Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 50 - Bab 48 : Baik Cik Zara.

Chapter 50 - Bab 48 : Baik Cik Zara.

Alat pendengar detak jantung di alihkan dari dada oleh doktor sebelum dia bangun dan menghadap Diana yang menyanggul rambut putihnya dengan kemas kebelakang dengan senyuman nipis.

"Tiada yang serius. Tuan Daniel hanya kepenatan sebab kurang tidur dan tidak cukup makan. Sehari dua beliau akan kembali pulih. Hanya pastikan dia makan dan minum air secukupnya..."jelas doktor itu pada Diana.

"Terima kasih doktor..."ucap Diana sambil memegang dada sebelah tangan, sementara sebelah lagi memeluk perut. "Taylor...iringi doktor keluar...dan bawa sedikit makanan sekali selepas itu."arah Diana pada Taylor yang berdiri di sisinya.

"Baik puan." tunduk Taylor sebelum memberi laluan pada doktor tadi ke arah pintu.

Diana memandang katil. Pandangannya jatuh ke tangan yang erat mengengam jari jemari gadis yang bersimpuh di sebelah.

"Itu ke gadis yang telah mengubah hidup cucu kesayangannya sejak setahun yang lalu sehingga sekarang." fikir Diana. Gadis yang telah kembalikan cucunya kepada lelaki normal dan ceria.

"Maafkan nenek cu...sebab susahkan kamu." ucap Diana dengan perlahan saat mengambil tempat di tepi katil lalu duduk menghadap Zara yang bersimpuh sambil bersandar pada kepala katil.

Oleh kerana Daniel enggan melepaskan Zara walau sesaat pun. Sampaikan nak baring pun atas riba Zara. Bila Zara gerak sedikit sahaja, lelaki itu sentap menakutkan sekali. Maid atau pengawal pun tak berani nak dekat.

Zara memaling muka ke Diana bersama senyuman letih di bibir. Matanya pun sudah mengantuk sebenarnya.

"Tak apa...sepatutnya saya yang minta maaf sebab datang ke sini macam tu saja dan timbulkan masalah..."ucap Zara.

Diana menggeleng kepala.

"Tidak. Kamu sama sekali tidak menimbulkan masalah. Sebaliknya kamu bantu nenek selesaikan masalah tu...adalah." cerita Diana.

Zara menatap wajah Diana, terus mengingatkan dia pada neneknya sendiri. Betapa rindunya dia pada wanita itu. Alangkah indahnya hidup sekiranya dia dapat memeluk neneknya sekarang ini. Pasti semua lelah dan tekanannya akan hilang.

"Apa yang dah berlaku sebenarnya?"tanya Zara. "Kenapa Daniel hilang kawalan macam ni sekali?"Zara tunduk memandang Daniel yang sudah terlena selepas di suntik dengan ubat penenang oleh doktor tadi.

Perlahan-lahan Zara melalukan tangan pada

rambut yang menutupi dahi Daniel. Setelah dia selak rambut itu ke belakang. Zara dapat lihat wajah penuh milik Daniel tanpa kaca mata. Serupa seperti Kang Daniel.

Rupa-rupanya lelaki itu mempunyai bulu mata yang sangat lebat dan lentik. Comel!

"Nenek tak tahu...tapi sejak dua minggu lepas lagi. Daniel buat perangai lama dia...selalu naik angin. Marah. Mengamuk tak tentu pasal. Tak makan tak nak minum..tidur pun tidak.."cerita Diana. "Sebelum ni tak pernah pun..."Diana pandang wajah tenang Daniel yang sedang terlena dengan hati yang hiba."Dulu Daniel seorang anak yang ceria. Sangat aktif dan suka ketawa. Semua orang suka berada di sekeliling Daniel. Namun semua itu berubah apabila Daniel alami kemalangan yang mana telah meragut nyawa kedua-dua ibubapanya..."

Kening Zara mencerun selepas mendengarnya. Hatinya dipagut hiba.

"Kemalangan tu berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan untuk ke konvokesyen Daniel di kolej semasa Daniel berusia 19 tahun..."Diana tunduk mengutil kuku. "Entah macam mana sebuah lori kontena hilang kawalan dan melanggar kenderaan mereka. Akibat kemalangan itu Daniel terlantar dihospital selama setahun. Bila Daniel sedar, dia tak dapat nak terima kenyataan kematian ibubapanya.Dari situlah sikap Daniel berubah. Dia menjadi seorang yang baran dan pemarah."

