Chapter 60 - Bab 58

Petang itu, Blaze menyuruh Adam bawa Nadine keluar dari akademi dengan alasan untuk temani gadis itu memberi barang dan dating bersama supaya dia dapat luangkan masa bersama Hana.

Blaze sedia maklum tentang perasaan tidak suka Nadine terhadapnya. Jadi dia tidak mahu Nadine menjadi batu penghalang di antara dia dan Hana. Kerana itu dia suruh Adam bawa Nadine keluar sampai malam biar dia dapat luangkan masa dengan Hana lama-lama.

Dengan bantuan makcik dewan makan, Blaze sediakan makanan untuk pikniknya. Lelaki itu bawa Hana ke laman akademi rahsia yang hanya Blaze saja yang tahu akan kewujudan tempat tersebut.

"Dah belum?"tanya Blaze bernada bosan.

"Sekejap."balas Hana sambil menggosok jari pada lukisan yang menggunakan pensel arang.

Blaze melepaskan keluhan lalu terbaring di atas lapik piknik setelah lengannya letih hendak menampung badan dia sejak 20 minit lepas untuk membuat gaya mengiringnya gara-gara ada yang mahu melukis dirinya.

"Aku penat.."ujar Blaze sewaktu memandang mata Hana yang mengenakan cermin mata bulat di wajah bersih milik gadis itu. Disebabkan terlalu tekun, Hana langsung tak sedar hujung hidungnya sudah terpalit dengan warna hitam.

Hana yang bersila menghadap Blaze sedang tunduk memandang drawing blocknya sewaktu Blaze memerhati dia.

"Han.."panggil Blaze.

Hana angkat kepala. Dia pandang Blaze yang baring berbantalkan lengan di depannya.

"Ada apa?"

"Ada sesuatulah dekat muka kau?"tunjuk Blaze sambil usik dahinya sendiri.

"Ya ke?Apa dia?"tanya Hana dengan selamba sentuh dahi menggunakan tangan kirinya yang kotor kerana kesan arang tadi. Habis terpalit satu garisan panjang di tengah dahi.

"Bukan situ...sini-sini.."Blaze sentuh pipi kirinya pula. Saja nak sakat Hana.

"Mana?Apa bendanya yang ada dekat muka saya?"soal Hana sambil menonyoh pipi kiri dengan tangan yang sama. Tak pasal-pasal comot satu pipi tu gara-gara jari dia yang kotor.

Blaze ketawa terbahak-bahak, asal lah bendul sangat Hana ni. Senang betul di kenakan. Lelaki tu baring telentang menghadap langit kerana senak di perut gara-gara ketawa.

Hana berkerut kening tak faham apabila melihat Blaze tiba-tiba saja ketawa. Entah apa-apa jer lelaki ni. Malas nak hiraukan Blaze, Hana kembali tunduk sambung melukis wajah Blaze sambil mendengar suara Blaze ketawa.

"Oh god...Hana what I'm gonna do with you.." ucap Blaze dengan sisa ketawanya. Lantas dia bangun dari baringnya. Tisu basah dalam bakul piknik diambil olehnya sebelum dia bersila depan Hana yang masih melukis.

Bersama senyuman main-main di bibir, Blaze pegang dagu Hana. Dia dongakkan kepala Hana yang tunduk itu supaya memandangnya.

"Apa ni...saya tengah sibukkan.."keluh Hana semasa bertentang mata dengan Blaze.

Blaze tersenyum lalu mula mengesat kesan hitam di dahi Hana dengan tisu basah tadi.

"Sekejap lah...kau boleh sambung lukis bila-bila kan.."kata Blaze.

Hana hanya mendiamkan diri. Dia nikmati pemandangan ciptaan Tuhan yang terindah di depan matanya saat ini. Blaze Hunter. Yang dulu di anggap musuh tetapi kini mendapat tempat di hatinya.

"Suka?"soal Blaze apabila menyedari dirinya ditenung lama dengan Hana semasa dia mengesat pipi Hana pula. Bukannya dia tak suka, dia suka je. Malah kalau boleh dia nak hanya Hana je yang tatap muka dia.

