"Aduh, sakitnya" Naura mengaduh sambil memegang bahunya yang sakit dirempuh Inara.
"Kau ni kenapa hah Inara? Sebesar besar jalan, jalan ni jugak kau nak lalu. Saje je kau kan!" Trisha menarik Naura ke tepi.
"Opps!" Inara menutup mulut.
"Sorry!" Inara melemparkan senyum sinisnya pada Naura.
"Hey budak miskin, ni tahun last kau kan. So, aku harap kau berjaya la erkk. Sebab orang miskin macam kau ni bukan nak belajar sangat. Setakat nak cari jantan kaya kan? kalau tak takkan lah budak miskin macam kau ni mampu bayar kolej swasta kan.Tak pun sugar dad tolong support kau en?" Inara memandang Naura dari atas ke bawah.
"Eh, mulut kau ni kan. Eeee..."Trisha menampar mulut Inara berkali kali.
Tindakan Trisha dihentikan Naura. Cepat cepat Naura menarik tangan Trisha lalu mengatur langkah untuk berlalu dari situ.
Manakala Inara hanya mampu melepaskan geram dengan tindakan Trisha dengan tiba tiba itu.
"Arrrrghhh! asar perempuan kampung tak guna!"Jerit Inara kakinya dihentak tanda geram.Teman baiknya, Shira dan Stella hanya tergelak kecil.
"Apa gelak-gelak? Kau ingat kelakar?Dahlah sorang pun tak tolong aku tadi".
"Err, aku bukan taknak tolong kau tadi Inara. Kami pun tergamam. Jomlah balik, Kau kan nak belanja kitorang Stella" Stella cuba membela diri.
"Itu jelah yang korang tahu! Menghabiskan duit daddy aku je"
"Kau pun sama" Sapuk Shira yang dari tadinya berdiam diri. Mereka gelak bersama melangkah seiringan.
"Kenapa kau tarik aku? Nak je aku tarik rambut Minah sengal tu. Melampau betul, mentang-mentanglah dia anak orang kaya, senang senang je hina orang" Trisha memandang wajah Naura.
"Kau pun satu, bagi je orang pijak pijak kepala kau. Kau tak payah baik sangat dengan orang macam ni Naura".
"Aku datang sini nak belajar Trisha, aku dah biasa dengan cemuhan dan hinaan dia orang. Aku taknak timbulkan masalah."
"Aku tak nak sia sia kan usaha Pakcik Imi aku yang bersusah payah masukkan aku kat sini".
Trisha diam mendengarkan penjelasan Naura. Naura tahu, hanya dia saja anak orang miskin di kolej itu. Malah Trisha pun anak Pensyarah di Universiti Utara Malaysia.
Oleh itu dia harus belajar bersungguh sungguh.
Sorry guys, author ketandusan idea..hihihi