44.
Masuk hari keempat Airis sakit.
Ketidak hadiran Airis di kolej dirasai oleh ramai orang. Terutama sekali mereka yang sering melihat dan perasan akan kehadiran gadis itu. Terutama sekali 3 Queen kolej dan juga para peminat gadis itu. Biasanya mereka Nampak aje Airis di tempat biasa Airis lepak atau Bersama Aron. Namun sejak beberapa hari berlalu, kelibat mahupun bayang Airis tidak kelihatan dimana-mana.
Disebabkan Aron sering di lihat bersama dengan Airis, lelaki itu turut dihujani dengan soalan yang sama berulang kali dan tanpa henti oleh ramai pihak.. Di mana sahaja lelaki itu muncul pasti akan ada yang bertanya.
"Mana Airis..."
"Airis tak datang ke hari ni?"
"Airis tak ada pun dekat kelas.."
Soalan-soalan itulah yang didengar oleh Aron sampaikan lelaki itu menjadi jengkel. Sepanjang perjalanan dia takut-takut, malah menyelinap berkeliaran dalam kolej seperti pencuri. Takut di lihat orang.
Rasa seperti dirinya jadi buruan orang di situ. Tidak pelajar mahupun pensyarah. Semuanya mencari dirinya kerana ingin tahu mengenai Airis.
Terintai-intai di balik tembok, renungan Aron liar melihat kawasan parkir. Memastikan tiada peminat Airis berdekatan tempat itu. Serious talk!Aron berasa sangat terganggu oleh mereka.
Tanpa diketahui, Waktu Aron sedang bersembunyi, seseorang muncul dari belakang. Menyelinap untuk menyergahnya.
"Bro!"
Tidak semena disergah, Aron melompat terkejut. Dengan pantas dia berpaling. Matanya terbutang saat menilik orang di hadapannya dari atas sampai bawah. Hampir aje dia hendak buka Langkah taekwando dia.
"Kau apahal Lucas! Terkejut aku tahu!Kau rupanya...aku ingatkan siapa tadi.."Aron memejam mata lega sambil mengusap dada.
Lucas ketawa kecil, dia membetulkan tali beg galasnya di bahu.
"Kau kenapa?Dah macam pencuri jer aku tengok?Terhendap-hendap..."mata Lucas memandang sekeliling mereka yang lengang. Kebanyakan pelajar lain sudahpun pulang kerana waktu sudah pun masuk jam 6 petang. Dah kenapa Aron ni?
Mereka berdua lewat balik pun sebab ada urusan di kelab masing-masing. Aron dengan kelab besbol manakala Lucas dengan kelab renangnya.
Aron menarik hood ke atas kepala, lalu kaca mata hitamnya dipakai.
"Mana tak nya...satu harinya ni habis tunggang langang aku dibuatnya gara-gara Airis tak datang ke kelas...dengan pensyarahnya dengan budak-budaknya...naik pening kepala aku tahu tak...asal nampak aku jer bertubi-tubi soalan yang sama diajukan dekat aku.."gerutunya dengan muncung tak puas hati di bibir.
Lucas jalan seiring dengan Aron untuk keluar dari lobi dan menuju ke tempat kereta.
Beza sungguh gaya Lucas dan Aron saat ini.
Lucas dengan jalan bersahajanya. Manakala Aron jalan dengan awas sambil memandang risau ke sekeliling. Buatkan dua orang kelihatan lucu di perhatikan dari belakang.
Tiba-tiba Aron tersentak sedar sesuatu. Langkahnya mati di depan kereta camaroonya sebelum berpaling ke arah Lucas dan memberi renungan aneh.
"Kau-"sebut Aron dengan nada tidak pasti.
Lucas pun mengedipkan mata satu kali saat pandang hairan akan Aron. "Kenapa dengan aku?"
"Tak adalah...cuma aku hairan...kenapa kau tak nak tanya ke tentang Airis?"soal Aron. Baru dia perasan. Setahu dia la kan, antara ramai-ramai orang dalam kolej ni, Lucas adalah orang yang boleh dikatakan rapat dengan Airis. Tapi sepanjang hari ini mereka sekelas sama dan makan bersama, tak pernah sekalipun Lucas tak cuba bertanya soal Airis.
Lucas menarik senyuman nipis di bibir. Dia mengeluarkan kunci keretanya dari poket seluar lalu di bawa ke soket kunci kereta yang mana dia parkir bersebelahan dengan kereta Aron.
"Buat apa aku tanya kalau aku dah tahu." jawab lelaki itu dengan senyuman nipis di bibir.
Kening Aron berkerut, lelaki itu memandang pelik ke arah Lucas. Dia menekan remote kunci keretanya sebelum bunyi 'pin' kedengaran beberapa kali dan pintu keretanya di buka.
"Macam mana?"tanya Aron kebingungan.
Sewaktu separuh badan Lucas berada dalam kereta, lelaki itu menunjukkan telefonnya pada Aron.
"Aku mesej dengan Airis awal pagi tadi."
Mulut Aron terbuka sedikit. Tergamam dengan berita itu. Lucas dapat nombor phone Airis?
"Bila masanya pula kau boleh ada nombor dia?"Aron teringat saat dia meminta nombor Airis. Bukan main susah lagi dia nak dapatkannya. Ada jer dalih yang Airis bagi dan akhirnya dia terpaksa curi-curi ambil phone Airis dan dapatkan nombor gadis itu sebab nak memudahkan urusannya dengan Airis nanti. Tapi jenuh la jugak sebab Airis ni jenis yang susah sangat nak balas mesej apa lagi jawab call. Kalau boleh nak tunggu bergaduh dulu baru dihiraukan.
"Dia yang bagi..."jawab Lucas dengan jungkitan bahu.
Mulut Aron terbuka luas. "Serius lah..."
"Yalah...yang kau terkejut sangat kenapa?"
"Mana aku tak terkejut....orang yang kita tengah cakapkan sekarang adalah Airis...manusia paling menjengkelkan dekat sini...dan kau kata apa?Dia berikan kau nombor phone pada kau macam tu aje?Mesej dengan kau?"
Hujung bibir Lucas terjungkit kecil. Dia buat muka funny kerana reaksi dumbfounded Aron itu. Entah apa yang nak dihairankan?
"Okay lah...aku ada kerja ni..jumpa kau nanti..."pamit Lucas sebelum memberi lambaian terakhir pada Aron dan meloloskan diri ke dalam Jip FORD hitamnya.
Sementara Aron perhatikan sahaja Lucas masuk ke dalam kereta dan memandu kereta pergi dari situ. Memangnya dua orang ni ada apa-apa ke?Sejak bila Airis mula rapat dengan lelaki ni? Hari tu bukan main lagi reject semua balak yang datang mengurat, tapi bila Lucas elok pulak berchatting bagai?