Naura mengemaskan fail di atas mejanya yang bersepah.
"Naura, ni fail yang kau kena semak.Lepas tu kau kena hantar kat bilik CEO eh" Arah Laila.
"Okey" Naura hanya menurut.
"Eh,Ra? kau dah jumpa ke bos baru kita?" Tanya Laila.
"Belum. Aku ada kerja sikit tadi, terpaksa keluar dengan En.Zaimi. Kenapa? dia lagi tua dari Tuan Khai ke?" Naura menayangkan senyum senget dan menjeling ke arah Laila yang berdiri di depannya.
"A'ah, tua sangat kau"
"Jalan pun pakai tongkat"
"Boleh panggil atuk" Laila gelak.
Tangan Naura berhenti dari membelek fail.
"Boleh percaya ke kau ni?" Naura meletakkan jari didagunya.
"Mestilah tak, kau ni macam baru kenal je aku. Nanti kau tahu lah sendiri, aku pergi dulu" Laila mencuit hidung Naura.
Naura menepis tangan Laila ia tergelak kecil.
Naura menyambung membuat kerjanya.
Setelah hampir setengah jam menyemak fail yang diberi Laila, akhirnya Naura bangun untuk ke bilik CEO.
Tangannya mengetuk pintu perlahan,lalu berbunyi suara di dalam menyuruhnya masuk.
Fail diletakkan di atas meja. Naura berteka teki di dalam hatinya siapa gerangan didepannya yang sedang bercakap dengan orang dalam talian telefon pintarnya.
Muda ke tua ia tidak tahu kerana lelaki itu memusingkan kerusi ke belakang atau lebih tepat membelakanginya.
Naura hanya membatukan diri tidak berganjak walau seinci. Ia sempat berdoa agar bos baru nya ini baik seperti Tuan Khai.
Talian telefon dimatikan, kerusi CEO dipusing ke depan dan telefon diletakkan di atas meja.
Wajah Naura dipandang lama.
Naura terpana. Dia kenal dengan wajah yang berada didepannya sekarang.
"Shir...Shiraz.."Jantungnya mula berdetak laju. Naura menekup mulutnya. Hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang, Naura cuba mengumpul kekuatan agar lututnya yang hampir longgar dapat menggerakkan kakinya yang longlai.
Terukirnya senyuman jahat dibibir Shiraz.
Naura memulakan langkahnya. Apabila ia hampir memulas tombol pintu lelaki itu menjerit membuatkan bahu Naura terhinjut kerana terkejut. Langkahnya terhenti.
Lelaki itu menghampirinya dan ia memusingkan tubuh Naura lalu dirapatkan ke pintu. Shiraz mengunci Naura, tangan kanannya berada di atas menolak pintu.
Mata Shiraz memandang mata Naura tapi Naura melarikan pandangannya ke bawah.
Shiraz merapatkan mukanya ke muka Naura. Hampir saja bibir mereka bertaut.
"Long time no see...Perempuan murahan!"
"I'm back!"
Air jernih ditubir mata Naura mula bertakung. Hendak ditahan, tapi empangan air matanya sudah dahulu pecah membasahi pipi.
"Kenapa kau nangis? terkejut ke dengan panggilan tu?atau kau rindu dekat aku?" Shiraz menghembuskan nafasnya ke muka Naura yang masih kaku.
"Kau dengar sini perempuan!" Shiraz memegang dagu Naura kasar.
"Aku tak kan benarkan kau bahagia! Aku akan pastikan kau merana dan terseksa sepanjang hidup kau dan kau akan menyesal sebab kau cari pasal dengan aku!" Shiraz menolak tubuh Naura dengan kasar membuatkan tubuh kecil itu jatuh terduduk di atas lantai.
Shiraz kembali ke tempatnya.
"Keluar!"
*****
Naura menghempas punggungnya ke kerusi dengan kuat. Sakit hatinya akan perbuatan Shiraz kepadanya tadi.
Trisha berlari anak mendapatkannya.
"Beb, kau mesti tak percaya yang bos kita tu...." Trisha tidak jadi menyambung ayatnya pabila melihat sahabat baiknya itu dibasahi dengan air mata.
"Kau nangis ke? kenapa Ra? ke kau..."
"Memang dia! Izz Shiraz Mohd Khamil. Kalau aku tahu dia lah CEO baru kita, dari awal lagi aku letak jawatan". Naura menekup mukanya dengan kedua dua tangannya.
"Mesti lepas ni dia tak kan lepaskan kau Ra"Trisha mula risau.
"Aku tahu Sha, dia memang tak akan lepaskan aku. Aku tak ada pilihan.Kalau aku berhenti kerja, adik adik aku macam mana? Naufal? masih belum dapat kerja.Ya Allah...besar dugaan ini, aku tak tahu aku mampu hadapi atau pun tak"Air matanya laju menitis.
"Sabarlah Ra aku sentiasa ada untuk kau" Trisha memeluk Naura.