Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 37 - Role Model

Chapter 37 - Role Model

37.

Setiap hari bagai mereka di situ, kehadiran orang ini sangat di nanti.

Sebab apa?

Sebab mereka suka menjangka apa yang akan dipakai oleh orang ni. Gaya apa yang akan dibawa masuk ke dalam kolej. Masalah apa yang dia bakal timbulkan hari ini....

Itulah persoalan-persoalan yang sering difikirkan oleh mereka di situ dengan bersungguhnya.

Dan orang itu tak lain tak bukan Airis Ariana sendiri.

Sejak beberapa minggu yang lalu perlahan-lahan populariti Airis melonjak naik tanpa diketahui oleh Airis.

Dan pelajar-pelajar perempuan mahupun pelajar lelaki sering memata-matakan Airis kerana penampilan dan karakter tak terduga Airis.

Berasa iri setiap kali melihat gadis itu sentiasa bersahaja dan selamba dalam setiap perkara yang dilakukan.Namun begitu ianya dianggap cool oleh mereka di situ.

Terutama sekali dari aspek pemakaian Airis. Mereka perasan akan perubahan mood Airis bergantung pada pakaian yang dipakai oleh gadis itu.

Ada kalanya gadis itu berpakaian ala girly, ada pada masanya gadis itu berpakaian seperti punk, ada masanya gadis itu kelihatan skema dengan kaca mata bingkai tebal belang lebah.

Dan paling menarik adalah apabila gadis itu berpakaian seperti budak nakal. Itu menunjukkan gadis itu bakal menimbulkan masalah.

Walaupun gadis itu baru menjejak kaki di kolej tersebut, populariti gadis tersebut sangat berpengaruh sehingga mengalahkan populariti 3 Queen sendiri. Berita tersebut membuatkan 3 Queen benar-benar tercabar.

Pernah sekali mereka hendak mengenakan Airis. Namun gagal apabila perangkap mereka berakhir mengenai mereka sendiri. Setelah beberapa percubaan 3 Queen berputus asa. Enggan memburukkan lagi reputasi mereka untuk menjatuhkan Airis.

Dan pagi ini Airis mengenakan baju serba girly ranggi dia. Memberitahu yang mood Airis baik pada hari ini.

Sambil mengunyah bosan buah epal, mata Airis memandang ke depan. Melihat kumpulan pelajar lelaki yang dia kenali sebahagian dari pengunjung tetap perpustakaan muncul dari jauh.

Disebabkan Airis sering ke perpustakaan untuk siapkan kerja sentiasa perasan akan kehadiran kumpulan tersebut. Setiap kali dia ada di perpustakaan pasti mereka ada. Itu belum lagi masa dia dekat luar, aktiviti gim dan kini di cafeteria. Pasti ada mereka.

Dan kali ni muncul lagi.

Buah epal hijaunya di gigit lagi saat dia perasan akan kumpulan itu bangun lalu mula mendekatinya.

Lima lelaki bergaya seperti gangster itu bergerak dalam langkah yang seragam.

Dah!Apa pulak ni?

Tanpa menunjukkan sebarang emosi, Airis mengunyah buah epalnya sehinggalah mereka semua duduk di tempat yang biasanya dikosongkan khas untuknya.. Memasing pandang tepat ke arah Airis.

Lelaki berkening lebat hitam, beranak mata coklat gelap. Berambut hitam berkilat pacak-pacak duduk menghadap Airis.  Memandang gadis itu tanpa bersuara.

Airis pulak membalas renungan itu tanpa berkelip sedikit pun. Tidak faham dengan apa yang sedang berlaku, dia selamba menggigit buah epal tersebut lalu dikunyah. Sementara matanya masih menatap mata milik lelaki di depannya ini.

            "Ada apa?"soal Airis dengan kening berkerut. "Do I owe you anything?"soalnya.

             "Jadi girlfriend aku..."minta lelaki itu tidak semena-mena.

Airis membuat muka. Dia berdengus pendek.

             "Buang tebiat ke apa?Tetiba minta couple..memang tak lah..."balas Airis sambil mengunyah.

Secara tiba-tiba lelaki itu berpaling ke arah rakan disebelah kanan. Cuba mendapatkan cadangan dari rakan itu.

             "Apa aku kena cakap?"tanya lelaki itu kepada rakan disebelahnya.

Membuatkan Airis memandang pelik. Tidak percaya dengan apa yang dia baru lihat.

Serius la?

Nak ajak couple pun mintak kawan tolong?

Ini betting atau real confessing?

               "Berapa banyak?"tanya Airis tiba-tiba.

                "Sorry?"kerut pelajar lelaki di deoan Airis.

                "You heard me...how much is it?

                "Saya tak faham apa maksud awak.."

               "Tak adalah....kau datang dekat aku bukan sebab nak ajak couple kan?Ke kau bertaruh untuk secepat mana aku terima permintaan kau untuk couple dengan aku?"

Lelaki itu memandang tidak puas hati ke arah Airis.

              "Jaga bahasa kau bila cakap dengan aku..kau tahu siapa aku?"soal lelaki itu sambil membetulkan kolar jaket kulit hitamnya dengan muka bangga.

Airis menarik senyuman mahu ketawa. Lucu melihat tingkah lelaki yang bergaya seperti gangster tapi perangai ala-ala budak noob.

Apahal mamat ni?

              "Perlu ke aku kenal siapa kau?"sengih Airis yang terasa hendak ketawa.

               "Dengar ya....aku datang cara baik. Bukan nak cari gaduh. Kalau kau tak sudi cakap aje la tak sudi. Kenapa nak menuduh aku bertaruh apa bagai..."

              "Okay fine. Aku reject permintaan couple kau tadi tu..."

Pelajar lelaki itu terus bangun dengan marah. Enggan membuang masa dari situ dengan lama lagi. Bangun sahaja pelajar lelaki tu, semua rakan-rakan lelaki tadi ikut bangun beredar.

Airis menjadi Airis sedikit pun tidak tunjuk reaksi kisah atau peduli untuk memandang mereka semua. Dia sibukkan diri dengan makannya saja.