Naura membetulkan kedudukan shawl yang terlilit dikepala.
"Nak pergi dating kena lah cantik-cantik, kan. Nak pikat buah hati" usik Trisha.
Auch!
Bahu Trisha ditepuk kasar.
"Padam muka. Kau ingat, aku nak sangat ke keluar dengan Mamat biul tu? memang tak lah" wajah Trisha dipandang dalam cermin.
"Kau rasa, kenapa dia ajak kau keluar?" tanya Trisha.
"Entah. Mamat tu, bukan boleh dipercaya sangat" ujar Naura.
"Jangan-jangan dia nak buat apa-apa yang tak elok tak?" Trisha bermain-main dengan hujung rambutnya.
Naura tidak jadi memakai brooch dibahu kanannya.
Dia terfikir sejenak. Kenapa dia takut sangat dengan Shiraz? Kenapa dia tak buat laporan polis je? tapi, nak sabitkan apa? Naura pejam mata.
Brooch bentuk hati berwarna silver itu dipakaikan dibahu kanannya.
"In shaa Allah, dia tak buat benda bukan-bukan. Kau doakan lah aku selamat" ujar Naura.
Trisha tersenyum.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Naura apabila Trisha asyik tersenyum memandangnya.
"Patutlah si Shiraz tu tergila-gilakan kau, kau memang asli cantik. Tak mekap pun cantik" Senyum Trisha masih bersisa.
Naura sengetkan bibir, satu jelingan maut dihantar pada Trisha yang masih setia duduk bersila di atas katil.
"Dia nak tergilakan aku? kalau bukan fasal hal kat kolej dulu, mungkin dia tak kenal aku pun. Mungkin, dia akan layan aku lebih baik dari sekarang"
Naura mengambil tempat disisi Trisha.
"Aku tertanya-tanya, apa jadi dengan Inara lepas kejadian tu? Sampai ke hari ni bayang dia tak menjengah depan mata aku"
"Kau rindu dia ke? ke kau rindu dengan cacian dan hinaan dia?" Trisha silang tangan. Wajah Naura dipandangnya.
Naura diam sejenak. Memang Inara melayannya buruk dulu, tapi dia tidak pernah simpan di dalam hati.
Pin! pin!
"Eh, tu mesti dia. Jumpa pula dia cari rumah kita" Naura bingkas bangun, handbag dicapai lalu dia mengatur langkah keluar. Trisha mengekori dari belakang.
"Fuh, tepat-tepat kul lapan malam. Jarang melayu tepati masa. Dia solat maghrib kul brapa? mahu melayang bawa kereta ni" Trisha mengetuk-getuk dagunya.
"Sempat je solat. Kan banyak masjid dan surau kat tepi-tepi jalan" ujar Naura sambil tangannya ligat memakai kasut.
Naura mempercepatkan langkahnya, risau ada yang mengamuk.
"Aku pergi dulu Sha, jaga diri" sempat Naura berpesan pada teman baiknya sambil menutup pintu pagar.
"Kau tu jaga diri, jangan biar dia buat yang tak senonoh" jerit Trisha perlahan.
Naura buat bentuk ok dengan jarinya. Lelaki di dalam kereta dipandang. Berdebar-debar hatinya. Hendak masuk ke tidak. Betul kah keputusan dia buat itu? Naura garu kepala yang tidak gatal.
"Kau tercegat kat situ buat apa? masuklah! buang masa aku je" marah Shiraz.
Cermin kereta dinaikkan semula.
Naura buka pintu dan masuk. Shiraz memerhati dari sisi.
"Kau ingat, aku nak bawa kau pergi pertandingan nasyid ke?" Shiraz pandang Naura atas bawah.
Naura turut pandang bajunya yang berwarna biru gelap, berbunga kecil. Tersama pula baju mereka malam ini. Cuma baju Shiraz berwarna biru muda.
Wah, baju sama warna. Macam berjanji lah pula. Ada jodoh ni.
"Dah ni je baju yang saya ada"
Shiraz menggeleng kepala sambil tunduk.
"Oh, lupa.. kau kan miskin, orang miskin tak mampu pakai baju mahal-mahal" sindir Shiraz.
Tak habis-habis hina aku miskin! salahkah aku miskin, miskin-miskin aku pun kerja. Bukan mengemis! Hatinya terbakar tiba-tiba.
Naura pandang keluar tingkap.
Shiraz turut diam bila dia pandang wajah Naura berubah. Dia tahu, Naura marah. Sepertinya Naura terbakar sendiri.
