Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 45 - campur tangan pemerintah negara

Chapter 45 - campur tangan pemerintah negara

Pasukan khas yang dipimpin oleh wakil kapten iaitu Akif sudah digerakkan oleh pemerintah negara dengan memasuki distrik hitam melalui kuala Kangsar dan terus pergi ke tempat pertempuran iaitu kota war yang mana tempat tersebut dijadikan tempat untuk berperang. Pergerakan khas ini telah diteliti dengan baik dengan alasan untuk menghentikan perang dan menangkap anggota kongsi gelap. Pergerakan mereka sudah tempat kerana masa ini sesuai kerana perang antara sudah hampir habis dan kemungkinan besar mereka sudah kehilangan banyak anggota sehingga tidak mampu untuk menghadapi pasukan khas. Pasukan khas ini bukan calang-calang orang kerana mereka adalah orang elit dan kuat daripada golongan profesional ahli bela diri iaitu Muay Thai, taekwondo, dan sebagainya selain itu, mereka juga terdiri daripada askar dan polis.

Sesudah sampai pasukan khas ke medan pertempuran, mereka bertembung dengan anggota kongsi gelap dragon yang mana kongsi gelap dragon ingin menghabiskan kongsi gelap budak tebing. Terjadilah perang antara kongsi gelap dragon dengan pasukan khas yang dipimpin oleh wakil kapten iaitu Akif. Pertempuran mereka cukup sengit dimana mereka sama-sama kuat selain itu, kumpulan kongsi gelap dragon tidak banyak kehilangan anggotanya dalam perang tersebut kerana mereka datang pentengahan perang tersebut. Akif selaku wakil kapten mampu menghadapi Efron selaku ketua kongsi gelap dragon, selain itu, Amar dan Amer berjaya di sekat oleh orang bawahan Akif iaitu Afifi dan Amin. Pertempuran mereka banyak mengambil korban antara mereka. Pada masa yang sama, Akif menhantar isyarat untuk meminta bantuan bagi menhancurkan kongsi gelap dragon dengan memberi isyarat seperti bunga api namun sebelum bantuan tiba kongsi gelap dragon tewas dan ketua mereka dan anak buahnya seramai seratus orang berjaya melarikan diri dan selebihnya ditangkap dan dibawa ke penjara budu. Setelah habis perang antara kongsi gelap dragon itu, pasukan khas berehat dan sambil menunggu bantuan tiba bagi meneruskan lagi misi mereka untuk menghentikan perang.