Setelah beberapa bulan berada dalam kongsi gelap dark of darkness, Anis banyak mendapat pengalaman dalam pertarungan, persenjataan, seni bela diri selain itu, Anis turut mengetahui bahawa dia merasakan adanya cinta. Pada awalnya Anis mempunyai perasaan cinta terhadap Khai namun setelah Khai telah menjadi musuh kebuyutannya atau musuh abadinya setelah beliau bergabung dengan pasukan khas Ak4. Anis merasakan cinta itu menhantuinya kerana selama beberapa tahun sebelum nya Anis merasa perasaan itu terhadap Khai dan perasaan itu kembali menhantuinya sehingga kini. Cinta yang tidak mampu diraih dan di genggam erat seperti membawa air dalam tangan ia akan mengalir dengan perlahan dan jatuh ke bumi seperti itulah ibarat cinta Anis . Anis kembali menjadi diri sendiri dengan menutup semua pintu hatinya, menjadi seorang yang berdarah dingin. Anis menjadi salah satu senjata mematikan untuk mengalahkan kongsi gelap dan para anggota khas.
Di pengkalan kota putih abu, Khai dan Zarul berbual tentang hubungan dengan Anis dengan mereka dan bagaimana keadaannya sekarang, tidak seperti dulu, dahulu menjadi kawan seperjuangan sekarang menjadi musuh bahkan sampai perlu bunuh - membunuhi . Zarul terdiam dan berkata tiada apa yang mampu kita buat, dia buat haluan dio sendiri dan kita kena menghormatinya. Kita yang memilih jalan ini, seharusnya ia tahu akan berdepan dengan kita kerana dia tahu aku ingin menjadi pahlawan. Kau benar tapi itulah masalahnya, tak kan kau sudah melupakan kenangan kita berempat bersama terlebih lagi dia adalah penyelamat mu ketika kita dalam kesulitan apakah kau tidak mempunyai hati nurani, habis tu kau nak aku buat apa, sambil mengalirkan air mata, aku tidak mempunyai pilihan lain selain bertarung dengan dirinya lalu membunuhnya. Kau kena tahu kita yang pilih jalan ini, dan dia pilih jalan itu, jangan menyesal kita perlu akhirkan dengan cepat agar kita tidak merana hingga saat ini. Cerita itu sudah lepas, dulu kita dengan dio kawan seperjuangan tapi akhirnya kita menjadi musuh, kita tak tahu apa akan terjadi seterusnya, mungkin engkau mungkin aku.