Sejam kemudian Shiraz memberhentikan kereta mewah miliknya didepan sebuah banglo dua tingkat. Banglo itu kelihatan mahal dan besar. Hati Naura tertanya-tanya kenapa dia dibawa ke situ. Rumah siapa yang tersergam indah didepan matanya. Seketika pintu agar pun terbuka. Shiraz tekan minyak dan keretanya meluncur masuk.
"Tuan Shiraz, kita kat mana ni?" jantung Naura mula berdetak laju.
Dia nak jual aku ke? ish, tak mungkin lah. Naura bermonolog di dalam hati.
"Ikut je lah"
Shiraz panjangkan langkahnya menuju ke pintu utama banglo itu.
Naura terpaksa mengikut lelaki itu, takut juga. Tapi kalau nak tahu, kena masuk juga lah. Shiraz masuk ke dalam rumahnya, matanya tercari-cari kelibat penghuni rumah.
"Daddy, mummy mana?" tanya Shiraz sambil mengambil tempat disisi daddynya di dalam perut sofa mana kala Naura pula dibiarkan berdiri.
Encik Mohd Kamil yang tadinya menonton television memandang anaknya dan perempuan yang sedang bersiri ditepi Shiraz.
"Mummy ada kat dapur, nak masak special katanya"
"Kamu ni bukan pekerja saya ke?" tanya encik Mohd Kamil kepada Naura. Sekilas dia menjeling anak sulungnya yang sedang asyik menonton perlawanan bola.
"A,ah. Naura Sofea. Buah hati kesayangan Izz" laju aje ayat itu keluar dari mulut Shiraz.
Naura terpana mendengar kata-kata Shiraz.
Sejak bila pula aku jadi buah hati kau, Izz Shiraz????? pipi Naura mula blushing. Naura jadi malu sendiri. Sudahlah tak diajak duduk, penat tahu berdiri!
Encik Mohd kamil tersenyum.
"Naura, duduklah. Kita tunggu seorang lagi tetamu"
"Tak sangka pula uncle, awaklah perempuan yang buat anak uncle ni tak tahan godaan" ada gelak yang terlepas dari bibirnya.
Naura tunduk, malu. Shiraz pula buat-buat tak dengar. Baguslah Shiraz, kau bawa aku datang rumah kau, lepas tu kau abaikan aku. Marah Naura di dalam hati.
"Ni ke orangnya?" tanya Puan Sarlene yang datang dari arah dapur.
Wajah Naura ditatap lama, lalu dia tersenyum.
"Cantik"
"Siapa nama kamu? tanya Puan Sarlene pada Naura yang terpinga-pinga.
Naura bangun dari duduk, dia hulur tangan untuk bersalam. Puan Sarlene menyambut dengan senyuman. Alangkah gembira hati puan Sarlene, akhirnya dia akan mempunyai menantu.
"Apa khabar puan?" tanya Naura sedikit gugup.
"Kenapa panggil puan, panggil je aunty. Nak panggil mummy pun boleh"
Shiraz menjeling Naura dari sisi. Apalah yang ada pada perempuan itu sehinggakan semua orang sukakan dirinya.
Tapi bukan aku, hell no!
"Naura dengan Izz dah lama ke berkawan? bukan apa, tak pernah pula Izz cerita. Tahu-tahu je, Izz cakap nak kawin"
"Kenal tu dah lama, sejak dikolej lagi" Naura diam. Dia terlepas cakap pula. Macam sengaja mengimbas kenangan lama. Kan ada yang terbakar.
"Oh dah lama, cinta baru berputik lah ni ya. Tak pernah lagi Izz ni baws perempuan balik rumah, kecuali..." puan Sarlene mengunci mulutnya.
Kecuali Inara? Naura sudah tahu pasal itu.
"Assalamualaikum.."
"Eh, Khai dah sampai" mummy Shiraz bangun mendapatkan isteri tuan Khai yang turut sama datang.
"Ha Khai, ni lah orangnya.. Bakal menantu kami, Naura Sofea" encik Mohd Kamil kenalkan Naura pada adiknya.
What? bakal menantu?
Naura pandang Shiraz, namun Shiraz tidak hiraukan dirinya. Malah dia lebih rela memandang kaca tv.
Tuan Khai termenung sekejap. Wajah didepannya diamati. Baru dia teringat, patut macam kenal. Rupanya bekas pekerja dia dulu.
"Naura?"
Naura mengangguk.
"Kalau ini pilihan Izz, memang tepatlah" tuan tersenyum.
