Pintu bilik kelab terbuka dengan kasar sewaktu dua orang sahabat itu berjalan masuk ke dalam sambil bertekak. Membuatkan beberapa kepala berpaling ke arah dua orang yang sama tinggi sama comel dan sama kecil orangnya.
Dua orang itu kemudiannya berdiri saling menghadap. Semua yang ada di dalam kelab itu berhenti dari melakukan kerja mereka apabila menyedari seorang dari mereka tidak berkasut sebelah kaki dan seorang lagi pegang kasut di tangan.
"Kau kalau sehari tu tak timbulkan masalahnya tak boleh agaknya.!"
"Tangan aku licin berapa kali aku nak beritahu."
"Kalau hati-hati benda tu takkan terjadi."
"Well sorry then kalau aku tak perfect macam kau!"
"Ini bukan soal perfect atau tak Hana. Ini soal berhati-hati. Faham perkataan BERHATI-HATI?"
"Aku bukan budak-budak lagi Nad, tahu lah aku, lagipun semua orang tak apa-apakan. Nasib katak tu sebab dia ada dekat bawah kaki aku."
"Gosh! Why so hard talking with you! Memang semua orang tak apa-apa. Mujur kali ni adalah katak kalau benda berbahaya macam mana. Bukan aku tapi kau sekali akan cedera. Pernah tak kau consider hal tu?"
"Aku minta maafkan..."
"Maaf kau tak ada gunanya kalau kau tak ubah perangai cuai kau ni. Sampai bila kau nak macam ni?"
"What?"
"Parents kau dah amanahkan aku untuk jaga kau. Bagi kerjasama kau dekat aku dan jangan susahkan aku untuk risaukan kau sepanjang masa."
"Aku tak perlukan babysitter!"
"Aku bukan babysitter!"
"Dah tu berhenti jaga aku!"
"Aku tak jaga kau. Aku jalankan amanah parents kau dekat aku!"
"Kalau macam tu berhenti merungut!"
"Aku tak merungut! Aku luahkan kerisauan aku yang kau sendiri tak boleh nak faham dalam tengkorak keras kau tu!"
"What?Tengkorak keras?Kepala batu kau tu apa kurangnya!"
Dengan serentak kedua-dua itu saling membalas renungan, tidak mahu berkedip seakan beradu siapa yang kelip dia kalah.
Sementara yang menonton situasi itu menelan air liur gemuruh, menanti apa yang bakal berlaku sebentar lagi.
AJK kelab bola keranjang pandang AJK kelab catur.
"Kau orang tak try untuk hentikan dia orang ke?"tanya mereka.
AJK kelab catur hanya buat muka bosan tidak peduli apatah lagi mengerling ke arah dua sahabat karib itu.
"Jangan risau.. Dia orang kejap lagi okay lah tu.." seorang pelajar perempuan yang sedang tunduk memandang papan catur bersuara.
Kruk~~~~
Bunyi perut berkeroncong memecah kesunyian itu. Hana dan Nadine dengan serentak tunduk memandang perut. Tidak pasti perut siapa yang berbunyi tadi. "
"Kau punya perut ke?"soal Hana blur-blur.
Kruk~~~
Serta merta Nadine pegang perutnya. "Aku." jawab Nadine.
"Wow...kuat betul bunyi perut kau?Harap jer badan kecik?"soal Hana dengan kagum.
"Diamlah kau.."
"Dalam peti sejuk ada apa?Aku pun lapar."
Dua orang itu kemudiannya saling bergandingan tangan dan berjalan ke arah pantry dimana semua makanan dan peralatan untuk minum berada.
Bersembang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Membuatkan para penonton terpinga-pinga bingung. AJK Kelab bola keranjang berpaling ke arah AJK Kelab Catur dengan muka dumbfounded mereka.
"Wei...dia orang selalu macam tu ke""soal budak-budak Blaze pada anak buah Nadine.
Anak buah Nadine bersuara dengan nada bosan seperti sudah biasa dengan semua itu.
"Baru sikit jer tu..."