Masih berada di kota pribumi, memulakan misi nya untuk mencari peninggalan bersejarah di kota pribumi. Langkah pertama Balqis di mulai dengan pertemuan bersejarah tulang rangka binatang purba iaitu sabertooh. Haiwan ini di panggil sabertooh kerana sosok tubuhnya yang mengerikan selain itu, mempunyai rupa seperti harimau dan mempunyai taring yang panjang. Setelah berjam-jam mencari Balqis mendapati ada sebuah tempat khusus yang berada di bawah tanah. Balqis mendapati tempat tersebut merupakan tempat di mana para pengkaji dan para saintis berkerja tapi itu sudah tidak di huni beberapa belas tahun tetapi mesin dan peralatan tersebut masih bisa di gunakan untuk kegunaan experimen. Dalam hal ini, banyak tulang yang bertaburan dan tulang tersebut adalah sosok manusia yang tinggal di sini, kelihatan saintis dan para pengkaji di serang oleh moster atau haiwan buas. Kelihatan tersebut nampak sudah di geledah oleh haiwan yang sosoknya dua kali lipat dari manusia kemungkinan besar haiwan tersebut merupakan moster buatan di mana ia sama dengan moster buatan di gunung utara dan selatan. Tiba-tiba ..... Balqis di serang oleh moster bertanduk , giginya tajam dan berbulu lebat tapi Balqis berjaya mengelak daripada serangan tersebut. Balqis berkata moster ini lebih lemah daripada moster buatan di gunung utara. Balqis percaya diri dengan kekuatan nya sekarang mampu mengalahkan moster tersebut dengan tangan kosong. Kesombongan Balqis membawa padah apabila ia tidak sempat mengelak serangan kejutan daripada moster tersebut lalu Balqis berdarah sambil meraung kesakitan. Ketika Balqis meraung kesakitan moster tersebut telah berada di depan nya untuk memakan namun sayang moster tersebut tidak sempat untuk makan Balqis kerana terkena panah beracun yang di halakan kepada moster tersebut. Panah beracun tersebut tidak mampu untuk membunuh moster tersebut ia hanya memberi kesan sedikit sahaja kepada moster tersebut. Setelah moster itu pergi muncul sosok tubuh yang gagah perkasa dengan memakai topeng, memegang anak panah, tombak, panah dan botol berisi racun. Sosok tersebut membawa Balqis ke kampung nya sambil merawat luka tersebut. Setelah sampai ke kampung tersebut terjadilah perang mulut antara mereka kerana sosok itu, membawa orang yang tidak di kenali datang ke tempat ini. Setelah mereka berbincang dan terjadi perdebatan antara mereka akhirnya keputusan tersebut terserah kepada ketua mereka akhirnya ketua memberi keizinan tetapi wanita tersebut atau Balqis perlu berada di bawah perjagaan pemuda tersebut. Balqis berada di kampung tersebut, beberapa hari tapi Balqis sudah mampu berbaur dengan penduduk di situ, penduduk di situ daripada puak suku kuja di mana mereka selalu berada di hutan. Balqis berada di kampung tersebut telah merancang untuk membina sebuah markas atau tempat untuk mengalahkan moster tersebut. Mengikut perkataan puak kuja mereka sudah ratusan tahun telah berhadapan dengan moster buatan daripada tempat khusus di bawah tanah di mana tempat itu di jadikan tempat untuk membuat moster buatan. Mengikut data tersebut di serang dan di hancur kan oleh moster buatan dari gunung utara dan selatan dan moster buatan yang mereka buat berjaya melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan ini.
Anis memulakan misi untuk mencari maklumat tentang kongsi gelap dan pasukan khas namun misi yang di jalankan oleh Anis tidak berjalan seperti yang di jangkakan, apabila pasukan anis di tangkap oleh pasukan khas Ak4, tidak di sangka pasukan khas Ak4 turun padang untuk menghadapi pasukan perisik kongsi gelap. Pasukan Anis di tangkap namun mereka berjaya melepaskan diri akhirnya pertempuran tidak dapat dielakkan, Zarul turut berada di situ juga terkejut kerana Anis sahabat baiknya menjadi kongsi gelap. Zarul pergi untuk menghadapi Anis kerana para bawahan Zarul tidak mampu menghadapi Anis dan para pasukan nya, pasukan Anis telah meminta bantuan sebelum mereka ditangkap, pada masa ini Anis dan pasukan nya cuma mampu bertahan sehingga bala bantuan datang. Akhirnya terjadi pertempuran dasyat antara kapten pasukan perisik iaitu Anis dan wakil kapten pasukan khas Ak4 iaitu Zarul. Kekuatan mereka nampak seimbang kerana mereka berjaya saling menyerang dan bertahan serentak tapi sayang Anis terkena satu pukulan telat daripada Zarul lalu terjatuh lalu Zarul ingin menangkap Anis namun di halang oleh zoro dengan tendangan lalu menyuruh untuk mundur kerana kita tiada kesempatan untuk menang. Setelah mereka melarikan diri, Anis meminta maaf kerana misinya gagal gara-gara pasukan khas Ak4 turut bergerak, pasukan khas Ak4 memang sedang memata-mata kongsi gelap sehingga membuat mereka berjaya satu langkah di depan para kongsi gelap. Pasukan khas Ak4 ingin mengejar mereka tapi mereka mendapat panggilan daripada kapten mereka untuk jangan kejar kerana Muhammad sudah mengetahui zoro turut berada di situ sebagai bala bantuan. Muhammad sudah mengetahui kekuatan zoro dan pasukan kongsi gelap dark of darkness kerana pasukan ini merupakan pasukan yang berbahaya kerana itu jika kongsi gelap ini bergerak Muhammad tiada pilihan selain bergerak untuk menghalang mereka.