Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Terlerai Sebuah Dendam

🇲🇾AniRose
--
chs / week
--
NOT RATINGS
28.3k
Views
Synopsis
Naura Sofea seorang pelajar kolej swasta yang sangat cemerlang. Tak sia sia Pak cik Hilmi menaja pelajarannya di situ. Tetapi dia sering dibuli dek kerana kemiskinan. "Hey budak miskin, ni tahun last kau kan. So, aku harap kau berjaya la erkk.. Sebab orang miskin macam kau ni bukan nak belajar sangat.Setakat nak cari jantan kaya kan?"-Inara Naura juga mencintai seorang jejaka yang terpengaruh di kolej itu namun, lelaki itu tidak mengetahui dan tidak mengenalinya. "Sudah sudah lah Naura, kau dengan dia bagai langit dengan bumi"-Trisha Namun, satu tragedi hitam terjadi antara mereka membuatkan Shiraz membenci Naura dan menyimpan dendam padanya. "Kau siapa?? berani kau perangkap aku!dah terdesak sangat ke huh?? dasar perempuan murahan-Izz Shiraz "Aku terpaksa Trisha"-Naura Sofea Lima tahun berlalu, takdir menemukan mereka kembali sesuatu yang tak di jangka membuat hati Naura dilanda gelora taufan yang kuat. Kebencian terus kukuh terpahat dihati Shiraz dan ia masih menyimpan dendam terhadap Naura. "Long time no see... Perempuan murahan!"-Izz Shiraz Air mata Naura memecut laju menuruni pipi mulusnya. "Kalau aku tahu dia lah ceo baru kita, awal awal lagi aku dah letak jawatan!"-Naura Sofea Hanya mampu mengeluh, Naura tidak mampu lari dari seorang Izz Shiraz. Kerana dendam Shiraz mengahwini Naura walau tanpa relanya. "Bapak kau dah terima pinangan aku, so kau jangan memandai nak tolak!"-Izz Shiraz. Naura terpaksa akur berkahwin dengan orang yang dicintainya dan bukan kerana cinta, tapi kerana terpaksa. Nasi telah menjadi bubur, baru lah kebenaran terbongkar. "Kau bodoh Shiraz!Naura yang selamatkan kau!"-Trisha "Kenapa dia nak selamatkan aku?"-Izz Shirraz "Sebab dia betul betul ikhlas cintakan kau!"-Trisha "Tahniah! kerana marahkan orang lain, anak kau mati Shiraz"-Trisha Sudah terlewat untuk Shiraz sesali. Mampukah Naura memaafkan suaminya setelah dia kehilangan insan tersayang?
VIEW MORE

Chapter 1 - Prolog

Izz Shiraz Mohd Kamil seorang jejaka paling 'hot' di sebuah kolej swasta di Ibu negara. Izz Shiraz merupakan anak kepada ahli perniagaan yang terkenal iaitu Mohd Kamil bin Tan Sri Ilham. eorang yang kacak, tinggi dan paling gadis gadis sukai iaitu sado. Keturun jutawan dan ia juga mempunyai teman wanita yang cantik dan angkuh. Mereka di tahun akhir di kolej tersebut.

"Izz, jom lah ponteng kelas. I boring lah asyik belajar aje".

"Kita lepak club ke? jomlah sayang" ajak Inara sambil jari jemarinya memicit bahu Izz Shiraz yang sedang duduk dibangku cafe.

Izz Shiraz mendongak ke atas memandang wajah kekasihnya.

"Tak boleh sayang, i nak habiskan belajar satu tahun ni je lagi. I nak kejar cita cita i. Kalau i gagal u nak ke i ulang? daddy i pasti mengamuk".

Tidak jauh dari tempat mereka lepak, terlihat seorang gadis sedang perhatikan Izz Shiraz.

"Sudah sudah lah Naura, kau dengan dia bagai langit dengan bumi".

Naura memusingkan badannya mencari tuan empunya suara.

"Eh, Trisha. Errr.. Jomlah teman aku beli makanan" Naura menarik tangan teman baiknya.

"Eleh, nak alih topik lah tu" ujar Trisha sambil mengikuti langkah Naura menuju ke cafe.

"Kau apa tau, cinta tak perlu bertepuk dua belah tangan.Aku selesa begini. Asalkan dia bahagia, aku lagi bahagia" Naura tersenyum bahagia.

"Kau tak rasa sakit hati ke, cemburu ke tengok dia duk berkepit dengan Inara tu?Soal Trisha mulutnya dimuncungkan ke depan.

"Buat apa nak jealous, ku tahu aku dengan dia macam mana. Aku anak orang miskin, dia cucu jutawan. Mana sesuai digandingkan. Cukuplah aku mencintainya dalam diam"

"Cewah, berdrama lah pulak kau ni. Dah dah, makan cepat" arah Trisha sambil menyuapkan roti goreng ke mulutnya.

Trisha Amir dan Naura Sofea Mohd Naim adalah teman baik sejak mereka mula mula belajar di situ. Naura mempunyai wajah yang cantik dan ayu, berkulit putih. Selalu memakai baju kurung dan memakai tudung bawal menutupi bahagian sepatutnya.

Naura belajar di kolej swasta di atas tajaan pakcik Hilminya. Bapa saudaranya itu amat manja kan Naura walaupun Abah Naura tidak mahu anak perempuannya menyusahkan Hilmi.

Pada mulanya Naura menolak, tetapi Hilmi tetap mendesak. Naura tidak sampai hati menolak, maklumlah anak saudara kesayangan Pakciknya.

Naura mempunyai 7 adik beradik,berasal dari keluarga susah. Abah Naura seorang penoreh getah, manakala ibunya mengambil upah jahit baju dari rumah.

Naura pernah suarakan hasrat untuk bekerja bagi membantu Ibu Bapanya, namun Abahnya membantah. Pelajaran amat penting untuk meneruskan cita cita Naura sebagai akauntan@enggineer.

Begitulah harapan Abah Naura, dia berharap Naura mampu mengubah nasib mereka sementara adik adiknya yang lain masih bersekolah.