Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 48 - Perjalanan hidup baru

Chapter 48 - Perjalanan hidup baru

Perjalanan hidup baru. Anis merupakan seorang pembunuh upahan telah menyertai kumpulan kongsi gelap iaitu kongsi gelap dark of darkness. Penyertaan Anis ini mengubah Anis selaku pembunuh upahan sebagai anggota kongsi gelap selain itu, penyertaan Anis dalam kongsi gelap ini adalah disebabkan Anis ingin melampaui gurunya iaitu kapten Akma. Anis mempunyai dua guru pertama iaitu tok guru Mahmud yang terkenal di gunung putih dan Anis telah melampaui gurunya itu setelah berlatih selama satu bulan dengan gurunya yang baru iaitu kapten Akma. Setelah Anis berjaya menyertai kumpulan kongsi gelap dark of darkness yang diketuai oleh kapten Akma dan pada masa Anis menyertai kumpulan kongsi tersebut waktu itu masih berlaku perang dunia kedua . Pada perang tersebut, Anis tidak dibawa ke medan perang kerana sesuatu alasan walaupun kekuatan Anis dapat membantu mereka dalam memenangi pertarungan itu. Setelah berakhirnya perang dunia kedua dengan campur tangan pemerintah negara dengan menghantar pasukan khas. Setelah itu, Anis berjaya dinaikkan pangkat sebagai ketua kumpulan kecil dengan misi mencari maklumat tentang kongsi gelap dan pasukan khas. Anis menerima pangkat dan mengambil misi tersebut walaupun Anis sudah tahu bahaya yang akan menantinya selain itu, Anis menyukainya dan menanti misi tersebut untuk dilaksanakan kerana ia dapat menunjukkan kekuatan dan skill yang dimiliki nya.

Pada masa sama, Zarul dan Balqis sudah berpisah dengan Khai disebabkan Khai ingin pergi ke suatu tempat. Zarul mengutarakan pendapat kepada Balqis untuk menyertai pasukan khas yang berada di Kuala Kangsar selain itu, Zarul tidak pernah menjadi anggota rasmi kongsi gelap yang dipimpin oleh Syafiq dan pak din. Mengikut informasinya seorang yang ingin menjadi pasukan khas tidak boleh mempunyai hubungan dengan kongsi gelap selain itu, mereka harus mendedikasikan diri dengan tugas mereka walaupun nyawa menjadi taruhan. Zarul tidak mempedulikan hal yang remeh-temeh itu, lalu pergi ke Kuala Kangsar dengan harapan untuk menjadi anggota pasukan khas lalu meninggalkan Balqis di kota pribumi itu. Perjalanan Zarul untuk menjadi anggota pasukan khas tidak mudah dengan pelbagai halangan, check indentitas dan mengukur kekuatan untuk membolehkan mereka menjadi ahli tidak rasmi sebagai pasukan khas sebelum mereka menjadi rasmi setelah menunjukkan kemampuan pada latihan yang berlangsung selama tiga bulan. Selama tiga bulan berlatih dengan keras dan latihan tersebut tidak seteruk mereka (note : mereka itu adalah Zarul,Khai, Balqis dan Anis ) yang telah dilatih oleh kapten Akma. Setelah berhasil dengan latihan yang mereka berikan dan Zarul mendapat tempat pertama dalam latihan tersebut akhirnya Zarul rasmi menjadi anggota pasukan khas tapi bukan pasukan khas biasa tetapi pasukan khas Ak4. Dengan kemampuan Zarul dan anggota kumpulan Ak4 mampu menyeimbangkan lagi kuasa di wilayah distrik hitam.

Berbalik kepada Balqis yang ditinggal kan oleh Zarul di kota pribumi kerana tidak ingin menjadi pasukan khas selain itu, Balqis ingin menjadi seorang saintis dengan menjadikan kota pribumi sebagai tempat atau markasnya demi menjadi saintis dan mencipta senjata baru. Berbalik kepada situasi, jika Khai mengetahui bahawa Zarul meninggalkan Balqis keseorangan kemungkinan besar Zarul akan dihentam dan dipukul oleh Khai kerana tidak mempedulikan wanita walaupun wanita tersebut kuat. Pada masa ini kekuatan Khai masih di atas kekuatan Zarul sebelum Zarul menyertai pasukan khas Ak4. Pada masa ini setelah Zarul menyertai pasukan khas Ak4 kemungkinan besar Zarul dan Khai setanding atau Zarul lebih kuat berbanding Khai selepas diangkat menjadi anggota pasukan Ak4 yang menjaga keseimbangan wilayah distrik hitam yang dihuni kuasa besar dalam dunia kongsi gelap.