Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 43 - Bab 41 : Secret Admirer Part 2

Chapter 43 - Bab 41 : Secret Admirer Part 2

Wajah pucat dengan mata terpejam itu dipandangnya dengan lama. Wajah yang telah ditatapnya selama setahun lebih. Wajah yang telah menghantui hidupnya sejak kali pertama dia bertentang mata dengan mata itu.

Sejak dia diberi arahan untuk memerhati dan menjaga keselamatan insan ini, sejak itu hatinya telah berikrar untuk menjaga dan melindungi insan di depannya sepenuh jiwa dan raganya.

Getaran telefon dalam poket kot menyentak lamunannya. Tanpa menghasilkan suara atau bunyi yang menganggu, dia capai telefon itu dan menjawab panggilan tersebut.

"Ya tuan..Taylor di sini"ucapnya saat berpaling membelakangkan katil.

Suara bisikannya jelas kedengaran dari kejauhan.

"Masih belum sedarkan diri tuan..." bicara satu suara di penjuru bilik melalui telefon. "Ya tuan..doktor kata mereka tak boleh beritahu maklumat peribadi rawatan pesakit tanpa kebenaran pesakit sendiri...jadi kita kena tunggu cik Zara sedar dulu..."

Perbualan itu membuatkan Zara terjaga, tetapi tidak bergerak kerana dia berasa awas. Siapa pulak yang lelaki tu sedang bercakap dengan? Tuan?

"Baik Tuan Daniel...saya akan perhati sehingga Cik Zara sedar..."

Mata Zara terus terbuka luas. Daniel? Zara menggerakkan matanya ke penjuru bilik dimana Taylor sedang berdiri membelakangkannya.

Sesaat sebelum Taylor berpaling Zara cepat-cepat pejam mata dan berpura-pura tidak sedar.

Melalui telinganya Zara boleh dengar Taylor jalan menghampiri katil. Lima saat kemudian, selimut yang berada di badannya bergerak seakan dibetulkan kedudukannya.

Membuat Zara menggerakkan mata dan perlahan-lahan menyedarkan diri.

Wajah Taylor dengan renungan dingin dipandangnya.

"Taylor?"sebut Zara dengan kening berkerut.

Air muka Taylor jelas terpancar reaksi tenang dan lega selepas Zara bersuara.

"Cik dah sedar...saya panggilkan doktor..."ujar lelaki itu hendak berpaling.

Lekas-lekas Zara cubit lengan kot lelaki itu. Menghalang lelaki itu dari beredar. Taylor berpaling menghadap Zara semula.

"Tak perlu..."tegah Zara sambil menggeleng kepala.

Taylor kembali ke sisi katil Zara apabila gadis itu mula bergerak. Terus dia bantu Zara untuk bangun dari perbaringan.

"Cik tak apa-apa?"tanya Taylor yang langsung tak sedar tangannya sedang memegang belakang bahu Zara. Tindakan refleks.

Zara dongak memandang Taylor dengan renungan mata keletihan. Masih berasa terkejut dengan apa yang didengarinya tadi.

Daniel?Adakah Daniel yang disebutkan Taylor tadi adalah Daniel yang Zara kenali di universiti?

"Kenapa awak boleh ada dekat sini?"tanya Zara dengan kening berkerut.

Taylor melepaskan hela nafas pendek.

"Tuan saya hantar saya ke sini untuk lihat-lihatkan cik..."jawab Taylor dengan jujur.

"Tapi kenapa?Untuk apa dia hantar awak ke sini?"

"Dia kata dia risau sekiranya sesuatu terjadi pada cik. Jadi dia hantarkan saya untuk cari cik. Dan saya dapati cik ada di sini...mujur saya ada tepat pada masanya sewaktu cik pengsan tadi..."jelas Taylor.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?"Zara menjadi awas.

Siapa lelaki depannya ini. Dan siapa pula tuan lelaki ni sampai beria sangat nak jaga dia. Dia kenal ke tuan kepada lelaki depannya ini. Gosh! Semua ni memeningkan kepala betul. Tak boleh ke dalam sehari tu hidup dia tenang atau normal seperti biasa?

"Kita ada panggil apa itu teknologi?"jawab Taylor sambil meletakkan bantal di belakang badan Zara sebelum menolak bahu Zara supaya sandar ke belakang. Setelah itu dia berpaling ke almari sebelah katil. Menuang segelas air kosong lalu di suakan kepada Zara.

Zara perhati tindak tanduk mencurigakan lelaki misteri di depannya. Tetapi dia teguk sahaja air itu sehingga habis memandangkan tekak dia pun tengah kering.

Dan dia baru sedar sejak dia keluar hospital pagi tadi sehinggalah sekarang, dia tidak sempat hendak jamah apa-apa selain ubat.

Taylor meletakkan gelas yang telah kosong tadi ke atas piring sebelum mencapai tisu dari kotak lalu dibawa ke bibir Zara untuk keringkan bibir Zara.

Zara terkejut sekejap dengan tindakan lelaki itu tetapi dia tidak halang. Sebab semua itu berlaku sekelip mata. Sampai dia tak dapat nak proses dengan serentak.

"Awak jejak saya?"soal Zara dengan nada terkejut.