Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 48 - Bab 46 : Oh....man

Chapter 48 - Bab 46 : Oh....man

Suara orang mengerang marah dan sesuatu di hempas pecah selang seli kedengaran dari luar bilik lagi.

Maid-maid yang ada berdiri takut di luar bilik. Tak berani nak masuk ke dalam apabila tuan mereka mengamuk dan melontar tantrum sejak beberapa hari kebelakangan.

Tidak makan tidak minum. Balik-balik marah. Mengamuk. Semua orang dimaki. Tak cukup dengan itu, semua barang yang ada jadi mangsanya.

"Cukuplah Daniel..kenapa dengan kamu ni...nenek risau tahu tak!"

"KELUAR! TAK DENGAR KE!!"

PRANG!BANG!SMASH!

Pasu bunga, komputer, cermin meja solek dihempas dengan kerusi oleh Daniel taktala lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar slack hitam itu mengamuk kerana hilang sabar.

Dua minggu! Dua minggu Zara jauhkan diri darinya. Dia tak peduli kalau semua orang dalam dunia ini tidak menyukai dia. Tapi jangan Zara!

Mulanya dia sedih bila Zara tiba-tiba sahaja jauhkan diri. Namun perasaan itu bertukar menjadi marah setelah dia dapat tahu Zara bakal bertunang dengan Damon Benz!.

Selepas pemerhatinya memberitahu akan berita itu, Daniel terus hilang kewarasan. Kenapa semua orang yang dia sayang dirampas dari hidupnya! Apa salah dia dah buat pada dunia ni?

"ARGH!!!!!"raung Daniel sebelum mencampak kerusi ke arah slidding beranda. Habis pecah berderai kaca di situ.

Membuatkan Nenek kepada Daniel menjerit ketakutan dan cepat-cepat menyorok di belakang pengawal keselamatan yang sejak tadi cuba kekang amukan lelaki itu.

"Taylor...lakukan sesuatu..tolonglah...Daniel akan cederakan diri dia sendiri..."nangis wanita itu dengan sebak. Tangannya sudah menekup mulut apabila Daniel mencapai buku di situ lalu di lempar tepat ke arah pintu bilik.

Taylor memandang ke arah buku itu dengan muka terkejut kerana tidak sempat hendak menghalang.

Kebetulan pada masa yang sama, muncul gadis berhoodie rambut diikat satu ke kanan berdiri di depan pintu saat buku tersebut melayah ke arahnya.

Sesaat sebelum buku itu mengenai gadis tersebut, satu lengan muncul dari belakang menjadi penghadang. Buku itu mengenai lengan tersebut.

Semua dalam bilik itu tergamam. Terkejut melihat tindakan refleks pengawal keselamatan itu melindungi gadis yang hampir sahaja jadi mangsa amukan Daniel.

Mata Zara tidak berkedip taktala dia memandang lelaki tidak berbaju, di dalam bilik yang seperti di langgar ribut taufan. Matanya menggigil ketakutan dan terkejut dalam masa yang sama. Adakah itu Daniel?FIkir Zara sewaktu dia melihat lelaki tidak berkaca mata dan berpeluh bersama mata kemerahan seperti menangis perlahan-lahan bergerak menuju ke arahnya.

Zara undur ke belakang. Tidak tahu apa yang patut dia buat. Terkejut sebab melihat rupa sebenar Daniel. Lelaki nerd yang dia kenali itu bukanlah Daniel comel kesukaannya. Tetapi lelaki baran yang menakutkan.

Daniel mengepal penumbuk.

"KELUAR!"bentak lelaki itu dengan lantang sambil tercungap-cungap hilang sabar.

Hampir melompat terkejut semua yang ada disitu termasuk Zara. Perlahan-lahan tiga orang pengawal keselamatan berjalan keluar dari situ diikuti nenek Daniel dan juga Taylor. Zara turut berpaling dari situ.

"Bukan awak Zara..."deram Daniel.

Zara kejung di situ dan tersentak sedikit. Dengan gelabah Zara memandang pintu di belakangnya di tutup.

Oh man...!