Chereads / Terlerai Sebuah Dendam / Chapter 11 - Episode 10

Chapter 11 - Episode 10

Shiraz ketawa jahat. Hari ni hatinya bahagia. Bahagia, dapat hancurkan hidup gadis yang dibencinya selama lima tahun.

"Kasihan hidup kau Naura, akhirnya aku ada peluang untuk malukan kau, malukan keluarga kau" Shiraz merenung gambar pertunangan dengan Naura.

"Kau memang cantik perempuan tapi, bukan taste aku"

"Aku akan pastikan hari itu tiba dan aku akan pastikan hari itu adalah hari yang tak akan kau lupakan sampai bila-bila Naura Sofea!"

Ketawanya pecah lagi.

Naura termenung. Terfikir tentang tunangnya. Sudah sebulan selepas Naura dibawa ke kediaman Encik Mohd Kamil.

Hujung minggu lepas, Naura dan Shiraz bertunang. Perkahwinan mereka akan berlangsung sebulan sahaja lagi. Maklum saja lah, mummynya yang tak sabar. Bukan anaknya. Masih teringat kata-kata Shiraz, Naura mengimbas kembali ingatannya.

"Bapak kau dah terima pinangan aku, kau jangan gatal nak tolak"

Keyboard laptop diketuk berkali-kali. Rasa nak cubit pipi sendiri pun ada. Macam bermimpi pula, lelaki yang pernah dicintai secara diam dulu bakal suaminya.

Terukir senyuman manis.

"Amboi, bukan main manis lagi senyuman kau? kerja berlambak pun kau boleh relax?"

Bila masa lelaki itu muncul, kuat sangat kau mengelamun ni Naura oi!

"Ni semua kau check balik, semak satu-satu. Lepas siap, letak atas meja aku"

"Tapi, pastikan kau selesaikan semuanya hari ini" Shiraz pandang Naura. Serius wajahnya.

"Tapi tuan Shiraz, banyak macam ni mana sempat nak siapkan semua hari ini" fail bertimbun didepannya dipandang.

"Aku tak nk dengar alasan. Kalau kau bermula sekarang, tentu cepat siap"

Shiraz pusingkan badan, dia mengatur langkah kembali ke bilik ceo.

Adoi... Banyaknya kerja aku hari ni. Kau memang saja kan Shiraz! jerit hati kecil Naura.

Nama saja tunang, panggil kau, naura dan perempuan. Bakal isteri kot, panggil la biey ke, anje ke, sayang ke, laling ke sweet sikit. Ish!

"Naura, jomlah balik" ajak Trisha sambil kerling ke arah jam tangannya.

"Kau balik lah dulu, aku banyak kerja lagi ni. Lagipun Shiraz nak aku selesaikan hari ni jugak" Naura masih tekun mengadap laptopnya.

"Wei, fail ni ada bertimbun lagi ni. Saja Shiraz ni kan, dah jadi laki kau tak tahu lah macam mana" Trisha silangkan tangan.

"Tak apa lah. Separuh ni dah siap, tinggal sikit je lagi. Kau balik lah dulu ek" ujar Naura.

"Baiklah. Kau jangan balik lewat sangat. Kalau tak siap jugak, tinggal jela"

"Yela-yela. Kau jangan risau ok"

Trisha meninggalkan Naura yang keseorangan. Tak kisah lah jika dia seorang pun yang masih 'OT' , asalkan kerjanya siap.

Naura tepuk dahi. Dia baru teringat yang dia belum solat asar. Naura cepat-cepat beredar ke surau office.

Usai solat, tekaknya terasa haus pula. Kakinya dihala ke pantry.

Kerja banyak macam ni, aku kena minum kopi. Barulah mata tak ko!

Mug yang tergantung diambil, begitu juga dengan sudu, gula dan kopi.

Harum betul bau kopi ni. Ermm.. Tiba-tiba hidungnya tertangkap haruman lain. Wangi pelik ni. Bukan ke aku sorang ke yang masih kerja?

Jantungnya berdegup kencang.

"Ehem"

Terhinjut bahunya kerana terkejut. Mujurlah kopi panas itu tidak tumpah atad tangannya..

Naura pusing belakang.

Mamat ni lagi seram.

"Kot ye pun, bagi lah salam. Buat orang terkejut je. Buatnya pengsan tadi, tak pasal-pasal kerja saya tak siap"

"Kau tu yang penakut, salahkan aku pulak" marah Shiraz.

"Buatkan kan aku kopi"

"Tapi bos, waktu kerja dah habis. Bos buat lah sendiri ek" Naura mula gerakkan kakinya tapi dihalang Shiraz.

"Bos nak saya report kat bakal bapa mertua saya ke?" ugut Naura.

"Bagitahu lah. Daddy dah lama balik. Kau dengan aku je kat sini"

"Boleh je saya call dia. Tak pun, saya call mummy bos. Saya kan bakal menantu kesayangan dia. Excuse me?" Naura senyum menang.

Shiraz pula mendengus geram.

Tak sangka pula dia, wanita itu sudah pandai melawan. Nak tak nak, dia terpaksalah membancuh kopi sendiri.

Naura pandang jam tangan.