"Aku pun tak ingat nama pekerja sendiri. Nampaknya ingatan kau masih kuat" encik menepuk bahu adiknya.
"Aku muda lagi"
Mereka ketawa serentak.
"Lama tak jumpa tuan Khai" ujar Naura.
"Panggil uncle je, lagipun tak lama lagi kita akan jadi saudara" tuan Khai duduk.
"Baiklah" terpaksa walau hati tak rela.
Puan Sarlene mengajak isteri tuan Khai ke dapur untuk membantunya menyiapkan makan malam. Naura mahu turut sama, tapi dihalang puan Sarlene. Maklumlah itu kan pertama kali Naura ke rumahnya.
Naura kembali duduk. Terasa diri seperti tunggul.
Melihat bapa saudara dan daddy Shiraz sedang asyik bersembang, Naura menarik tangan Shiraz keluar. Mujurlah Shiraz mengikutnya.
"Apa maksud daddy awak saya ni 'bakal menantu' dia?" bisik Naura sedikit kuat.
Shiraz buat muka malas. Dia bersandar pada balkoni.
"Kau dah dengarkan? kau nak aku ulang ke?"
"Siapa nak kahwin dengan awak? suka suka hati awak je buat keputusan. Saya tak cakap pun saya nak kat awak. Awak siapa nak tentukan hidup saya?" marah Naura dengan nada perlahan risau didengari penghuni lain.
"Bakal suami kaulah"
Eeeeiii...
"Awak ajak saya keluar, tak cakap nak pergi mana, tahu-tahu awak bawa saya jumpa orang tua awak. Lepas tu cakap saya ni buah hati awk, lagi best... saya ni bakal isteri awak. Apa ni Shiraz?"
Sudah hilang panggilan 'tuan' buat lelaki itu. Malam ini dia harus tegas. Jangan suka-suka hati buat dia ni macam barang yang boleh dibeli.
"Saya nak balik" Naura turun anak tangga yang bilangannya tidak banyak.
"Naura, kau tu tetamu. Nanti apa kata dia orang? kau nak malukan aku?"
"Bukan masalah saya. Lagipun idea awk kan, selesaikan sendiri"
"Naura" panggil Shiraz sedikit keras. Shiraz pandang kiri kanan,takut-takut ada yang mendengar.
Naura sudah tidak peduli, dia memakai kasut dan berkira-kira untuk keluar.
Shiraz tarik lengan Naura tapi ditepis Naura.
"Sakitlah" marah Naura.
"Ok. Aku tak halang kau. Pergilah, kau nak balik sangatkan. Tapi kau ingat Naura, aku akan pastikan keluarga kau merempat. Kau ingat aku tak kenal keluarga kau?"
Naura tersentak.
"Mohd Naim bin Mohd Taib. Berumur lima puluh tiga tahun. Penoreh getah. Tu pun toreh getah orang"
"Zahra binti Halim. Berumur empat puluh tujuh tahun. Dulu kerja, sekarang tak"
"Naufal Sufian bin Mohd Naim. Berumur dua puluh lima tahun. Anak nombor dua. Belum bekerja dan sedang sambung belajar"
"Naura Sofea binti Mohd Naim. Berumur dua puluh tujuh tahun. Anak sulung dan bekerja disyarikat datuk aku"
"Kau nak aku sebut semua nama adik-adik kau ke?"
Naura diam. Tergamam.
"Kalau kau balik, aku akan pastikan bapa kau dihalau keluar oleh pemilik tanah yang didiami oleh kelurga kau"
"Aku sendiri akan beli tanah tu, semata-mata nak halau dia orang" Shiraz senyum sinis apabila terlihat manik-manik jernih muncul dibirai mata gadis itu.
Tiada apa yang dia boleh buat. Naura kembali melangkah ke dalam rumah.
"Abang!"
Seorang gadis sedang berlari ke arah Shiraz.
Shiraz senyum. Naura mengelap tubir matanya.
"Ni ke girlfriend abang?"
"Ya. Naura Sofea" jawab Shiraz.
"Saya Irene, adik kesayangan abang Izz" Irine peluk Shiraz dengan gaya manja.
Shiraz menggosok lembut rambut adik perempuan kesayangannya itu.
"Hai Irene" terasa suaranya hilang tiba-tiba.
Dia layan adik dia macam tuan puteri, dia layan aku macam sampah!
"Buat apa kat luar tu, jom masuk makan. Nanti makanan sejuk, tak sedap" ajak puan Laila.