"Apa yang suka?"soal Hana. Memang dia suka lelaki ni tapi dia takkan lafazkan kata suka dia sebelum Blaze sendiri yang kata. Dia tak nak nampakkan dia terdesak sangat untuk menjadi kekasih Blaze.

"Pandang muka aku?"lelaki itu kesat sisa hitam yang terpalit dihidung Hana pula.

"Psst.."Hana berdecit menyampah. "Senior ni kalau tak masuk bakul angkat sendiri dalam satu hari tak hidup agaknya?"tanya Hana sewaktu tunduk pandang ke bawah menguis rumput.

Blaze turunkan tangan dia ke bawah lalu bersila rapat pada Hana. Lutut dia bertemu lutut Hana. "Pandang aku kejap."minta dia masa tepuk peha Hana.

Hana pandang. Mulanya tak berkedip, sekali sampai 10 saat macam tu dia malu sendiri. Pergh!Seri muka lelaki depannya ini terlalu kuat sampai sebu dada dia sebab suka.

Blaze tersenyum suka bila tengok reaksi Hana. "Selalunya aku yang kiss kau kan...so apa kata, kali ni turn kau yang kiss aku.."aju dia dengan senyuman nakal di bibir.

"Ehh?!Kiss?!"seru Hana dengan terkejut.

"Yup. Kiss."angguk Blaze.

Hana terjilat bibir dia sendiri tanpa sedar lepas mata dia terpandang bibir merah jambu Blaze. "Sekarang?"

"Yalah...haih kau ni. Buat menyirap aku je la."

Hana buat muka sebab jengkel. Tak sweet langsung!"Itupun nak marah..."dia angkat tangan ke depan nak pegang Blaze.

"Oi..apa kau buat?"tanya Blaze dengan muka toya dia.

"Kata nak saya kiss.."Hana terkebil bingung.

Blaze menjuling mata kejengkelan. Noob betul la Hana ni. "Romantik la sikit.."kata dia sebelum seluk tangan bawah ketiak Hana lalu dukung Hana supaya duduk di atas silaan dia.

Terbutang luas mata Hana bila dia diangkat dengan mudah oleh Blaze. Secara automatik dia lingkarkan tangan ke sekeliling leher Blaze. Kaki dia berada di bawah lengan Blaze.

"Sekarang kiss."arah Blaze masa dekatkan muka dia ke muka Hana dengan bersahaja. Sikit pun tak tunjukkan reaksi malu.

Hana pandang mata Blaze dengan jantung berdebar kencang. Sambil pandang tu tangan dia merayap dekat belakang leher Blaze. Sedang dia gosok belakang kepala Blaze, dia kucup dahi Blaze.

Lima saat kemudian dia turun ke kedua-dua kening Blaze. Selembut yang boleh dia kucup mata Blaze pula. Hal itu buatkan Blaze pejamkan mata sambil mengeratkan pelukan.

Setelah itu, Hana turun mengucup pipi, lama dia hinggap pada kedua-dua pipi tu. Mencurah segala rasa yang dia rasa terhadap Blaze. Setelah itu dia jarakkan muka dia untuk pandang Blaze. Lelaki tu ikut pandang dia dengan renungan redup.

Sambil tersenyum, Hana buka mulutnya sedikit lalu memberi deep kiss pada bibir Blaze. Terus terpejam mata Blaze sejurus bibir Hana mengatup bibir dia. Bersama hela nafas lega dia peluk Hana lalu membalas kucupan tu.

Beberapa ketika kemudian setelah masing-masing kehabisan udara, barula mereka jarakkan diri.

Hana pegang bahu Blaze sewaktu mengambil nafas. Wow!

"Suprise ke?"sengih Blaze dengan bangga.

Urgh!"Menyampah.."detus Hana sambil tersenyum

Blaze kucup tengah dahi Hana sekilas lalu sebelum berpaling ke belakang untuk mencapai telefon bimbitnya.

