Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 47 - Bab 45 : Saya dimana

Chapter 47 - Bab 45 : Saya dimana

Hari minggu itu seperti biasa, kafe penuh dengan pelanggan untuk makan tengah hari. Mujurlah kafe itu tidak sebesar mana jadi Zara dan Emily hanya satu-satu pekerja di situ tidak lah terkejar sangat hendak lakukan semua kerja.

Jam di dinding sudah masuk jam 2 petang sewaktu Zara sibuk mengemop lantai kayu setelah pelanggan terakhir bwrjalan keluar dari situ.

Setelah Zara tertunduk-tunduk menyental bawah meja dan kerusi dia beralih ke lantai depan pintu. Sedang dia menyental licin lantai itu, pintu kafe terbuka. Dua pasang kaki memijak lantai yang belum kering sepenuhnya itu.

Tanpa memandang Zara bersuara. Menyambut kedatangan pelanggan sewaktu dia berdiri membelakangkan pintu.

"Hai...selamat datang..."sapa Zara sambil memasukkan mop ke dalam baldi.

"Cik Zara Delisha..."tegur satu suara asing di belakang membuatkan Zara berpaling untuk pandang ke depan.

Zara menjungkit kening tinggi apabila dia melihat dua orang lelaki bersut dengan air muka serius dan kedua-dua tangan berada di depan perut memandang ke arahnya.

"Ya saya..."sambut Zara sewaktu Emily berjalan keluar dengan gelas dan cawan yang telah siap di cuci.

Emily yang lihat berdiri di belakang kaunter dengan kening terangkat. Asal kebelakangan ni lelaki-lelaki bersut kerap sungguh datang ke kedainya untuk bertemu dengan Zara.

Ada masa tu sampaikan Emily berfikir Zara adalah seorang mafia atau ahli kongsi gelap sebab kebanyakan lelaki yang datang ke situ pasti berwajah serius dan kacak-kacak yang tak masuk akal.

"Tuan Taylor minta kami untuk menjemput

cik."minta lelaki pertama yang bertali leher merah.

Zara pandang Emily sebelum kembali memandang lelaki bersut tersebut. Emily yang dengar mengangguk kepala memberi izin.

"Boleh saya tahu ada apa ni?"tanya Zara.

"Cik akan tahu selepas cik ikut kami..."ujar lelaki kedua yang bertali leher hitam.

"Taylor?"sebut Zara dengan nada kehairanan. Wajah lelaki dengan renungan dingin terus muncul di depan Zara. Dah kenapa lelaki itu tidak datang sendiri. "Mana dia?"tanya Zara.

"Tak apa Zara. Saya tengok macam penting jer. Baik awak ikut mereka."kata Emily di belakang kaunter.

Kening Zara berkerut kebingungan. Tidak tahu sama ada dia patut ikut atau tidak.

"Betul tu. Kami sangat terdesak sekarang ni. Hanya cik sahaja boleh bantu kami. Tolong." minta lelaki kedua dengan renungan seperti orang keletihan tidak cukup tidur.

Dalam keterpaksaan Zara mengangguk kepala. Berdoa dalam hati supaya dirinya akan baik-baik sahaja.

"Okay.."setuju Zara yang serta merta disambut dengan renungan senang hati dari dua lelaki itu.

Zara mengemas semua sepahnya lalu kembali dengan beg sandang dan hoodie terpasang di badan.

Dua orang itu mengiringi Zara masuk ke dalam kereta hitam berkilat dengan cermin tinted depan kafe. Sepanjang perjalanan itu Zara kerap kali memandang sekeliling. Cuba kenal pasti jalan yang dilalui namun Zara dapati jalan itu sangat asing buatnya.

"Lama lagi ke?"tanya Zara di tempat duduk belakang dengan renungan resah tidak sedap hati.

Dua orang yang duduk di kerusi depan mendiamkan diri sehingga mereka semua tiba di perkarangan sebuah rumah agam dengan halaman rumah yang cantik dan padang rumput beratus ekar luasnya.

Kereta hitam itu berhenti tepat di depan anak tangga pintu masuk utama rumah tersebut. Lelaki yang duduk di kerusi sebelah pemandu terlebih dahulu keluar dan membuka pintu untuk Zara.

"Kita dah sampai..."lelaki itu tunduk menyambut Zara untuk keluar. Sementara tangan lelaki itu berada di atas kepala Zara. Hendak elakkan kepala gadis itu dari terhantuk pintu kereta semasa keluar.

Zara tunduk untuk keluar dari kereta sebelum berdiri menghadap sebuah anak tangga yang di perbuat daripada jubin marmar berkilat di depan matanya. Dia dongak memandang rumah mewah itu dengan mulut terbuka kerana tergamam dengan keindahan bangunan tersebut.

"Saya dekat mana ni?"tanya Zara sewaktu belakang badannya di pegang oleh lelaki pertama untuk maju kedepan seakan menggesa dia supaya cepat.

"Kediaman Keluarga Lee."jawab lelaki yang jalan sambil mendorong Zara naik tangga di belakang.