Chapter 53 - Bab 51

Katak hijau terkakang di atas papan bedah sambil disimbah dengan lampu stand di atas meja. Setelah dibius dengan klorofom tadi, katak tersebut pengsan tidak sedarkan diri.

Terkenal dengan sikap clumsy, Hana hampir tersilap langkah semasa hendak pengsankan katak tersebut. Mujur Nadine ada di sebelah kalau tidak memang bahana lah jawabnya ekspriment mereka itu.

"Baik sekarang kita akan lihat anatomi katak pada kelas hari ini. saya dah edarkan kamu helaian kertas dengan bentuk badan katak bukan. Jadi kamu perlu isikan lakaran ini dengan organ dan juga bahagian dalam katak dengan tepat. Sekiranya kamu betul dan terperinci, kamu akan dapat markah bonus untuk peperiksaan akhir nanti."jelas Madam Naomi di depan kelas.

Hana capai skapel, tidak sabar hendak membelah perut katak itu, tapi Nadine menghalang. Pergelangan tangannya dipegang.

"Apa kau cuba buat?"soal Nadine dengan mata berjegil di balik gogel keselamatannya.

Hana pandang Nadine dengan renungan 'duh'.

"Belah katak lah."

Nadine menggeleng kepala membantah."Kau nak belah macam mana?Beritahu aku?"tanya Nadine hendak memastikan Hana tahu apa yang dia cuba lakukan.

Hana pandang katak dan Nadine silih ganti.

"Apa bezanya aku belah macam mana sekalipun. Katak ni akan mati jugak kan."balas Hana yang menggerakkan tangannya ke perut katak tersebut tetapi di tegah Nadine sekali lagi.

"Kau tak boleh belah dia macam tu sebab kau akan sorakkan organ dalaman dia."halang Nadine sekali lagi.

Hana mengerang kejengkelan. Kacau betullah!

"Urgh...fine. Kau belah..."Hana serahkan skapel itu pada Nadine dan menyilang tangan ke dada. Terlepas peluang dia hendak menjadi pakar bedah hari ini.

"Kau tengok dulu, lepas ni kau boleh bedah katak yang lain."Nadine juih bibir ke balang berisi katak hidup di depan mereka.

Hana hanya mengangguk kepala. Setelah itu Nadine memulakan proses membedahnya. Hana di sisi perhati dengan teliti. Nadine menjadi Nadine, gadis itu berjaya membelah perut katak itu dengan kemas dan bersih tanpa menyentuh sebarang organ.

Setelah itu mereka berdua mula mengisi lembaran kerja yang diberikan. 20 minit kemudiannya mereka berdua selesai mengisi lembaran kerja masing-masing yang mana buatkan Hana teruja.

"Okay...aku nak bedah pulak."ucap Hana tidak sabar semasa menyising lengan lab coatnya dan mencapai balang berisi katak.

"Han hati-hati..."Nadine pesan terlalu lewat. Kerana setelah perkataan itu keluar dari mulutnya, Hana terlepas pegang balang kaca itu. Habis pecah berderai balang kaca itu di atas lantai. Dan semua katak-katak hidup dalam balang tersebut mula melompat ke sana-sini.

"Kyaa!!!!!!Katak!Katak!!"teriak pelajar lain yang ada di dalam makmal itu kerana kengerian dan geli.

Nadine yang terkejut dengan keadaan itu mula tunduk hendak mengutip katak-katak itu. Sementara Hana berdiri kejung di situ kerana tergamam.

"Apa kamu buat tu Hana!Kutip binatang tu!" arah Madam Naomi yang kini sedang bercakung di atas meja pensyarah.

Pelajar perempuan lain sudah naik atas bangku, pelajar lelaki yang lain kalut hendak mengutip katak-katak tersebut.

Nadine berdiri tegak dengan dua ekor katak di kedua-dua belah tangan. Memandang bengang ke Hana.

"Kau menungkan apa lagi. Kemas sepah kau sekarang...pegang macam tu pun boleh terjatuh."bebel Nadine semasa kalut mencari balang ganti.

Hana yang dengar ikut kalut hendak kejar katak-katak yang riang melompat atas lantai makmal. Sampai melutut ke lantai bagai dibuatnya. Apabila dua ekor katak berjaya digengam Hana dengan gembira berdiri tegak.

"I got it."tunjuk Hana semasa berpaling menghadap rakan kelasnya. "Hahha...tengok " tunjuknya pada mereka.

Rakan Hana tunding jari ke lantai."Hana..hati-hati bawah-"kata-kata mereka terhenti serta merta kerana tidak sempat.

PEK!

Semua kegiatan disitu terhenti. Setiap wajah disitu mempamerkan ekspresi penuh terror setelah menyaksikan kejadian pembunuhan berlaku secara langsung di depan mata.

Hana terasa sesuatu di bawah kakinya. Dan bila dia tunduk ke bawah, kakinya di alihkan dari lantai.

Waktu itulah jeritan histeria memenuhi makmal tersebut. Hana angkat kakinya hanya untuk melihat seekor katak malang sudah penyek dipijaknya. Habis terburai isi katak tu, mata dan lidah katak tu terjojol keluar dengan ngeri sekali.

"AAAARGHHHHHH!!!!!!"teriak mereka sambil memegang kedua-dua pipi dengan dramatik.

Beberapa orang pelajar rebah di atas meja sebab tidak tahan dengan keadaan itu,

Ada yang meluru ke arah tong sampah hitam dan muntah di dalamnya. Ada jugak yang menangis kerana kengerian.

Sementara Nadine yang lihat ternganga luas.

Hana pandang ke arah rakan-rakannya sambil tersengih kambing. "Opps?"sebutnya serba salah.

"HANA DELISHA!!!!"teriak Madam Naomi sekuatnya.

Nadine memejam mata menahan diri dari mengamuk dekat situ. Darahnya berderau laju naik ke otak sampai sakit urat belakang kepalanya saat itu. Oh god!