Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 42 - Bab 40 : Zara....tolong mama

Chapter 42 - Bab 40 : Zara....tolong mama

Sakit,ngilu,senak dan seperti direntap-rentap urat saraf dalam kepala dia masa ni. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa deritanya dia saat ini. Tapi tak adalah dia meronta macam ayam baru kena semebelih dekat sini. Still dia boleh kekalkan postur tenang dia dekat situ.Bukan sekarang masanya untuk dia buat scene dekat sini. Sementara dekat hujung koridor dua orang tu tengah muram.

Suara esak tanggis sedih kedengaran dari hujung koridor sewaktu doktor yang memberi rawatan membicarakan sesuatu pada pasangan suami isteri tu.

Zara hanya perhati dari jauh, sandar bersahaja di dinding. Memerhati Kayla memeluk James dengan sedih mengenangkan nasib anak perempuannya yang berada di ICU.

"Anak puan berjaya kami selamatkan. Disebabkan dia kehilangan banyak darah. Mungkin akan ambil masa sedikit untuk dia sedarkan diri. Buat masa ni kami kekalkan dia di bawa pengawasan rapi sehingga keadaanya stabil semula..."ujar doktor pada Kayla dan James.

Kayla mengangguk kepala faham bersama linangan air mata di pipi.

Doktor itu pamit meminta diri dan meninggalkan pasangan tersebut. Kayla mengangkat kepala. Dia memandang Zara yang berdiri sandar di dinding dengan air muka mengalah. Dengan bahu jatuh hilang semangat, Kayla terus jalan laju mendekati Zara dan melutut depan anak tirinya itu.

Mata Zara terbuka bila dia rasa tangan Kayla mencengkam tulang lutut kaki kirinya tiba-tiba.

Kayla dongak ke atas sambil memegang kaki Zara. Dia menangis semahunya. Menangis seperti apa yang berlaku tiga tahun lepas.

Tiga tahun lepas, alasan kenapa Zara duduk di luar dan hidup sendiri bukan dengan ayahnya sendiri.

Tiga tahun lepas, bila Kennedy pindah masuk ke rumah Zara dan James, Kennedy sangat membencikan Zara. Sebab semuanya Zara ada, kawan yang ramai, pakaian mewah. Rupa yang cantik dan ayah yang berpengaruh.

Hal itu membuatkan Kennedy tertekan dan alami kemurungan teruk. Sampaikan Kennedy nekad hendak bunuh diri berkali-kali sebab tidak terima kehadiran Zara dalam rumah itu.

Bila semua itu terjadi, Kayla merayu pada Zara supaya selamatkan Kennedy. Zara menjadi Zara, jenis yang suka mengalah pun pasrah dengan keputusan bila James menghalau dia keluar dari rumah itu sehelai sepingang.

Belum cukup itu, Zara serahkan kawan baiknya demi Kennedy.

"Zara...tolong mama...mama merayu tolong la...Kennedy dia terlalu kecewa selepas dapat tahu kamu dipilih sebagai calon isteri untuk Damon..sebab tu dia buat macam tu...mama cuba pujuk dia..tapi dia tetap bersedih..."nangis Kayla.

Dan kini Zara diminta untuk serahkan satu-satunya peluang dia untuk bersama neneknya semula. Sekiranya dia serahkan pertunangan ini, dia akan kehilangan perjanjiannya dengan James.

"Tolong mama Zara...Ken satu-satunya anak yang mama ada..."nangis Kayla dengan sebak.

Zara yang masih sandar di dinding dengan tangan bersilang di dada memandang James. Lelaki itu berkerut kening kepadanya lantas menggeleng kepala seakan tahu apa yang sedang difikirkan Zara. James tidak mahu Zara katakan iya pada permintaan Kayla.

Keluhan panjang terlepas dari bibir Zara sebelum dia bongkok memegang tangan Kayla. Memimpin wanita itu supaya berdiri. Letih betul dia dengan semua ni.

Kayla memandang sedih ke Zara sewaktu berdiri tegak. Merah mata wanita itu kerana menangis tanpa henti sejak tiba di hospital tiga jam lepas tadi.

Lantas Zara menarik sengih sinis semasa bertentang mata dengan Kayla. Well..well tengok siapa yang tengah merayu sekarang ni. Kalau waktu senang bukan main lagi perangai sombong meninggi hidung dekat dia. Bila susah pandai pulak melutut merayu. Hebat betul!Sesiapa berikan anugerah Oscar pada wanita di depannya ini.

"Bukan salah aku kalau anak kau lemah macam ni...dia punya keputusan untuk bunuh diri." kata Zara dengan nada tanpa perasaan sewaktu memandang dingin ke Kayla.

Kayla menggeleng kepala dengan sedih. Dia memegang kedua-dua belah bahu Zara.

"Maafkan mama Zara..tolong mama selamatkan Kennedy.."rayu Kayla lagi.

Zara ketawa mengejek dengan perlahan.

"Ahahaha....Apa kau cakap mama?Please lah...selama ni kau tak hairan dengan kewujudan aku..dan bila susah baru nak bermanis mulut?" Zara menepis tangan Kayla turun dari bahunya.

Kayla membawa jari jemarinya yang sedang menggigil ke mulut. Dia tunduk memandang ke lantai.

Zara menarik sengih meleret lalu berdengus kecil.

"Masalah kau, kau handle sendiri...aku dah serik dengan semua masalah kau ni..."kata Zara semasa berjalan pergi dari situ meninggalkan James dan Kayla di belakang.

Macam tu agaknya kalau ada seorang ibu. Yang akan cuba pertahankan nyawa anak sendiri tak kira macam mana sekalipun walaupun terpaksa melutut dan merayu. Memikirkan hal itu membuatkan Zara tersenyum sendiri.

Dalam keadaan lemah longlai dan kepala pening berpusing ligat, Zara berdiri di depan lif. Menunggu pintu itu terbuka. Beberapa ketika kemudian, pintu lif pun terbuka. Zara masuk ke dalam lif itu dengan kepala tertunduk memandang ke bawah. Setelah masuk, Zara menekan butang tutup sebelum menunggu lif itu bergerak turun.

Sepanjang masa tu Zara pegang rel besi di dinding lif untuk sokong dirinya semasa kepala dia mula berpusing-pusing dan pandangannya berpinar hendak pitam. Sedaya upaya dia gagahkan diri dari rebah di situ. Seakan berjam lamanya di dalam lif tu, akhirnya pintu lif terbuka.

Terasa semuanya kabur di depan mata, Zara atur kaki keluar dari lif sebelum dia langgar seseorang di depan lif tu dan rebah didalam pelukan orang tersebut.

Tak sempat nak buat apa-apa Zara memejam mata sewaktu kepalanya bersandar lemah ke dada itu, merasakan tangan itu erat memeluk tubuhnya pada masa yang sama. Sempat dia lihat wajah itu sebelum pandangannya gelap gelita sepenuhnya dan segalanya menjadi senyap.