedang berdenyut sakit cukup untuk buatkan dia enggan bergerak banyak.
Memandangkan tiada respon dari Airis, Puan Adriana pun perlahan-lahan jalan mendekati katil lalu duduk di hujung kaki Airis. Menoleh memandang Airis yang sama sekali tidak menghiraukan kehadirannya di situ.
"Kamu nak makan?Ke minum?Satu hari ni kamu tak makan..."tanya Puan Adriana dengan lembut.
Buat seketika, Airis sekadar diam. Dia tidak membalas kecuali hanya berkedip mata.
"Mama ada sediakan bubur kalau kamu nak makan sekarang."tambah Puan Adriana lagi.
Sambil termenung memandang kain jendela, Airis tarik nafas dalam-dalam lalu dihela senyap.
"Keluar..."
"Airis...jangan la begitu...mama cuba nak bantu kamu."
"Kalau kau nak bantu aku senang... tinggalkan aku sendirian. Kau tak payah nak berlagak jadi seorang ibu. Aku tak perlukannya...selama ni aku sakit aku jaga diri aku sendiri...hidup jer aku tanpa perhatian kau..."halau Airis dengan nada mendatar tidak bertenaga.
Puan Adriana melepaskan keluhan. Dia tunduk memandang lantai yang dipijak kakinya.
"Apa kamu nak mama lakukan supaya kamu maafkan mama Airis..." Puan Adriana berpaling memandang Airis."Mama cuba lakukan yang terbaik, menjadi seorang ibu yang baik untuk kamu...."nangisnya sebak.
Airis memejam mata, lalu perlahan-lahan bibirnya melepaskan hela nafas panjang.
"Nothing....just do nothing..."jawab Airis perlahan namun lirih dalam keadaan memejam mata. "Because I don't need you anymore..." luah Airis dengan jujur. Hatinya telah tawar untuk menerima Adriana dalam hidupnya semula. Sakit tapi itu kenyataannya.
Puan Adriana tunduk memandang ke lantai, bibirnya di ketap nipis.
"Mama tahu dengan ucapan maaf, semuanya takkan kembali kepada sediakala.. tapi Airis..-"
"Cukup..."halang Airis untuk hentikan Puan Adriana dari terus berkata. "Just get out..."mintanya dengan lemah. Masih memandang ke arah jendela.
"Please..."ucap Puan Adriana dengan sedih.
Terus Puan Adriana tunduk menekup muka. Menangis di balik tapak tangan itu. Terlalu sedih sehingga tiada kata-kata dapat keluar dari mulutnya.
Sementara Airis sedikit pun tidak terkutik. Entah kenapa tanggisan mamanya itu tidak sampai ke hatinya.
"Maafkan mama Airis..mama menyesal dengan keputusan mama..mama tak tahu apa yang kamu alami....sehingga akhirnya mama hanya bersikap pentingkan diri dengan memaksa kamu untuk terima semua setelah apa mama lakukan terhadap kamu...."nangis Puan Adriana dengan sedu.
Dah terlambat untuk semua ni. Sekalipun Adriana cuba get back semula menjadi mama dia, Airis tidak dapat menerima Adriana lagi. Dia sudah terluka yang amat sangat.
Airis mendiamkan diri. Dia kembali termenung memandang langsir tadi. Sama sekali tidak tersentuh dengan kesedihan Adriana. Kerana dia dah puas. Puas menangis sampai air mata pun tidak lalu hendak mengalir lagi.
"Aku nak tidur....keluar dari bilik ni sebab kau menggangu..."arah Airis yang bersusah payah bergerak mengiring ke kanan. Membelakangkan Adriana.
"Maafkan mama Airis..."ucap Puan Adriana sekali lagi.
Airis memejamkan mata, deru nafas kasar kedengaran dari hidungnya. Maaf...maaf... senang aje kan ucapkan perkataan tu!
"KELUAR!"arahnya dengan ketapan gigi. Rasa menyampah dah jengkel dengan kehadiran Adriana.
Sebab Adriana lah Airis terpaksa hadapi semua ni. Sejak Airis ditinggalkan Adriana, Airis sering dihantui dengan memori lama dia sewaktu kanak-kanak. Memori semasa rakan sekelas dia mengurung dia dan suka buli dan cemuh dia sebab dia tidak beribu. Dan berita mengenai dirinya di buang tersebar di seluruh sekolah.
Kerana sejak itu dia tidak lagi suka melayani orang dengan baik. Sikapnya berubah kasar dan menyakitkan hati. Paling teruk adalah trauma dia dalam bilik tertutup. Airis memandang belakang badan Puan Adriana sewaktu wanita itu jalan keluar dari bilik itu dengan sedih sebelum dia menarik cadar naik ke muka.
Menutupi mukanya agar tanggisnya tidak kedengaran, dan air mata yang turun di pipi tidak dilihat sesiapa.
Sekarang dia faham kenapa papanya menghantar dia ke mamanya semula. Airis tahu yang tujuan papa dia hantarnya ke sini adalah untuk menyedarkan tindakan mamanya selama ini telah membuatkan dirinya begini!