Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 46 - Bab 44 : Maafkan aku Sarah

Chapter 46 - Bab 44 : Maafkan aku Sarah

Tiga minggu. Selama tempoh itu Zara berusaha jauhkan diri dari Daniel. Setiap kali lelaki itu cuba bercakap dengannya atau berduaan dengannya Zara larikan diri. Kalau bertembung lelaki itu di koridor, Zara sanggup patah balik dan guna jalan yang jauh semata untuk jauhkan diri.

"Kau dah buat apa aku suruh?"tanya Zara sambil membuka pembungkus plastic cip kentangnya.

Sambil mengulum lollipop dalam mulut Sarah menggeleng kepala.

"Dah..secepat mungkin dia orang akan dapatkan maklumat tu."jawab Sarah. Gila apa dia nak ingkar arahan Zara. Tak mahu dia Zara marahkan dia. Sudahlah nak ambil hati Zara ni susah.

Plastik cip kentang itu berjaya dibuka Zara yang mana membuatkan gadis itu tersenyum senang.

"Good."jawab Zara sambil menyeluk tangan ke dalam beg plastic cip kentangnya. Pada masa itulah telefonnya yang berada di atas buku bergetar.

Zara memandang skrin itu sekilas. Jelas-jelas nama Daniel tertera di skrin tersebut. Tanpa menjawab panggilan it Zara bangun dari kerusi meja belajarnya untuk baring di atas katil Sarah yang sedang meniarap menonton drama korea kesukaannya Last Angel Mission.

Sarah menyeluk tangan ke dalam beg plastic cip kentang Zara selepas Zara baring meniarap di sebelahnya.

"Kau ingatkan majlis pertunangan tu hari sabtu ni?"tanya Sarah sambil mengunyah.

"umm...""gumam Zara semasa menyumbat cip kentang perasa pedas ke dalam mulut banyak-banyak.

"Mama aku tak sabar nak jumpa kau..."cerita Sarah lagi. "Dia cakap kali pertama dia nampak kau tu hati dia terus berkenan..."

Sambil mengunyah Zara memandang skrin ipad Sarah. Melihat Kim Myungsoo sedang ditarik rambut dengan pelakon wanita yang dia sendiri tidak pasti siapa namanya.

"Ya ke..."

"Dia cakap dia tak nak kau orang tunang lama-lama. Eloknya sebelum musim bunga nanti kau orang berdua kahwin...""kata Sarah lagi.

"Beria betul..."sengih Zara yang teringat akan wajah Rania membuatkan imej wajah ibu kandungnya muncul di kepala dan diikuti neneknya.

"Sebenarnya aku tak kisah pun kalau jadi makcik awal-awal..."seloroh Sarah.

Zara yang dengar terus mengetuk kepala Sarah dengan kepalan penumbuknya.

"Gatal!"

Sambil mengusap kepala sakit dek pukulan tadi Sarah bersuara.

"What apa salahnya...abang aku kacak orangnya, kau cantik lagi tu...mesti nanti anak kau orang ikut kau orang jugak..."Sarah memandang Zara.

Zara menjuling mata menyampah mendengar kata-kata itu.

"Belum apa-apa lagi dah ke situ kau fikir eh...kalau tak sabar sangat...apakata kau  jer yang kahwin dulu..."balas Zara.

"Apa salahnya..aku lagi suka kalau kau jadi kakak ipar aku daripada orang lain.."komen Sarah.

Zara yang dengar memandang tepi wajah Sarah.

"Kenapa abang kau pilih aku?"soal Zara.

"Itu kau kena tanya dia sendiri lah..."Sarah menjungkit bahu tidak tahu.

Zara termenung mengenang nasib Sarah dan juga dirinya. Berasa serba salah dengan apa yang akan berlaku nanti. Bukan dia sengaja hendak buat semua itu.

Tapi dia terpaksa. Lagipula, kalau Sarah bencikan dia sekarang. Mungkin kemudian hari, Sarah tidak akan terluka sangat.

"Maafkan aku Sarah..."ucap Zara didalam hati saat memandang sedih ke Sarah.