Zara tenung lama-lama wajah sugul Diana. Dia faham macam mana rasa sakit kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya.

"Sepanjang masa tu, Taylor lah yang selalu menemani Daniel. Bantu Daniel dari segi mental dan fizikal. Semasa dia dalam tempoh pemulihan, Taylor yang ada disamping untuk bantu memberi semangat sehingga Daniel dapat berjalan semula.."

Mata Zara terbuka luas sebaik mendengarnya.

"Daniel tak boleh berjalan??"soal Zara dengan nada terkejut.

Diana mengangguk kepala.

"Ya...kemalangan tu buatkan otak Daniel bergegar...gegaran tu telah lumpuhkan Daniel buat sementara waktu..."jelas Diana.

Diana anjak sedikit mendekati Zara. Dia pegang tangan Zara yang bebas lalu di tepuk perlahan.

"Nenek bukan cari simpati. Tapi nenek nak kamu faham."kata Diana. "Daniel...dia dah harungi pelbagai liku pada usia yang muda. Seawal 21 tahun lagi dia dah handle syarikat ayah dan ibunya sendiri. Demi mempertahankan apa yang ibubapanya bina dari runtuh, Daniel membesar dengan persekitaran psikologi yang sukar. Dan bila dia ambil keputusan untuk sambung belajar nenek tak berapa setuju. Tapi disebabkan itu keinginannya nenek pun hantar dia ke univerisiti tu. Beberapa bulan pertama dia belajar, nenek dapati tiada sebarang perubahan. Namun setelah setengah tahun nenek nampak perubahannya. Dia selalu balik dengan keadaan ceria. Selalu tersenyum. dan banyak brcerita itu dan ini pada nenek. Terutama sekali tentang kamu...setiap hari dia cerita tentang kamu....dan baru nenek tahu. Gadis bernama Zara ni adalah punca kenapa cucu nenek yang pemarah dan pendiam ni kembali ceria dan aktif seperti dulu..."senyum Diana dengan senang sampai matanya pun ikut tersenyum.

Air mata bertakung di mata Zara sewaktu dia mendengar kisah silam Daniel. Siapa sangka lelaki yang dikenal ini yang pendiam dan pemalu ada kisah yang mana sangat menyakitkan untuk di tanggung sendiri.

Zara berasa serba salah. Sebab dia yang buatkan Daniel susah hati sebab jauhkan diri dari lelaki itu. Bukan dia sengaja hendak jauhkan diri. Tapi sebab Zara tidak mahu dirinya di tipu lagi.

Cukuplah Sarah seorang jangan Daniel. Oleh kerana dia tidak mahu melihat Daniel dari terus menerus berahsia dengannya, Zara pun ambil keputusan untuk jauhkan diri. Tak sangka pula tindakannya ini hanya memburukkan lagi keadaan Daniel.

"Maafkan saya nenek...saya tak patut jauhkan diri dari Daniel kalau saya tahu semua ini akan terjadi...""kata Zara. "Saya tak tahu langsung. Daniel tak pernah cerita apa-apa pada saya...secara tiba-tiba saya dapat tahu, dia hantar orang untuk perhatikan saya...berikan saya hadiah..dan berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku...saya tak boleh terima semua tu...sebab itu saya jauhkan diri dari dia..Bukan saja-saja nak biarkan dia sakiti diri dia macam ni..."jelas Zara dengan nada serba salah.

Diana yang lihat terus menepuk bahu Zara.

"Tak mengapa cu..Nenek faham. Semua orang ada masalah mereka sendiri. Kamu. Daniel. Semua orang ada alasan mereka sendiri untuk melakukan suatu tindakan...kita tak boleh marah atau salahkan sesiapa..."pujuk Diana.

Zara berkerut kening. Mencebik bibir hendak tahan menangis, namun gagal. Air matanya tumpah berderaian di situ. Sebaknya dia waktu itu.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa letihnya dia. Letih menanggung sakit. Letih melihat orang disekelilingnya menangis.

