Dan sejak Isabella masuk ke akademi, sejak itulah dia sering menyibuk di dalam kelab catur. Blaze kerap meeting di dalam kelab catur dengan ahli AJKnya. Kerana itu Isabella selalu ada di situ juga. Yang mana membuatkan Hana berasa jengkel dan rimas.
Okay sehari dua tu boleh lah tahan lagi. Sekali masuk hari seterusnya Hana tak tahan. Setiap kali dia cuba dekat Blaze pasti minah gigi arnab tu akan menyelit. Sampaikan Hana langsung tak berpeluang untuk bercakap mahupun mendekati Blaze.
Hana jengkel sangat sampai dia tak boleh nak bercakap apa lagi bertentang mata dengan Blaze sebab lelaki tu biar jer Isabella berkepit dengan dia dan sentuh lelaki tu ikut suka macam Blaze tu tunang perempuan tu pula.
"Han...kau dengar tak ni?"Nadine yang duduk bertentangan dengan Hana dekat meja kerja Hana bersuara.
Hana waktu tu tak fokus apapun yang Nadine bincangkan mengenai malam tari menari Halloween yang bakal berlangsung tak lama lagi. Hendak bincang mengenai hiasan kelab mereka kerana ada pertandingan kelab tercantik sempena hari halloween. Sebab Hana fokus ke arah Blaze yang sedang duduk di sofa sambil di apit Isabella dekat sisi.
"Hana.."sentak Nadine sekali lagi apabila Hana langsung tak menyahut.
Mata Hana terkebil, dia pandang Nadine dengan kening terangkat.
"Hmm?"balas Hana.
"Aku tanya nak pakai labu plastik atau labu hidup?"soal Nadine. "Nina kata dia dah buat belanjawan. Dan bajet kita lebih dari mencukupi. So?"
Hana melepaskan keluhan panjang. Memanglah dia bukan apa-apa pada Blaze, tapi yalah lelaki tu sendiri yang kata dia ni lelaki tu yang punya. Takkan lah tak peka langsung. Lelaki tu cuba mainkan perasaan dia ke apa ni?
Nadine melepaskan keluhan letih, tak tahu apa lah yang menggangu fikiran Hana saat ini. Kerap betul Hana berangan.
"Fine...labu plastik lah jawabnya.."kata Nadine yang tunduk menulis barang-barang yang diperlukan untuk menghias kelab mereka nanti.
Sepanjang tempoh ni Nadine langsung tak tahu apa yang berlaku antara Hana dan Blaze, sebab Hana tahu kalau Nadine tahu apa yang berlaku, Nadine pasti akan lontarkan tantrum. Yalah Nadine kan anti Blaze.
Hana topangkan dagu dengan tapak tangan kirinya sewaktu memerhati tangan Isabella berada di atas tangan berjari jemari runcing milik Blaze.
Hana tahu siapalah dirinya jika dibandingkan Isabella. Bukannya Hana tak cantik, cuma kalau digandingkan Isabella dengan Blaze, dua orang itu ibarat pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Sementara dirinya yang kelihatan seperti kentang rebus, rasa tak layak pula.Fikir Hana sebelum memandang Nadine.
"Sorry apa dia kau cakap tadi?"
Nadine angkat kepala, menjungkit kening sewaktu memandang Hana.
"Kau okay tak?"
Hana mengangguk kepala. "Aku okay. Sorry. So sampai mana tadi?"
Sejam kemudian perbincangan mereka tamat setelah tiba waktu untuk pulang ke asrama. Hana dan Nadine bergerak sama semasa hendak keluar dari kelab itu. Namun baru sahaja mereka hendak menghampiri pintu, Blaze muncul dari tangga mengghala tingkat atas.
"Kau orang dah nak balik asrama?"tanya Blaze semasa menuruni tangga.
Nadine dan Hana berhenti melangkah sejurus itu. Nadine berpaling memandang Blaze tapi tidak Hana. Gadis itu hanya pandang ke depan.
"Ada apa?"soal Nadine dengan nada tidak suka seperti biasa dia kepada Blaze.
Blaze pandang Hana sepanjang langkah dia menuruni tangga. Setelah tiba di bawah tangga dia berdiri menghadap Nadine dengan tangan berada di poket.
"Aku nak cakap dengan Hana.."kata lelaki itu.
Hana yang dengar berpaling, terkejut mendengar namanya disebut. Ingatkan lelaki ni dah tak ingat dia terus.
"Buat apa?"tanya Nadine lagi dengan kening mencerun.
Blaze jeling ke arah Nadine dengan menyampah. "Suka hati aku lah...jangan nak menyibuk boleh tak."sentap lelaki itu.
Nadine mengetap gigi menahan sabar. Kurang ajar betul lah lelaki handsome depan dia ni. Harap jer ada rupa perangai tak guna!
"Hana...sini."panggil Blaze sambil menghulur tangan mengajak Hana supaya mendekat.
Hati Hana melonjak teruja selepas bertentang mata dengan Blaze. Hampir hendak menjerit teruja dia di buatnya. Bersama senyuman di bibir dia bergerak ke arah tangga. Tapi baru jer Hana gerak selangkah, Isabella muncul dari belakang. Tangan gadis itu dengan selamba merangkul lengan Blaze.
Terus jatuh senyuman Hana dari bibir setelah melihatnya. Air muka Hana bungkam sewaktu melihat Isabella.
Nadine di sisi menjuling mata menyampah dengan dua makeluk yang tidak disukainya itu.
"Jom lah Han..buang masa kita jer.."ajak Nadine yang menarik Hana bersama ke arah pintu.
Sambil ditarik oleh Nadine, Hana mengerling ke arah Blaze yang cuba hendak mendapatkan dia, tapi Isabella tarik lengan Blaze menghalang lelaki itu pergi.
"Awak, ayah ajak Yuta dan awak untuk makan malam dengan kami..."maklum Isabella sambil berdiri berhadapan dengan Blaze. Menghalang pandangan Hana untuk melihat Blaze.