Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 53 - Kembali bertemu ( Pahlawan kota )

Chapter 53 - Kembali bertemu ( Pahlawan kota )

Setelah hampir dua minggu mereka berpisah, akhirnya pertemuan mereka terjadi apabila ketua negara memanggil mereka termasuk anggota khas Ak4 dan pasukan khas. Pertemuan ini hanya untuk mengenali teman perjuangan mereka. Khai di tunjukkan sebagai ketua pasukan khas manakala Zarul di tunjukkan sebagai wakil ketua pasukan khas Ak4. Mereka berdua saling seyum antara satu sama lain dan menghulurkan tangan dan mereka berkata tahniah atas kenaikan pangkat.

Setelah selesai perjumpaan tersebut. Zarul mempelawa Khai untuk minum di kafe berdekatan dengan asrama mereka tidak jauh di tempat mereka berkumpul tadi. Mereka pergi ke kafe sambil bertanya khabar. Setelah sampai mereka memesan minuman seperti Zarul memesan Milo ais dan Khai kopi susu. Setelah mereka memesan minuman mereka berbual. Khai " sejak bila kau masuk pasukan khas Ak4 nie, setahu aku pasukan khas Ak4 merupakan pasukan hebat dan susah untuk menyertai nya tapi kalau itu kau pasti boleh kerana kita sudah di latih dengan baik sekali". Zarul " kau pun sama, sejak bila kau masuk pasukan khas malahan menjadi ketua pasukan pula tu". Khai " kau apa kurangnya baru beberapa bulan menyertai pasukan khas Ak4 lalu menjadi wakil ketua hebat hebat. Berbalik pertanyaan tadi aku sudah lama dah menjadi pasukan khas sejak aku berumur belasan tahun lagi. Aku di didik oleh bekas ketua pasukan khas atau legenda pasukan khas iaitu Amin. Aku di latih kerana beliau ingin menjadikan aku sebagai pewarisnya. Zarul " oooooo gtu kau hebat juga, boleh rapat malahan menjadi anak angkat legenda negara. Khai " ya aku beruntung kerana beliau ingin mengambil aku sebagai anak angkatnya walaupun ketika itu, mengalami kemurungan dan badan aku kurus. Aku bersyukur kerana di beri peluang untuk kembali hidup bagi meneruskan impian ku dan juga impian nya walaupun itu sangat jauh untuk di capai.