Chapter 52 - Bab 50

Dengan langkah huffing puffing sakit hati dan mengerutu Hana jalan menghentak kaki melalui laluan taman berpagar sesat itu. Cuba nak kosongkan nama Blaze dari kepala dia.

Sedang Hana jalan melewati deretan pokok bunga di situ, telinga dia menangkap bunyi gitar di petik. Oleh kerana perasaan ingin tahu membuak dalam hati, Hana atur langkahnya ke dalam kawasan taman itu.

Terjengah-jengah kepala dia mencari sumber bunyi petikan gitar tersebut. Sekali dia sampai di tengah taman tersebut, dimana sebuah kolam air pancur berada. Bangku yang menghadap kolam itu di duduki seseorang dengan gitar di tangan.

Terangkat tinggi kening Hana setelah menyedari siapakah orang tersebut.

"Ace?Awak ke tu?"

Lelaki itu tersentak sebelum berpaling ke belakang memandang Hana.

"Hei...you found me..."senyum lelaki itu sampai lesung pipit terbentuk di kedua-dua pipi. "Biasanya aku yang jumpa kau...giliran kau pulak yang jumpa aku..."seloroh lelaki itu.

Hana perlahan-lahan mendekati bangku tersebut. Lantas dia berdiri menghadap Ace yang duduk dengan kaki kiri di atas lutut sementara gitar akustik bersandar pada dada lelaki itu.

"Sini duduk...""pelawa Ace sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya.

Hana menurut tanpa protes. Baru sahaja dia duduk, Ace letakkan kot di atas riba Hana sebab skirt uniform akademi yang Hana pakai naik ke atas mendedahkan peha gadis itu selepas duduk. Hana yang tidak terkejut dengan gesture gentleman Ace tersenyum senang.

"Terima kasih."ucapnya.

Ace kembali memetik tali gitarnya secara random.

"Apa kau buat dekat sini?Tak ada kelas ke?"

Hana pandang Ace, setelah dia meneliti wajah tenang Ace. "Tengah rehat. Kejap lagi saya ada kelas Biologi.""jawab Hana. "Awak?"

Ace pandang Hana dengan lama. Dia tilik setiap inci wajah Hana, seakan mahu menyimpan wajah itu di dalam mindanya.

"Sama...bosan duduk dekat dalam tu, aku main gitar dekat sini..nak cuba main tak?"

Hana pandang gitar itu lalu ke Ace silih ganti. Tidak pasti sama ada dia boleh petik gitar atau tidak.

"Saya tak tahu...."geleng Hana.

"Tak apa...aku ajar kau. Kau kidal atau tak?"soal Ace semasa duduk merapat ke Hana.

"Tak."jawab Hana.

"Kalau macam pegang gitar dengan tangan kanan kau, petik dengan tangan kiri..."Ace menyandarkan belakang badan Hana ke dada dia sewaktu memposisikan dirinya untuk sama dengan gitar tersebut. dengan lembut Ace meletakkan jari Hana pada tali gitar. "Ini not G, A, D, C, E', E..."sebut Ace di tepi telinga Hana.

Hana tekun mendengar setiap sebutan itu dan mula memetik ikut gerak jari Ace. Ace rehatkan dagunya di bahu Hana sambil tersenyum senang.

"Good...kau boleh jadi gitaris nanti..."komen Ace.

Hana ketawa kecil.

"Yeah right...untuk pecahkan gendang telinga orang lain...maybe not."balas Hana.

Ace termenung seketika sebelum kembali fokus, dia pandang jari Hana yang dipegangnya. Masa itulah hatinya diruntun hiba. Berharap sangat yang dia tidak pernah menemui Hana atau mempunyai perasaan pada gadis ini. Dengan itu dia takkan rasa sakit begini.

Hana palingkan mukanya ke muka Ace apabila perasan pegangan tangan lelaki itu erat pada jari jemarinya.

"Awak okay?"

Ace tersentak, dia menjarakkan dirinya dari Hana dan tunduk menghilangkan air mata yang terkumpul hendak jatuh mengalir tadi.

"Okay jer."balas lelaki itu kembali tersenyum semasa Hana menghadapkan badan ke arahnya.

"Okay...kalau awak cakap macam tu..."balas Hana yang tidak pasti dengan kata-kata Ace.

Ace pandang gitarnya dan mula memetik sebuah lagu.

"Terima kasih untuk gula-gula tadi. Lagu yang saya dengar ni awak punya suara ke?"Hana mengocek poket kot uniform lalu menyerahkannya kepada Ace. "Awak tahu kan awak tak perlu susah-susah buat semua ni?"

Ace pandang ipod di tangan Hana lalu ditolak semula dekat kepada gadis itu.

"Aku suka buat semua ni untuk kau Hana. Ambil jer. Tak perlu berkira sebab aku yang nak buat semua ni. Kau simpanlah."

Hana melepaskan keluhan mengalah. Tidak tahu hendak bercakap bagaimana lagi dengan Ace.