Setelah beberapa abad kejatuhan empayar libre, puak-puak ini pergi mengembara ke seluruh pelusuk dunia dan menyebarkan teknik turun temurun oleh datuk nenek mereka. Dalam hal ini, penduduk yang mendalami teknik puak ini, menjadi sangat kuat sehingga membuatkan dirinya lepas kendali. Dalam beberapa bulan kemudian, setelah menyebarkan teknik ini, mereka puak libre hilang atau boleh dikatakan pupus kerana pada masa itu mereka tidak dapat membiak kerana perubahan suhu yang ketara.
Setelah mereka puak libre hilang, masyarakat yang mengamalkan teknik tersebut cuba mengambil alih kuasa ketua kampung, penguasa wilayah dan lebih parah mereka menjadi penjahat seperti bajak laut, kongsi gelap dan perompak. Pada masa itu, negara ini sudah di ambang kekacauan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, peningkatan jenayah dan lebih teruk lagi pasukan khas tidak mampu untuk menangani mereka semua sehingga membuatkan ketua negara Cecilion mengutuskan pasukan khas Ak4 untuk membatai atau membasmi puak libre dan ajaran teknik puak ini.
Dalam hal ini, muncul seorang sosok yang hebat dengan membeli sebahagian besar wilayah itu dan meletakkan nama sebagai distrik hitam. Distrik hitam ini, telah banyak menyelamatkan ribuan nyawa para anggota teknik puak libre dan para penjahat terlebih lagi, pemuda ini memberi mandat untuk melakukan apa sahaja di dalam wilayah tersebut.
Setelah beberapa bulan berlalu, distrik hitam menjadi tempat boleh didiami dengan pembangunan rumah, pelabuhan dan sebagainya. Mereka ini bijak membuat keputusan dengan memilih membuat tempat untuk mereka. Dalam hal ini, dua pertiga daripada jumlah penjahat dalam distrik hitam ini, adalah merupakan penduduk kampung yang tiada perkerjaan sehingga membuatkan mereka menjadi penjahat.
Mereka ini selalu bersyukur atas nikmat yang diberikan dan selalu mendoakan kebahagiaan pemuda tersebut.Pemuda tersebut meninggal dunia pada usia muda iaitu berusia tiga puluh tiga tahun . pada usia itu, pemuda ini mengalami penyakit yang tidak dapat di sembuh, sebelum ia meninggalkan dia memberi sebab kenapa beliau meletakkan nama distrik hitam sebagai nama tersebut dan alasan nya simpel iaitu ramai orang di situ berlatar kegelapan dalam diri mereka.