"Nak buat macam mana...dah aku memang perfect."balas Blaze yang kembali memandang Hana.

Hana buat muka, rasa macam nak bagi tapak kasut jer dekat muka handsome Blaze ni. Nasib baik sayang, kalau tidak tapak kasut saiz enam miliknya dah lama melekat dekat muka lelaki ni.

"Selfie jom..."ajak Blaze sambil tarik kolar hoodie Hana supaya gadis itu rapat kepadanya.

"Hei..apa ni...koyaklah nanti."Hana pegang kolar hoodienya. Lelaki ni kan kasar betul tak ada lembutnya.

Blaze pegang pinggang Hana dari belakang lalu menarik gadis itu rapat ke dadanya.

"Ready..."ujarnya sambil talakan skrin telefon muka depannya ke arah mereka berdua.

"Sekejap...rambut saya.."kata Hana sambil membetulkan rambutnya bercerminkan pantulan kamera telefon Blaze yang ada di depan mukanya.

Blaze pandang dengan minat ke skrin telefonnya sewaktu wajah bulat Hana terpamer di skrin.

"Okay dah.."kata Hana.

"Kiss aku.."arah Blaze sambil pandang skrin telefon. Sedia hendak sentuh butang merah di bawah skrin telefonnya.

Hana pandang tepi muka Blaze bingung-bingung.

"Kiss?Dekat mana?"soal Hana sewaktu melihat bibir Blaze, lalu turun ke rahang tajam lelaki itu sebelum berhenti di leher berhalkum lelaki itu. Terlalu mengiurkan sampaikan Hana telan air liur sejurus itu.

"Mana-mana kau nak lah...aduh...tolonglah. Benda macam tu pun tak boleh nak fikir ke? Tangan aku dah lenguh ni.."bebel Blaze

Hana merenggus kejengkelan. Tanya jer pun. Itupun nak marah.

"Sedia...1...2...3-" sebelum bunyi klik kedengaran Hana lingkarkan tangan sekeliling leher Blaze dengan satu tangan sementara sebelah lagi pegang kepala lelaki itu dan dia berikan satu kucupan di pipi Blaze.

KLIK!

Blaze turunkan tangan. Dia tunduk memandang skrinnya semasa Hana sibuk menghadang mukanya dengan kepala dia.

"Tepilah..bagi aku tengok dulu.."Blaze tolak kepala Hana ke tepi.

"Nak tengok.."soal Hana semasa cuba capai telefon Blaze tapi lelaki tu jauhkan telefon tu darinya.

"Hei perempuan ni...kejap lagi ada jugak yang kena ni.."

Hana jeling ke arah Blaze lalu kembali duduk ke tempat asalnya. Dia capai drawing block tadi dan kembali melukis.

"Macam mana awak boleh tahu tempat-tempat rahsia ni?Selain awak...ada orang lain ke yang tahu tentang selok belok akademi ni?"soal Hana semasa Blaze edit gambar dan jadikan ia sebagai wallpaper telefonnya.

"Masa atuk aku hidup. Dia selalu bawa aku ke sini masa kecik-kecik dulu. Selalu aku merayau sendiri sekeliling akademi ni untuk bermain." jawab Blaze sewaktu menyentuh itu ini pada skrin telefon.

Hana mengangguk kepala.

"Tak ada orang lain yang tahu selain aku.." jawab Blaze sewaktu dia duduk tegak memandang skrin telefon dengan kening berkerut apabila ada panggilan masuk.

Hana buka mulut hendak bersuara, tapi Blaze letakkan jari di bibir mengisyaratkan gadis itu supaya mendiamkan diri.

Sambil mengetap bibir menyampah, Hana kembali memandang drawing blocknya.

"Hello?"sapa Blaze dengan nada suara serius.

"Tuan Hunter hendak berjumpa."maklum butler rumah agam utama Hunter pada Blaze dalam panggilan.

Blaze pandang Hana dengan kening berkerut, dia genggam telefon itu dengan erat.