Dari jauh lagi Adam boleh nampak Nadine dalam cafeteria tu. Senyuman terukir di bibirnya apabila dia melihat gadis itu berwajah marah sedang membebeli Hana yang duduk berhadapan dengannya.
Gadis itu berdiri di seberang meja cuba mencapai sesuatu dari tangan Hana lalu merampasnya. Bila Adam mendekat baru lah dia boleh dengar apa yang Nadine marahkan.
"Kau tahu tak dekat luar sana ada orang kebulur makan lumpur aje..kau boleh buat main dengan makanan pulak. Aku suruh kau makan bukan suruh buat main..."bebel Nadine semasa Adam jalan mendekati Hana.
"Hai babe..."sapa Adam semasa meletakkan buku di meja lalu berdiri untuk mencapai Nadine di seberang meja.
Nadine tidak balas sebab dia terlalu sibuk dengan Hana yang sengaja nak menjengkelkan dia waktu itu.
"Mana aku buat main...aku makan jugakkan."
Hana cuba capai makanan dari tangan Nadine yang sedang berdiri menghalang semua makanan dari dicapainya.
Adam tersenyum sewaktu mengucup dahi Nadine yang sedang berkerut kening. Lalu dia duduk di sebelah Hana sebelum memeluk separuh badan gadis itu dan mengucup tepi kepala Hana sewaktu dua orang gadis itu bertekak.
"No. Kau makan dulu apa yang aku bagi baru kau ambik yang lain!""tegah Nadine sewaktu duduk menyusun meja makan yang sudah tungang langang dengan sepah Hana.
Adam membantu Nadine menghalang Hana sewaktu gadis itu gunakan sayur salad sebagai kipas muka. Sambil itu dia kemaskan meja itu dengan tangan sebelah lagi.
"Kau orang nak tahu sesuatu tak?"soal Adam semasa Nadine menyelesakan diri di bangku itu.
Hana yang suka gossip seperti bertelinga kucing.
"Apa dia?"soal Hana yang terus lupa akan makanan yang mahu dimainkannya tadi.
Adam meletakkan salad yang dirampas tadi ke dalam pinggan lalu meletakkan kedua-dua tangan atas meja dan sondong kedepan sedikit supaya Nadine dapat dengar.
"Tunang Yuta akan pindah ke sini..."maklum Adam separa berbisik. Air muka Hana jatuh, bahu gadis itu kendur hilang semangat selepas mendengarnya. Nak buat macam mana walaupun apa sekalipun dia ada perasaan pada Yuta.
"Mana awak tahu?"tanya Nadine dengan kening berkerut. Lagi satu diva datang menyemak dekat sini. Cukuplah Candice. Jangan ditambahkan lagi.
"Yuta beritahu semalam..."jawab Adam.
Hana cuba capai pizza dari pinggan Nadine tapi sempat di halang Nadine semasa gadis itu pandang Adam.
"Bila tu?"soal Hana yang menarik muncung sebab Nadine halang dia.
Adam pandang Nadine dengan renungan serba salah.
"Hari Rabu ni. Dia pindah sini sebab katanya ayah dia nak dia bonding dengan Yuta...hubungan jarak jauh ni tak membantu.."
Nadine serahkan separuh pizza pada Hana sejurus itu lalu kembali memandang Adam.
"Urgh...tambah lagi diva dalam akademi ni." ngerang Nadine dengan jengkel.
Hana capai pizza itu dengan sengih gembira. Terus dia suap makanan itu ke dalam mulut dengan gelojoh sampai mulutnya penuh.
"Macam mana dengan keadaan dekat kelab. Saya dengar kelab bola keranjang tumpang duduk situ?""soal Adam masa Nadine serahkan tisu padanya dan juih bibir ke arah Hana di sebelah.
Bila Adam toleh, dia melihat mulut Hana sudah comot dengan kesan sos dan keju pizza tersebut.
"Tanpa mereka biasa jer...tapi kalau dah datang angin nak menyakitkan hati Blaze akan sengaja buat darah saya mendidih. Candice pulak tak habis-habis nak tackle AJK lelaki kelab saya..."cerita Nadine.
Adam cuba kesat mulut Hana tapi gadis itu mengelak. "Apa Blaze buat dekat awak?Nak saya nasihatkan dia ke?"soal Adam yang memegang belakang kepala Hana untuk halang gadis itu bergerak dan mengesat mulut Hana dengan tisu perlahan-lahan.
"Get away..."tolak Hana semasa mulutnya belum bersih lagi.
Adam buat tak dengar malah dia tetap mengesat mulut Hana. "Kalau ada apa-apa beritahu saya."
"It okay...saya boleh handle dia..."Nadine menghulurkan set sandwich dan mineral pada Adam.
Hana tampar tepi lengan Adam kerana bengang dengan tindakan lelaki itu yang tidak boleh berlembut dengan dia. Main tonyoh jer mulut dia macam tu dengan tisu.
Adam tersenyum sewaktu mencapai makanan yang dihulurkan Nadine sejurus selesai menguruskan Hana. Sikit pun tidak terganggu dengan tamparan Hana.