Naura melambai ke arah Khairil yang tercari-cari kelibatnya di dalam restoran itu. Khairil mendekatinya, kerusi didepannya ditarik lalu dia henyakkan punggungnya.
Akhirnya terubat juga rindunya pada sang kekasih, setelah seminggu tidak bertemu. Naura senyum melihat wajah Khairil. Entah kenapa lelaki yang dikenalinya tiga bulan lepas sangat dia sayangi. Mungkin kerana layanan Khairil kepadanya selama mereka berkenalan.
"Kenapa senyum je tengok abang?" tanya Khairil sambil membalas senyuman Naura.
"Saja. Lama tak pandang abang, rindu" Naura tunduk ke bawah. Rasa malu menyelubungi dirinya bila insan tersayang memandangnya dengan senyuman.
"Jomlah order. Nanti tak sempat nak melawat banyak tempat" Naura membelek menu dihadapannya.
"Oh, dah jadi kak long kawasan ye sekarang?" Khairil gelakkan Naura.
"Abang ni..tak habis-habis nak sakat Naura. Bencilah. Karang Naura merajuk, tak nak jumpa abang. Baru tahu" Naura mencebik.
"Okey lah sayang. Jom kita order makan dulu. Lepas selesai makan, kita pergi mana saja sayang nk pergi abang ikut"
Terukir senyuman dibibir Naura.
"Betul ni?"
Khairil mengangguk.
"Wah...seronoknya tengok loving couple ni"
Sapa suara dari belakang Naura.
Naura pusingkan badan. Dia tahu lelaki itu bakal buat sesuatu.
"Tuan Shiraz. Datang makan sini ke?"
"Ada temujanji dekat sini ke?"
Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Naura. Sudah tidak senang duduknya. Naura sempat berdoa agar Shiraz tidak menganggunya.
"Tak" Sepatah perkataan keluar dari mulut Shiraz.
Shiraz menarik kerusi sebelah lalu duduk berdekatan Khairil.
"Em, abang. Ni bos tempat Naura kerja, tuan Shiraz"
"Tuan Shiraz, ni tunang saya. Abang Khairil"
Khairil menghulurkan tangan kanan dan Shiraz menyambutnya.
" Kalau dia tunang, habis i ni apa Naura?" tutur Shiraz selamba.
Terbutang mata Naura mendengar omongan Shiraz.
" Tak, apa maksud tuan ni? saya tak faham" Khairil mula tidak selesa dengan kata kata lelaki disisisnya itu.
"Apa maksud tuan Shiraz? Saya rasa kita tiada urusan di sini. Maksud saya, hari ini hari cuti saya. Kalau ada apa-apa masalah dipejabat, nanti kita selasaikan hari isnin ni, boleh?" Naura harap Shiraz faham yang dia mahu Shiraz beredar dari sini. Bukan boeh pakai sangat mamat ni, suka buat masalah.
"Tak. Ini bukan pasal kerja"
"Ini soal kita"
"Di office you layan i, selalu peluk cium i. Tapi kat sini, boleh pulak you layan lelaki lain. Siap mengaku tunang lagi. Habis, i ni apa Naura" Shiraz memandang Naura dengan muka masam.
"What? apa ni tuan Shiraz" Naura pandang wajah Khairil.
Khairil diam.
"Kalau you tak percaya, i ada bukti"
Shiraz keluarkan telefon pintar miliknya. Punat telefon ditekan-tekan dengan jari lalu dihulur pada Khairil.
Khairil sambut dan dia sedang melihat gambar tunangnya sedang bermesra dengan lelaki lain. Lelaki didepannya. Hatinya mula panas.
"Apa ni Naura?"
"Sampai hati buat abang macam ni" merah pipi Khairil menahan marah.
"Naura buat apa?" Naura sudah binggung, entah gambar apa yang ditunjuk Shiraz kepada tunangnya.
Khairil tunjuk telefon Shiraz kepada Naura. Alangkah terkejutnya Naura melihat gambarnya sedang duduk di atas Shiraz tempoh hari. Naura tutup mulut. Silap dia, kalau lah hari itu dia padam gambar tu, tentu Shiraz takkan seberani ni.
"Ini yang ada ditelefon, yang tak ada? tubuh dia pun i selalu tengok. Bukan setakat tengok je, pegang pun pernah. Seronok tu tak payah cakap lah. Hari-hari teringin. Rasa tak nak cuti pula" Shiraz senyum pada Khairil.
"Naura kata rindu abang, tapi dipejabat bukan main lagi buat maksiat dengan jantan ni. Naura ingat abang ni apa!?" jerkah Khairil.
Empangan air mata Naura sudah pecah. Airnya mengalir dengan laju sekali. Khairil bangun dan menolak tubuh Shiraz. Makin lama dia di situ, makin berapi dadanya.
Naura pegang lengan Khairil. Merayu agar Khairil mendengar penjelasannya. Tapi sia sia. Tangannya ditepis kasar. Khairil terus berlalu.
Naura terduduk. Dihamburkan tangisnya. Dia menangis sepuas puasnya tanpa
peduli orang disekeliling memandangnya.
Shiraz gelak. Dia mendekati Naura. Shiraz duduk mencangkung. Dia memandang Naura yang sedang basah dengan tangisan.
"Kau jangan ingat, lepas apa yang kau dah buat kat aku 5 tahun lepas kau boleh bahagia. Aku tak kan lepaskan kau. Ya, aku berdendam dengan kau. Kau kena ingat, aku tak akan izinkan hidup kau aman. Aku nak sangat tengok kau sengsara Naura" bisik Shiraz perlahan.
Shiraz meninggalkan Naura sendirian di situ.