"Allah, sudah pukul 10 malam. Adoi, tak sedar pulak aku"

Naura menghabiskan kerjanya. Akhirnya selesai juga. Dia pandang bilik Shiraz, lampu bilik masih terang.

Pukul berapa Mamat tu nak balik, dah lewat ni.

Naura menghayun langkah keluar. Punat lift ditekan. Dia turun ke parkir.

Kelihatan tempat parkir itu sunyi. Hanya tinggal keretanya dan ada sebuah lagi kereta. Sepertinya kereta itu milik tunangnya.

Kunci kereta dicapai, Naura buka pintu kereta miliknya. Baru saja dia hendak masuk, lengannya ditarik kasar oleh seseorang.

Naura terjerit kecil.

"Hai sayang, baru nak balik ke?"

"Apa abang buat kat sini?"

"Abang cari Naura lah. Lama abang tunggu tau.

Naura letak handbag diseat sebelah pemandu, dia keluar balik mendapatkan lelaki itu.

"Antara kita dah tak ada apa apa lagi. Kenapa abang cari Naura?" soal Naura sambil silang tangan. Belakang badanya disandar pada kereta.

"Abang rindu Naura, abang nak kahwin dengan Naura" Khairil pegang bahu Naura.

Shiraz lihat jam ditangan, sudah agak lewat. Dia bangun dan tutup semua peralatan canggih dihadapannya.

Naura menolak tangan Khairil. Namun, gagal. Tangan Khairil menggenggam kemas kedua belah bahu Naura.

"Balik pada abang sayang. Abang nak kahwin dengan Naura, abang terlalu rindu kan Naura"

"Abang sedar tak apa yang abang cakap ni?" Naura masih lagi meronta untuk dilepaskan. Sakit bahunya diperlakukan begitu.

Nafas Naura tersekat sekat. Air matanya sempat jatuh ke pipi mulusnya.

"Naura tahu abang dah kahwin, dah ada anak. Sanggup abang tipu Naura? sampai hati abang. Dahlah isteri abang tu tengah sarat"

Khairil menolak tubuh naura ke tepi. Rambutnya diraup kasar. Nafasnya turun naik menahan marah.

"Arggh! abang tak kira, abang nak Naura!"

Naura dah bertunang. Bulan depan Naura akan berkahwin.

"What?"

Khairil palingkan muka memandang Naura.

Hatinya terasa pedih mendengar kata-kata Naura.

Khairil mendekati Naura dengan muka yang bengis.

Jantung Naura makin laju berlari. Terkejut melihat perubahan wajah lelaki itu. Dia hanya mampu berdoa di dalam hati.

Semakin dekat Khairil dengan Naura, semakin kuat jantung Naura berdegup. Mukanya pucat.

Naura membuka pintu keretanya, namun dihalang Khairil. Tubuhnya ditarik ke tepi.

"Kau nak kahwin dengan siapa?" wajah Khairil berada sejengkal dari wajah Naura.

"Dengan jantan tak guna tu ke?" wajah Khairil makin merah.

Dada Naura terasa sesak. Amat sukar untuk dia bernafas. Dia terlalu takut.

"Kalau jantan tu boleh 'sentuh' kau, aku pun nak rasa jugak" terukir senyum sinis dibibir lelaki itu.

"Tolonglah abang. Jangan buat Naura macam ni.Lepaskan Naura" rayu Naura. Tangisannya semakin kuat. Dia sangat berharap Shiraz ada di situ saat itu.

"Sshhh..." Khairil meletakkan jari telunjuknya dibibir Naura.

"Sudah selesai nanti, abang lepaskan sayang ye"

Khairil menarik tubuh Naura ke belakang kereta. Tubuh Naura dibaringkan di atas simen. Naura meronta-ronta. Puas sudah dia menjerit, tapi sia-sia.

"Jeritlah sekuat mana pun sayang, tak de orang yang akan datang tolong" Khairil gelak sambil dia duduk di atas tubuh Naura.

Tudung Naura direntap kasar hingga tercabut brooch dibahu kanan dan kirinya. Bajunya juga turut terkoyak akibat brooch yang melekat ditudungnya.

Khairil senyum. Lagi mudah kerjanya. Baju Naura dikoyakkan ke paras dada. Menampakkan mahkotanya yang suci.

Khairil membuka butang seluar, zip diturunkan. Seluar jeans yang dipakainya ditolak kebawah menampakkan seluar dalam.

"Tolonglah abang! jangan buat Naura begini" tangan Naura gigih menolak muka Khairil yang sudah jatuh dilehernya.

"Em, montoknya. Rezeki abang malam ni"

Naura menjerit sekuat hatinya bila Khairil mendekatkan bibirnya ke dada Naura. Kaki Naura dikangkang. Khairil sudah sedia untuk mengemudi. Rayuan Naura tidak diendahkan.

Kain Naura dijatuhkan ke bawah. Terlihat seluar dalam berwarna biru muda. Khairil telan liur.

Naura tak putus asa. Meronta-ronta agar dirinya berjaya lolos dari lelaki itu tetapu gagal. Tangisannya masih tidak berhenti Makin laju. Dia mengalah. Dia sudah tahu nasibnya tika itu.

"Hoi!"