Chapter 8 - Bab 7

Petang tu Nadine pesan Hana supaya selesaikan kerja sekolah yang pensyarah bagi sebelum balik asrama. Siap bagi amaran lagi tu kalau Hana balik dengan kerja tak siap, Nadine akan report dekat mama Hana tentang kegiatan Hana dekat akademi tu. Nak tak nak Hana dengan hati tak rela terpaksa luangkan masanya petang itu dalam perpustakaan akademi.

Di barisan meja hujung selatan perpustakaan kelihatan gadis bersanggul tinggi dengan cermin mata bulat di muka duduk sendirian sambil ditemani dengan lampu stand di depan.

Segala peralatan tulis dan buku bersepah memenuhi meja panjang tersebut.

Penjaga perpustakaan Puan Limbert sedang tidur di kaunter dengan kepala dongak memandang siling sambil mulut ternganga luas.

Sementara beberapa orang pelajar lain mula mengemas barang dan bergerak keluar dari situ. Membuatkan tempat itu lengang dan sunyi tiada penghuninya.

Coretan pen pada permukaan kertas kedengaran di meja Hana sewaktu gadis yang bersila atas kerusi itu tunduk tekun menyiapkan jalan kira-kira subjek Matematik Tambahan setelah menyiapkan tiga subjek yang lain.

Sekejap-kejap gadis itu mengaru kepala dengan hujung pen sampai terkeluar rambutnya dari sanggulan tersebut.

Disebabkan dia terlalu tunduk, cermin matanya kerap turun melurut dari batang hidung, membuatkan dia rimas hendak naikkannya semula.

Sedang Hana hendak mencapai pemadam dari pencil case, bunyi sesuatu terjatuh mengejutkannya. Kepala gadis itu tersentak memandang ke depan.

Terkebil-kebil mata Hana bila gadis itu lihat sekeliling perpustakaan itu telah gelap. Dia palingkan kepala ke jam besar dekat belakangnya.

Bila dia pandang rupa-rupanya jam dan masuk 7 malam. Patutlah gelap semacam. Lalu bunyi orang mengerang kedengaran tidak lama selepas itu.

Membuatkan kepala Hana kembali berpaling ke depan. Mata gadis itu bergerak kanan dan kiri dengan awas. Tak ada orang lain dah dalam perpustakaan itu kecuali dirinya dan Puan Limbert di situ.

Perlahan-lahan, Hana bangun dari duduknya. Dia capai payung lipat dari beg sandang dan keluar dari meja itu untuk mencari sumber bunyi tersebut.

Pelbagai teori bermain dalam kepalanya waktu itu, mungkin ada perompak buku ancient?Tak pun orang jahat yang cuba cari harta karun?Yalah akademi ni dah lama kot. Beratus tahun umurnya. Manalah tahu dia orang nak cari benda antic untuk di jual.

Hana berhenti di lorong deretan rak di situ. Dia jengah kepala di setiap lorong dengan perasaan ingin tahu. Belum sempat dia nak lintas rak depannya, seseorang berjalan keluar dari lorong tersebut lantas melanggarnya dengan kuat.

"Umph!"Hana terbaring atas lantai dalam keadaan meniarap apabila badannya dihempap dari atas.

"Auw..."aduh satu suara perempuan.

Hana buka mata untuk melihat tuan punya badan. Dan bila dia buka mata, perkara pertama dia nampak adalah lelaki yang sedang berdiri di atasnya.

"What the hell?"soal Hana sewaktu orang di atasnya bangun dari badannya.

"Mata kau letak mana?Tak reti ke tengok-tengok sebelum jalan?"bebel suara perempuan yang menghempap Hana tadi.

Hana bangun dari baringnya dan memandang pelik ke arah gadis berambut merah depannya.

"Candice?""sebutnya sewaktu bangun dari lantai sambil mengutip payung lipat dari lantai. Setelah berdiri dia menepuk-nepuk skirtnya untuk hilangkan debu.

Gadis berambut merah itu kelam kabut membutang baju kemeja lalu tuck in hujung kemeja  ke dalam skirt.

Hana memandang dua orang di depannya dengan curiga sebelum menarik sengih sinis.

"Seriously?Banyak-banyak tempat library jugak kau pilih?"soal Hana dengan sengih mengejeknya.

Candice yang dengar menjeling menyampah ke arah Hana. "

"Diamlah kau...""sentapnya.

Hana menggeleng kepala. Kesian dekat pelajar lelaki di depannya. Entah lelaki ke berapa yang menjadi mangsa Miss Playgirl depannya Hana tak boleh hitung.

Candice Aurora, gadis hot stuff paling popular di kalangan pelajar disini. Sejak tahun pertama lagi Candice dah popular sebab rupa paras yang cantik dan tubuh yang seksi. Dia gunakan semua tu untuk buatkan semua lelaki dekat akademi ni ada bawah kaki dia. Anak orang kaya, biasalah!

"Jom..jangan hiraukan budak ni..."ajak Candice yang menarik lelaki tadi bersama keluar dari situ.

Hana pandang dua orang itu sewakyu mereka bergerak ke arah pintu keluar. Sambil menggeleng kepala Hana kembali ke meja untuk menyambung kerjanya semula.