Usai makan malam, puan Sarlene sediakan dessert pula. Kali ni Naura berkeras, dia mahu tolong. Rasa tak selesa pula tak buat apa-apa.
Puan Sarlene dan isteri tuan Khai berbisik.
"Tengok tu kak Leen, tak kekok pun dia kat dapur. Untunglah"
Puan Sarlene mengangguk tanda setuju dengan kata-kata birasnya itu.
"Untunglah Izz"
Puan Sarlene mendekati Naura yang sedang sibuk menghidang pencuci mulut tersebut.
"Naura ada adik beradik?" tanya puan Sarlene.
Shiraz menapak ke dapur. Gelas kaca dicapai dan dia menekan punat air sejuk. Diteguknya air itu perlahan. Sengaja dia ke dapur hendak mendengar apa yang mereka bualkan.
"Ada. Tujuh orang termasuk Naura"
"Seronok kan ada adik beradik ramai? Naura anak ke berapa?" tanya puan Sarlene ingin tahu.
"Seronok. Naura anak sulung"
"Mak ayah masih ada?"
"Ada"
"Masih bekerja?" puan Sarlene senyum.
"Maaflah aunty banyak tanya. Macam polis pencen pula"
"Eh, tak apa" Naura turut tersenyum.
"Abah menoreh getah. Tu pun jarang-jarang. Abah dah tua, tak larat"
"Ibu pula tak kerja"
"Jadi sekarang, Nauralah tanggung mereka?"
Naura hanya mengangguk.
"Untung abah dan ibu Naura, dapat anak yang baik. Aunty suka pandang wajah Naura, rasa tenang je"
"Keluarga saya keluarga susah. Saya bukan anak orang kaya, saya anak orang 'miskin'" sengaja ditekankan ayat miskin.
"Naura rasa tak layak pula jadi menntu aunty"
"Naura rasa macam tak padan je dengan anak aunty. Macam langit dengan bumi"
"Naura tak mampu beli baju mahal-mahal, shopping barang branded. Naura mampu beli kain kat nagoya, lepas tu upah orang jahitkan. Tudung pun, beli kat pasar malam je"
Puan Sarlene ketawa.
"Naura, semua tu tak penting. Yang penting, jadi diri sendiri"
"Kekayaan bukanlah ukuran kebahagiaan sesebuah rumahtangga"
"Aunty boleh terima ke Naura ni?" Naura pandang wajah milik puan Sarlene.
"Mestilah aunty boleh terima. Aunty tahu, Naura seorang yang baik hati dan jujur.
Naura gara kepala. Ingatkan, bagitahu tentang latar belakangnya puan Sarlene tidak akan terimanya sebagai menantu, tetapi sebaliknya yang berlaku. Makin sayang dan kasihan pula pada Naura.
Puan Sarlene dan isteri tuan Khai sudah beredar ke ruang tamu dengan membawa pencuci mulut. Naura masih di dapur. Dia terlupa, masih ada seseorang di situ.
Tangannya ditarik ke belakang dapur berhampiran tempat laundry. Tubuh Naura dikunci didinding. Mata bertentang mata. Naura alihkan pandangan.
Jantungnya berlari dengan laju. Hatinya semakin mencair bila bau wangi lelaki itu semakin mendekat. Jiwanya tidak tenteram.
Dosa!
Shiraz merenung wajah Naura. Naura cuba lepaskan diri, tapi Shiraz terlebih dahulu menghalang.
"Kenapa kau bagitahu mummy semua tu? nak minta simpati?"
"Atau kau nak mummy aku sedekah duit banyak-banyak dekat kau?"
"Kalau kau nak duit banyak, aku pun boleh bagi. Tapi kau kena naik ke bilik aku dengan aku. Tak tahan sangat dah aku tengok kau hari-hari. Rasa nak telan"
Naura cuba meronta. Cuba meleraikan cengkaman tangan Shiraz.
"Awak nak saya jerit? nak suruh saya buat drama kat sini?" nafas Naura turun naik.
Shiraz senyum senget. Naura palingkan muka ke tempat lain. Shiraz pegang wajah Naura, dua ulas bibir milik Naura disentuh dengan jari. Shiraz merapatkan bibirnya ke bibir perempuan itu.
Injap jantung Naura hampir pecah. Naura menolak tubuh Shiraz sekuat hati. Satu tamparan hangat singgah lagi dipipi kanannya.
Tanpa membuang masa, Naura mengatur langkah keluar. Sakit pula hatinya dengan lelaki yang bernama Izz Shiraz.