Setelah beberapa bulan berlalu, tiada pergerakan yang mencurigai yang dilakukan oleh para kongsi gelap namun setelah berlaku kekacauan dan pelarian di penjara budu menyebabkan sebahagian besar kongsi gelap bergerak untuk kepentingan mereka. Setakat ini, mereka semua para kongsi gelap tidak berani untuk melawan pasukan khas kecuali para anggota kongsi gelap dark of darkness yang boleh dianggap gila dan tidak takut mati. Para kongsi gelap bergerak kerana mereka sudah tahu bahawa akan ada anggota pasukan khas terutama ketua pasukan mereka akan bertolak ke penjara budu untuk menghentikan pemberontakan dan pelarian tersebut.
Dalam hal ini, para kongsi gelap mempunyai peluang untuk bergerak kerana pasukan khas akan di tugaskan mengamankan penjara budu di mana ini kali pertama penjara budu berlaku pemberontakan dan pelarian. Penjara budu di kenal dengan fasiliti tercagih dalam hal keamanan tetapi kali ini kecanggihan teknologi tidak dapat melampaui batasan manusia yang mempunyai otak yang cerdas.
Ketua pemberontak dalam penjara budu adalah bekas atau mantan kongsi gelap dark iaitu khun. Khun merupakan orang bawahan yang terkenal dengan kepimpinan dan kepintaran nya dalam membuat strategi pasukan. Khun sebenarnya tidak sekuat yang disangka kerana sebelum berlaku pemberontakan khun telah melakukan serangan keatas penjaga tingkat bawah namun tidak berjaya. Khun sebelum menyerang penjaga , khun sudah membuat dua perancangan pertama menyerang penjaga jika berjaya menewaskan penjaga lalu khun akan mendapat kunci namun itu mustahil bagi khun kerana ia lemah. Perancangan kedua adalah membuatkan satu kehebohan yang besar dengan menyerang penjaga, dengan kehebohan tersebut khun akan di tangkap dan di bawah ke bilik bawah tanah. Dalam hal ini, khun memilih cara kedua kerana cara kedua lebih efisien dan tidak membuatkan suasana heboh. Selain itu, khun sudah membuat satu salinan kunci bawah tanah ini dan ia mampu keluar masuk tanpa di sedari, kerana hal ini lah khun berjaya membentuk tim pemberontakan dan pelarian.
Di markas besar, kongsi gelap dark of darkness, terlihat ketua mereka membuat perancangan untuk menyelamatkan anggota pemberontakan di penjara budu kerana dengan adanya Tim pemberontakan kongsi gelap dark of darkness akan semakin kuat terutama dalam strategi. Kongsi gelap dark of darkness masih ragu untuk memberi bantuan kerana jika berjaya ia dapat keuntungan jika gagal kerugian yang tidak dapat dielakkan.