Hari pertama Zarul dan Khai bertugas sebagai wakil kapten pasukan khas Ak4 dan kapten pasukan khas. Mereka berdua merupakan salah satu orang kuat dalam pasukan khas.
Zarul memulakan tugas sebagai wakil kapten dengan membuat perancangan untuk menewaskan dan menyeimbangkan kuasa di distrik hitam. Selain itu Zarul juga terpaksa mencari dan menjejaki kongsi gelap atau salah satu anggota yang mampu mengancam keselamatan, kedamaian, keseimbangan kuasa dan mampu menggugat pasukan khas. Pasukan khas Ak4 adalah pasukan yang di perintah lansung oleh kapten mereka atau merangkap ketua pasukan khas Ak4. Ketua Ak4 adalah Muhammad. Beliau merupakan seorang yang pemalas dan tugas yang diberikan kepada nya akan di serah kepada wakilnya iaitu Zarul. Dalam hal ini, keputusan berada dalam tangan Zarul kerana Muhammad tidak pernah turun pandang dalam menyelesaikan misi-misi mereka Walaupun Muhammad tidak pernah turun padang untuk melihat anak buahnya membuat kerja, Muhammad selalu meminta membuat laporan kepada nya. Menurut info Muhammad merupakan orang terkuat kedua dalam sejarah pasukan khas setelah ayah angkat Khai iaitu Amin. Muhammad merupakan salah satu orang terkuat tetapi sebahagian besar daripada pemuda pasukan khas Ak4 tidak mengakuinya dan hanya mengakui Zarul sebagai orang terkuat. Mereka tidak mengetahui sejarah silam Muhammad apabila beliau lah yang di latih secara langsung oleh Amin lagenda pasukan khas walaupun akhirnya Muhammad mengambil keputusan untuk masuk pasukan khas Ak4. Berbalik kepada Zarul, Zarul juga tidak mengetahui sejarah tentang kehebatan Muhammad dan hanya mengetahui Amin dan seorang anak kecil berjaya menyikirkan penjahat lagenda iaitu Wan . Masa itu pasukan khas Ak4 yang bertindak bersama salah seorang daripada pasukan khas iaitu Amin dan membawa seorang anak berusia 15 tahun. Mereka berdua berjaya mengalahkan pasukan penjahat lagenda itu tapi dengan sesuatu alasan anak lelaki itu meminta merahsiakan dirinya. Budak itu merupakan pemuda yang akan masuk pasukan khas selain itu, dia di latih langsung oleh Amin walaupun mereka berdua pasukan yang berbeza. Budak lelaki tersebut adalah Muhammad yang sekarang berumur 60 tahun dan peperangan tersebut telah berlalu 45 tahun yang lepas.
Khai memulakan tugas sebagai kapten dengan melawat kawasan kota putih abu, kawasan tersebut di katakan sebagai kawasan penipuan timbangan yang terkenal sebelum munculnya pahlawan kota putih abu. Orang tersebut adalah beliau sendiri hahaha. Setelah beliau pergi kurang lebih kota putih abu mula bergerak menipu timbangan. Setelah Khai sampai mereka terkejut kerana mereka dulu menganggap Khai sebagai alat tetapi akhirnya Khai sebenarnya orang penting dalam pasukan khas. Setelah kedatangan Khai bersama pasukannya urusan penipuan timbangan sudah selesai dengan bantuan anggota pasukan khas selain itu, pasukan khas di bawah perintah Khai menetap di situ dalam beberapa hari bagi memastikan tiada penipuan. Setelah beberapa hari pasukan khas berada di kota putih abu perniagaan, pembelian, pemborongan semakin lancar selain itu, kota putih abu semakin terkenal dengan perniagaan tanpa ada unsur riba.