Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 49 - Sekilas masa lalu Zarul, Khai, Anis dan Balqis

Chapter 49 - Sekilas masa lalu Zarul, Khai, Anis dan Balqis

Zarul merupakan seorang anak yatim piatu sejak beliau berusia dua belas tahun. Kematian ibu dan bapanya akibat terjadinya peristiwa kebakaran di rumahnya. Zarul berjaya keluar disebabkan ayahnya berkorban nyawa untuk menyelamatkan diri nya dengan menggunakan tali. Setelah Zarul selamat beliau melaung untuk meminta tolong agar Selamat kan ibu dan ayah namun sayang mereka semua tidak mahu menolong nya kerana tidak mahu berkorban nyawa demi orang yang tidak di kenali. Hampir setengah jam baru ambulans dan bomba datang untuk menyelamatkan ayah dan ibunya namun sayang ketika bomba datang rumahnya sudah tidak mampu di tolong oleh bomba hanya sekadar termampu sahaja. Setelah peristiwa itu, Zarul tumbuh sebagai pemuda yang kuat dan tidak pedulikan orang lain sehingga beliau bertemu Balqis teman masa kecilnya yang dulu berpindah sebelum berlaku kebakaran di rumahnya. Pada mulanya Balqis dan Zarul tidak mengetahui mereka adalah teman masa kecil setelah berlaku kemalangan membabitkan mereka dan sehingga mengingatkan mereka semula tentang masa lalu dan teman masa kecilnya.

Balqis merupakan anak perempuan Jack yang merupakan penguasa Tirani di estet. Pada mulanya Jack meninggalkan rumahnya bersama isteri dan anak nya bagi meneruskan kejayaan sebagai penguasa di situ. Setelah hampir dua tahun Jack kembali dan minta maaf dan ingin kembali bersama keluarganya. Akhirnya, Jack , isterinya dan Balqis kembali bersama dan Jack membawa mereka pindah ke rumah barunya di estet. Pada awalnya Balqis tidak mahu pindah kerana tidak mahu berpisah dengan Zarul temannya itu, namun setelah dipujuk ayah dan ibunya Balqis pun setuju berpindah ke estet.

Anis merupakan anak yatim piatu sejak kecil lagi. Ibu dan ayah Anis di bunuh oleh perampok di depan matanya sendiri. Kematian Anis menyebabkan Anis kehilangan arah tuju dan akhirnya sejak kecil Anis terpaksa menjadi pengemis untuk mencari sesuap nasi. Setelah Anis menjadi sejak kecil Anis terpaksa menahan derita apabila pengemis selain dirinya iri terhadapnya sehingga memukul dan mengambil wangnya. Setelah peristiwa itu, Anis bangkit menjadi wanita yang kuat dengan membawa pisau sebagai senjata dan membunuh siapa menghalanginya. Setelah Anis menjadi pembunuh, Anis terpaksa melarikan diri daripada kejaran pihak polis setelah polis mengetahui tentang dirinya yang telah membunuh puluhan orang. Anis yang lari daripada kejaran pihak polis berhenti untuk berehat tiba ... Anis dipegang oleh seorang datuk tua berusia enam puluh tiga tahun. Anis terkejut lalu mengambil pisau untuk menikam datuk tersebut pisau tersebut patah akibat serangan pantas datuk tersebut. Akhirnya datuk tersebut membawa Anis ke bukit putih untuk dijadikan murid nya dan mengambil Anis sebagai anak angkatnya kerana Anis mempunyai bakat. Anis berlatih dengan giat bersama datuk tersebut. Datuk itu adalah tok guru Mahmud yang terkenal di bukit putih sebagai master bela diri. Anis tubuh sebagai wanita cantik dan kuat dengan menggunakan senjata tajam seperti belati untuk memudahkan nya untuk membunuh lawannya. Tok guru Mahmud melarang Anis menjadi penjahat , pembunuh atau sebagainya kerana ia tidak mahu menghalangi orang yang mempunyai tekad yang kuat.

Masa lalu Khai sudah ditujuk di tasik sunyi. Masa lalunya yang kelam itu, membuat dirinya kuat sehingga mampu menewaskan teman seperguruan yang telah berguru sebelumnya. Setelah peristiwa kemurungan Khai selama empat Khai diambil menjadi anak angkat oleh seorang pemuda itu untuk dijadikan pewarisnya. Setelah kejadian itu, Khai di jaga oleh pemuda itu bukan lagi ayahnya. Setelah tinggal di rumah pemuda itu, Khai bertemu dengan Balqis di sekolah Tirani estet. Setelah kejadian itu, Khai semakin bersemangat kerana ia sudah mendapat seorang yang baik dan selalu menyokongnya dan akhirnya Khai berjaya melupakan kisah silamnya yang pahit itu dan tubuh sebagai pemuda yang kuat. Pemuda yang menjadikan Khai sebagai anak angkat merupakan seorang pasukan khas negara dan mempunyai tempat perguruan.