Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 39 - Mekanik Part Time

Chapter 39 - Mekanik Part Time

39.

BENGKEL COPAQUE

Papan tanda hitam terpampang luas dengan tulisan putih berada di atas depan bangunan bengkel berkenaan. Sesiapa yang melalui jalan Utama boleh perasan papan tanda itu kerana gambar tengkorak dan playar besar pada papan tanda itu.

Berdesum kuat enjin kedengaran dari jauh sebelum sebuah kereta merah camaroo berhenti di dalam garaj bengkel kereta tersebut.

Sebaik saja kereta itu di parkir dan enjin kereta dimatikan, datang seorang lelaki yang mengenakan jumper dan singlet hitam di badan mendekati tepi kenderaan tersebut.

Semua mekanik yang kenal dengan pelanggan tetap mereka itu pada mulanya tidak ambil kisah dengan kehadiran pelanggan mereka tersebut. Namun apabila mereka menyedari pelanggan mereka itu tidak datang sendirian, semuanya yang ada di situ berpaling dan menghentikan kerja masing-masing.

Yang tengah tunduk dalam hood kereta terhantuk kepala sendiri, yang duduk di bawah kereta menggelongsor keluar dan berdiri tegak untuk memandang, yang tengah lap badan kereta pula tidak sedar yang dilapnya bukan lagi badan kereta tetapi muka rakannya yang duduk di depan tayar kereta.

Taktala Aron menutup pintu kereta, muncul Airis dari sisi seat sebelah pemandu di situ. Gadis itu tunduk menurunkan kaki sebelum berdiri di situ dengan wajah dingin bercemberut tidak puas hati.. Keningnya berkerut kerana dek silau dan cuaca panas pada tengah hari itu.

Semua mata terarah pada gadis berbaju sundress tanpa lengan paras lutut berwarna krim beropol-ropol itu. Hairan mereka sebab biasanya pelanggan tetap mereka ni datang secara solo tiada teman!

Dalam keadaan ragu-ragunya, kasut tumit tinggi Airis memijak lantai bengkel yang kotor dan lagikan hitam dek minyak dan kesan tayar.

              "Lambat kau datang?"sapa Lucas dengan tangan comot dengan kesan minyak kereta di tangan. Lelaki itu tersenyum saat melihat Airis sedang berkerut kening. Walaupun gadis itu mengenakan kaca mata hitam, Lucas boleh nampak yang Airis sedang memandang tidak suka sekeliling bengkel tempat kerjanya itu.

             "Princess seorang ni demand nak makan aiskrim dulu masa on the way ke sini..."jawab Aron dengan nada letih. Dia berjalan ke arah sofa dan duduk menghenyak punggung di sofa lusuh di mana kainnya sudah tercarik-carik. Sikit pun tidak kisah akan kebersihannya dia berehat di situ. Kedua-dua tangan mendepa atas headrest sofa tu.

Airis berdiri menyilang tangan ke dada, dia membuat muka tidak suka kerana keadaan sekelilingnya sebelum memandang geram ke Aron. Suka hati je anak orang ni nak menyalahkan orang!Macam nak mencarut pun ada sekarang.

            "Excuse me....princess?Hello...kalau kau tak suruh aku keluar dari kolej tergesa-gesa masa nak makan tak adanya aku suruh kau singgah." balas Airis. "Aku ada perut yang perlu diisi..."Dah la suruh keluar tetiba...lepas tu bolehnya Aron heret dia ke tempat macam ni dalam keadaan panas begini!?

Aron tidak membalas, dah lali dengan sikap syok diva Airis Airiana a.k.a Miss Devil ni.Dia kemudiannya baring melunjur di sofa sebelum mengeluarkan telefon bimbit. Mula bermain dengan aplikasi PUBGnya.

              "Macam biasa eh...tukarkan minyak hitam dengan bersihkan air cond. Tayar belakang aku tu ada bunyi sikit.."beritahu Aron sambil tu.

Perhatian Lucas beralih pada Airis kemudiannya. Senyuman nipis terukir di bibir.

               "Hai Beauty..."sapa Lucas sewaktu mendekati kereta Aron dimana Airis sedang berdiri membelakangkan kereta itu.