"Maafkan nenek sekiranya permintaan ini berat untuk kamu. Tapi..tak boleh ke kamu berada di sisi Daniel. Terima dia dalam hidup kamu...memang dia tidak sempurna. Banyak kurang dari kelebihan. Tapi Daniel satu-satunya cucu yang nenek ada sekarang ni.."minta Diana."Nenek tak tahu berapa lama lagi masa yang nenek ada...sekiranya kamu ada di sisinya. Boleh lah nenek pergi dengan tenang nanti tanpa risaukan Daniel...sebab sebaik sahaja nenek lihat kamu. Nenek yakin kamu adalah seorang wanita yang baik...orang yang boleh jaga Daniel nanti dengan baik..."

Semakin lebat air mata turun di pipi Zara taktala dia mendengar kata-kata Diana. Sebu dadanya kerana sedih dengan kenyataan itu.

Zara menangis tersedu sedan sambil mengeluarkan suara. Terus dia angguk kepala.

"Ya nek..."

Diana hulur tangan lalu menarik Zara dalam pelukan tanpa mengangguk Daniel yang sedang tidur di atas riba Zara.

"Terima kasih cu..."ucapnya dengan sedih.

Zara menyandar dagu ke bahu Diana. Menggigil teruk waktu itu tangan Zara kerana sedih.

Ketika itu jugalah Taylor berjalan masuk bersama dulang berisi makanan dan segelas air.

Kepala Zara tersentak memandang Taylor. Cepat-cepat dia menjauh dari Diana dan menyeka air mata.

"Taylor..."sebut Zara dengan perlahan.

"Kamu dah sampai?"tegur Diana sewaktu bangun dari katil lantas berpaling memandang Taylor.

"Ini makanannya.."aju Taylor selepas dia berdiri di tepi Diana.

Diana memegang lembut tepi lengan Taylor lantas memandang Zara.

"Nenek nak rehat dulu. Ini ada sedikit makanan untuk kamu. Pasti kamu lapar kan memandangkan waktu dah lewat begini...makan lah sikit. Kalau kamu tak kisah bermalam lah di sini.."kata Diana.

Zara mengangguk kepala.

"Terima kasih nek"balas Zara.

Diana beredar dari situ meninggalkan Taylor berdiri memandang Zara yang sedang meriba kepala Daniel. Sementara tangan Daniel mengelilingi pinggang Zara.

"Cik nak makan?"tanya Taylor semasa tunduk meletakkan dulang di almari sebelah katil.

Zara mengangguk kepala, tapi dia tunduk memandang Daniel dan memberi renungan bingung ke Taylor.

"Saya nak tapi..dengan keadaan macam ni.." tunjuk Zara pada Daniel.

"Saya suap.."aju Taylor.

Mata Zara hampir hendak terbeliak. Gadis itu memberi renungan tak percaya.

"Huh...tak apalah. Saya boleh makan sendiri." tolak Zara yang mahu menarik tangannya dari bawah pelukan lengan Daniel, tetapi tindakannya itu hanya membuatkan Daniel mengeratkan lagi pelukan tersebut.

Taylor memberi renungan 'i told you' pada Zara.

"Ya makan sendiri..pegang pinggan dan sudu dengan satu tangan?"soal Taylor sambil duduk di tepi katil sambil menghadap Zara.

Rasa malu bagai nak apa, Zara menekup muka sebelah tangan sambil tunduk memandang ke bawah. Berasa segan yang amat sangat.

"Tak apa. Saya suapkan cik makan.."aju Taylor sambil tunduk menyudu makanan lalu di angkat sudu itu ke depan Zara.

Zara mengangkat kepala. Memandang mengalah pada Taylor.

"Kalau saya tak makan apa yang awak akan buat?"soal Zara sebelum mengangakan mulut.

Taylor suap sudu ke dalam mulut Zara sambil menadah tangan di bawah dagu Zara.

"Saya takkan keluar selagi makanan dalam pinggan ni tidak habis.."ujar Taylor yang kembali tunduk menyudu makanan.

Sambil mengunyah Zara memerhati tingkah Daniel. Seumur hidupnya tidak pernah ada seorang lelaki pernah menyuapnya makan. Tiada siapa. Taylor adalah lelaki pertama.

"Panggil saya Zara. Tak perlu ber cik bagai dengan saya.."

Taylor menyua sudu ke depan mulut Zara sekali lagi.

"Baik cik Zara..."ujar Taylor.

Sambil mengangakan mulut Zara menjuling mata menyampah. Taylor yang lihat menarik senyuman nipis.