Setelah berjaya kongsi gelap dark of darkness menyerbu masuk ke dalam penjara budu. Kongsi gelap dark of darkness terus meyerang anggota penjaga penjara budu dan anggota pasukan khas yang berada di
situ untuk menahan kongsi gelap dark of darkness sehingga pasukan bantuan datang. Kapten Akma melaung dan menyuruh untuk mempercepatkan proses penyelamatan pasukan pemberontak kerana menurut info bala bantuan akan tiba bersama kapten pasukan Ak4 iaitu Muhammad.
Kapten Akma memberi komando kepada zoro, ross dan Sanji bagi menyelamatkan pasukan pemberontakkan yang sekarang di ambang kematian kerana anggota pasukan khas Ak4 turut serta menghentikan pasukan pemberontakkan. Di sudut lain, kapten Akma bersama Anis pergi untuk menahan pasukan bantuan daripada pasukan khas dan kapten pasukan Ak4 bagi mencuba untuk menghulurkan masa untuk memberi laluan kepada mereka untuk menyelamatkan pasukan pemberontakkan daripada genggaman pasukan khas.
Dalam hal ini, kapten Akma sudah tahu akan nasib nya jika melawan pasukan bantuan yang dipimpin oleh kapten Muhammad namun tiada pilihan lain selain menahan nya dan membuka ruang untuk melarikan diri. Kapten Akma sudah memikirkan cara yang berkesan bagi meloloskan diri daripada kejaran pasukan khas ia itu dengan membawa sedikit orang bersamanya seperti Anis yang mempunyai kecepatan yang tinggi melebihi manusia biasa. Kapten Akma dan Anis harus berkerja keras kerana ia perlu melawan pasukan bantuan sebanyak tiga ratus orang bersama tiga orang kuat yang memimpin pasukan tersebut iaitu kapten pasukan Ak4 Muhammad, kapten pasukan khas Khai dan wakil kapten Akif. Mereka bertiga merupakan salah satu orang kuat dalam pasukan khas terutama Muhammad yang dulu merupakan pejuang terkuat masa kejayaan nya dulu.
Dalam hal ini, tiada satu pun kongsi gelap yang berani melawan pasukan khas tetapi kongsi gelap dark of darkness sebaliknya, mereka tidak takut mati atau tidak takut akan kekuatan pasukan khas malahan mereka telah menerobos masuk ke penjara budu selain itu, kapten mereke iaitu kapten Akma berani pergi menahan pasukan bantuan berjumlah tiga ratus orang dengan di pimpin oleh tiga orang kuat iaitu kapten pasukan Ak4 Muhammad, kapten pasukan khas Khai dan wakil kapten Akif Selain itu, kegilaan kapten Akma turut terjadi apabila kapten Akma menahan pasukan khas yang dipimpin oleh tiga orang kuat dengan bermodalkan satu orang anak buah.