Kerutan Airis mengendur sebaik dia melirik akan Lucas di hadapannya saat itu. Pakaian seorang mekanik yang dikenakan Lucas saat itu sangat sepadan untuk lelaki bersusuk lampai di hadapannya ini. Singlet hitam dan jumper hitam. Walaupun comot dibuat minyak hitam masih lagi macho muka tu.

              Mujur la handsome, sejuk sikit hati dia yang tengah panas ni."Hai Handsome..." balas Airis bernada mengalah sebab tak lalu nak marahkan Lucas. "I can't stand with him!Can you make him disappear or something?" soal Airis sambil mengipas-ngipas mukanya dengan tangan sendiri.

              Lucas ketawa. Dia buka hood depan kereta Aron sebaik mendekat. "Aku tak tahu yang dia akan heret kau ke sini sekali?"

              "Saya tak nak okay!Dia yang paksa saya balik dengan dia...beria cakap nak repair kereta ke apa entah mesin yang dia sebutkan tadi tu.."ujar Airis menoleh ke Aron yang sedang menyondong ke depan hood kereta memeriksa sesuatu. "Dah lah panas....tak ada kipas ke apa ke dekat sini?"

Tidak semena ada pula yang menyampuk.

              "Tak nampak ke sini bengkel..lainlah restoran." seloroh seorang dari mekanik yang ada di sekitar.

Airis menjeling tidak puas hati, keningnya mencerun ke arah mereka.

              "Ada aku cakap dengan kau ke?"marah Airis.   Dia dah lah tengah letih, panas lapar pulak tu. Bolehnya ada yang sengaja nak siram minyak dekat atas api yang tengah marak!Puas hidup sangat agaknya!? "Tak ada kan?So shut up!"Airis menjeling menyampah ke arah si lelaki yang menyampuk itu.Tambah lagi dengan komen macam tu. Memang kenalah.

Sementara mereka yang ada di situ terus mendiamkan diri. Tidak menyangka gadis cantik seperti Airis itu menyakitkan hati jenisnya.

             "Relaks princess...tak boleh ke cakap tu baik sikit?"pesan Aron di sofa tadi.

              Mata Airis menjeling ke Aron. "Kau lun satu. Lain kali kalau kau nak heret aku ke tempat yang tak ada faedah macam ni, singgahkan aku balik dulu."jerkah Airis kebengangan. Duduk dekat tempat macam ni bukan mengurangkan penat malah menambahkannya lagi adalah.

             "Tak kuasa aku...bazir minyak."

Airis menjulingkan mata menahan sabarnya.

Kalau bukan Aron yang ugut dia kalau dia tak nak ikut lelaki tu akan tinggalkan dia dekat tengah jalan raya, tak adanya dia ada dekat sini.

Tanpa mengatakan apa-apa Lucas kemudiannya gerak menarik kerusi di situ. Lalu di bawakan sebuah kipas stand di penjuru bengkel di letakkan bersebelahan dengan kerusi tadi.

             "Kami tiada air cond..dekat sini...still kipas stand ni ada fungsinya jugak. Tak apa kan?"beritahu Lucas mengajukan tangan ke kerusi kosong kepada Airis saat berdiri di samping kerusi itu.

              Well this is what we call as manner okay!Airis menjeling geram ke Aron yang sejak awal lagi sudah baring di sofa. "Thanks.." beritahu Airis sebaik duduk di kerusi itu memandang terima kasih ke Lucas.

             "My pleasure.."tunduk Lucas ala-ala gentleman gitu.

             Yang mana mengundang tawa kecil dari Airis. "Awak kerja di sini?"

             "Ha'ah...part time mekanik.."beritahu Lucas kembali tunduk ke hood kereta Aron tadi. Memeriksa bahagian enjin kereta yang dikatakan Aron berbunyi aneh sekiranya enjin di hidupkan.

Lantas Airis pun menopang bawah dagu dengan tangan ditegakkan atas lutut kaki yang disilangkan. Memandang tepi wajah berpeluh Lucas sedang tekun meneliti apa saja yang ada di dalam hood kereta tu.

Rasanya kan Lucas ni dah berpunya belum?

Yalah...antara ramai-ramai yang cuba ngurat dia hanya Lucas aje yang tak try...itu yang nak tahu.