41.
Pada paginya, semuanya seperti biasa.
Cuma bezanya tiada sarapan yang tersedia awal seperti selalu. Meja makan masih kosong sewaktu Encik David turun dari tingkat atas. Dan Puan Adriana yang menyiapkan si kembar kerana pagi itu Airis di sahkan demam panas.
Tiada siapa yang tahu kenapa tiba-tiba Airis jatuh sakit begitu.
Hanya kerana mengingau tengah malam tadi, gadis itu terus demam panas. Itupun Aron yang perasan kerana lelaki itu yang menjenguk Airis selepas Airis bertenang dan tidur semula.
Suara kanak-kanak ketawa kedengaran dari anak tangga sewaktu si kembar berlari anak mendekati bilik Airis, tempat biasa mereka pergi setiap kali bangun awal pagi. Sejak Airis tinggal bersama, Jennie dan Lissa cenderung untuk menemui Airis bukan Aron lagi. Ini kerana walaupun Airis dingin dan kasar, mereka berasa selesa dan gemar berada dekat dengan kakak mereka ini.
Dengan riang Jennie dan Lissa berlari anak mendekati pintu yang terbuka luas itu.
Namun....
Beberapa langkah sebelum mereka tiba di depan pintu, sepasang kaki panjang memagari laluan mereka sesaat kemudian. Sehingga berlaku perlanggaran di antara mereka dan kaki itu. Wajah Jennie tersembam mencium kaki itu. Kebetulan Lissa di belakang Jennie tersembam mencium belakang kepala Jennie.
KEDEBUK!
"Auww!"Dua orang itu tunduk menggosok muka masing-masing.
"Nak pergi mana hah?"
Dengan serentak kedua-dua kepala yang rambut di sanggul kemas itu dongak ke atas dimana lelaki lampai tunduk memandang mereka sambil mencekak pingang.
"Nak kakak Airis..."rengek Lissa.
"No!...not today..."geleng Aron.
Jennie menarik muncung.
"Alaaaa...."rengek Jennie sambil memegang kaki Aron. Menarik-narik kain seluar Aron. "Kenapa?"tanya Jennie dengan bibir tercebik merajuk.
"Sebab tak boleh la..."
"Kenapaaaa...."rengek Lissa lagi.
"Boleh laaaa..."minta Jennie semula.
Lissa menjengah kepala dari balik kaki panjang milik Aron. Ingin melihat ke dalam bilik di mana kakak kesayangannya sedang baring berselimut di atas katil.
"Airis demam....disebabkan kau orang berdua masih kecil dan mungkin akan dijangkiti. Seeloknya jauhkan diri sampai Airis sihat..."terang Aron sewaktu tunduk lalu mendukung dua orang adiknya agar tidak memasuki ruangan Airis.
"Demam?"soal Jennie dengan kening terangkat. "Kakak Airis sakit?"
"Macam mana ni?"tambah Lissa dengan mimik muka kerisauan. Dia cuba memandang ke dalam bilik tetapi Aron sudah membawa mereka menjauh dari situ.
Sebelum pergi, Aron sempat mengerling sekejap ke pintu bilik Airis. Serius beritahu dia nak tahu sangat apa yang buatkan Airis begitu ketakutan seperti tengah malam tadi.
"Dah jom turun bawah..."ajaknya sewaktu berjalan mendekati tangga. Menuruni tangga sambil ditemani celoteh dua kembar tersebut. Apabila dia tiba di ruang makan, dia melihat papanya dan Adriana sedang duduk menikmati sarapan. Senyap tidak bersuara.
Lain sungguh suasananya dibandingkan masa Airis ada.
"Morning..."sapa Aron semasa menurunkan adiknya dari dukungan.
Encik David mengangkat kepala. Mengangguk sekali tanda membalas sapaan itu. Manakala Puan Adriana hanya diam.
Aron meletakkan Jennie dan Lissa ke bawah sebelum dia ambil tempat di kerusi meja makan.
"Mama boleh tak Jennie tak school hari ni?"soal Jennie sambil naik ke atas kerusi makan. Setelah dia duduk dengan selesa dia mencapai sudu plastiknya sebelum mencedok cereal dari mangkuk lalu disuap ke dalam mulut.
"Kenapa kamu tak nak school?"tanya Puan Adriana perlahan, menguis makanannya tidak berselera. Menungnya terarah pada Airis di tingkat atas.
"Kakak Airis demam..mama papa work, Aron school siapa nak jaga Airis nanti?"soal Jennie kedengaran susah hati. Keningnya ikut berkerut sewaktu bercakap."Kakak Airis selalu beritahu bed time story dekat Jennie dengan Lissa...temankan Airis pergi school, buatkan biskut...masakan pancake untuk Lissa...jadi Jennie kena jaga kakak Airis la pulak...."celoteh Jennie sambil mengunyah.
Aron tersenyum bangga. Dia mengusap kepala Jennie sebelum bangun dari duduknya. Dia perlu cepat kerana telah lambat untuk hadiri kelas pertamanya pada pagi itu. Tadi bangun lambat pun sebab malam tadi punya hal jugak.
"Pergi dulu..balik lambat sebab ada latihan besbol..."maklumnya sebelum keluar dari situ.
Menjauh saja Aron dari ruang makan itu, Encik David mengerling ke Puan Adriana sebelum bersuara tanpa mengalihkan pandangan dari isterinya itu.
"Jennie boleh tak kamu main dekat ruang tamu bersama Lissa sehingga papa panggil?"minta Encik David dengan lembut.
Kepala Lissa tersentak tetapi Jennis yang menyahut.
"Okay..."balas Jennie yang menarik tangan Lissa turun dari kerusi sebelum menghilang ke ruang tamu. Setelah bayang dua orang itu tidak kelihatan Encik David memandang tajam ke arah Puan Adriana.
Sementara Puan Adriana sudah tidak senang duduk.