Shiraz mencerlung ke arah Naura yang sedang sibuk dengan kerjanya.
Wajah Naura ditenung lama. Shiraz pejamkan mata.
Kalau lah kau bukan perempuan itu, aku pasti akan layan kau dengan baik. Tidak pernah terlintas dibenak aku, untuk siksa perempuan. Tapi kau, aku terpaksa. Aku tak kan biarkan kau hidup bahagia setelah kau hancurkan hidup aku, Naura.
Shiraz mengatur langkah menuju ke tempat Naura.
"Suprise, suprise! ada orang tu konon nak berhenti kerja. Tup, tup hari ni datang pula. Dahlah buat kerja macam biasa je. Macam tak de apa-apa yang berlaku" Shiraz menjeling ke arah Naura yang membatu.
"Tak minta maaf pun kat bos kau ni. Apa kau ingat aku ni tunggul?" Shiraz silangkan tangannya.
"Saya minta maaf tuan Shiraz. Saya tak jadi berhenti sebab adik-adik saya masih perlukan saya. Saya yang biayai persekolahan dia orang" Naura tidak memandang Shiraz, matanya masih tertumpu pada laptop dihadapannya.
"Oh, lupa.. Kau pun lupakan? kau lupa yang kau ni, miskin. Kalau kau tak kerja kat sini, kau nak kerja mana? kat lorong? opps!" Shiraz menekup mulutnya.
Telinga Naura mendidih mendengar kata-kata Shiraz. Tapi dia harus bersabar. Dia tidak pernah mengeluh walau hidupnya sedari kecil lagi dibelenggu kemiskinan. Dia nekad untuk keluar dari kemiskinan, dia nekad untuk hadiahkan abah dan ibunya sebuah rumah yang selesa. Walaupun tidak sebesar istana, asalkan keluarganya bahagia.
Kata- kata Shiraz dibiarkan berlalu. Raut wajah Shiraz berubah melihat Naura yang tidak memberi apa-apa respon. Panas pula hatinya.
Shiraz terus berlalu ke biliknya.
Kali ini dia tidak menyuruh Naura membuat air untuknya dan juga tidak menyuruh Naura masuk ke biliknya.
Naura pelik. Hari ni bosnya itu lain. Bukan seperti selalu. Dia melihat kelibat Shiraz masuk ke bilik Encik Mohd Kamil. Naura senyum dan meneruskan kerjanya.
"Daddy..." panggil Shiraz meleret.
"Apa Izz?" Encik Mohd Kamil sibuk menyemak fail didepannya.
"Izz, nak kahwin"
Encik Mohd Kamil menutup fail. Wajah anak sulungnya itu dipandang serius sambil dia kerutkan krningnya.
"Mimpi apa?"
Shiraz membetulkan duduknya.
"Tak tahan godaan"
Encik Mohd Kamil gelak besar.
"Izz duk U.K lima tahun, baru sekarang tak tahan godaan?"
Encik Mohd Kamil menggeleng.
"Nak buat macam mana, sekarang baru rasa gatal" Shiraz senyum kambing.
Encik Mohd Kamil tergangga.
Terkejut dengan jawapan anaknya yang selamba itu. Encik Mohd Kamil mengukir senyum.
"Kalau macam tu, bawalah bakal isteri Izz ke rumah. Kenalkan pada kami"
Izz Shiraz senyum sinis. Habislah hidup kau Naura. Bersedialah menghadapi dugaan lebih besar perempuan. Kau akan kenal siapa Izz Shiraz yang sebenar.
*****
Naura menutup laptopnya. Sudah masanya untuk pulang. Dia senyum, tiba masa untuk rehat. Esok hari minggu, dia sudah ada rancangan. Esok dia nak masak nasi briyani ayam dan akan agih-agih pada jiran tetangga. Sudah lama dia tidak bersedekah.
"Naura, tolong aku"
Naura berpaling ke belakang
Ternyata Seorang Izz Shiraz sedang berdiri dibelakangnya.
"Tolong apa?" ringan mulut Naura bertanya.
"Telefon aku, hilang. Tolong call" pinta Shiraz. Lembut saja suaranya.
Bila orang meminta tolong dengan sopan, Naura kesian untuk menolaknya.
Naura menghulurkan telefon pintar miliknya.
Shiraz menyambut huluran Naura. Dia mendail nombor telco nya. Mata Naura membulat apabila mendengar telefon Shiraz berbunyi di dalam kocek seluar lelaki itu.
Naura menggeleng. Tak sangka semudah itu dia ditipu.
Nak nombor telefon, minta jelah. Susah sangat ke nak jadi gentleman, huh.
"Nah. Lupa pula, aku letak dalam poket" Shiraz senyum puas.
Naura palingkan badan untuk berlalu dari situ. Menyampah pula dia pandang wajah lelaki yang bernama Izz Shiraz.
"Hei perempuan!?" panggil Shiraz.
Naura masih meneruskan langkahnya tanpa hiraukan panggilan Shiraz.
"Malam esok, pukul lapan malam pastikan kau dah siap pakai baju cantik-cantik. Nanti aku datang jemput"
Kaki Naura tiba-tiba beku. Rasa payah untuknya meneruskan langlah. Naura berpaling.
"Nak bawa saya ke mana? kenapa saya kena ikut kata tuan Shiraz? esok saya cutilah. Tak kerja. Jumpa isnin nanti"
"Jangan ngada-ngada. Malam esok kalau aku tak nampak kelibat kau tepat pukul lapan, siap kau aku kerja kan!"
Tanpa membuang masa Shiraz terus pergi dari situ. Meninggalkan Naura yang tidak berpuas hati.
Kenapa dia buat aku macam aku ni hak dia? kenapa aku kena dengar cakap dia? Senang-senang kau gula-gulakan aku Shiraz! ish