Khai berjalan meninggalkan mereka berdua di kota pribumi dengan alasan untuk berjumpa dengan orang yang penting. Perjalanan Khai untuk berjumpa dengan orang tersebut mengambil masa berhari-hari kerana orang penting itu berada di luar wilayah distrik hitam. Orang penting yang di maksudkan oleh Khai sememangnya orang yang paling penting di negara tersebut kerana beliau lah pemimpin negara dengan nama samarannya ialah Glee.
Dalam hal ini, Glee yang memanggil Khai untuk melaporkan misi yang di berikan bagi menyiasat dan melaporkan pergerakan kongsi gelap di wilayah distrik hitam tersebut. Pada awalnya Khai sudah membuat rancangan setelah dia di berikan tugas ini oleh Glee . Rancangan Khai dengan membawa mereka berdua iaitu Zarul dan balqis untuk mengaburi pihak kongsi gelap yang mengenalinya. Rancangan Khai cukup perfect dengan memanfaatkan impian Zarul untuk menjadi pahlawan dengan memberi surat tentang keadaan distrik hitam manakala Balqis dengan memberi maklumat tentang Zarul yang ingin pergi ke distrik hitam.
Rancangan Khai ini cukup menjadi sehingga membuatkan Khai mampu beradatasi dalam lingkungan tersebut, mereka para anggota kongsi gelap tidak mengetahui penyamaran nya. Sebenarnya Khai cukup terkenal dalam kalangan para penjahat yang kuat yang berjaya melarikan diri dan bersembunyi di sebalik wilayah distrik hitam selaku pasukan khas Ak4 dengan kod salamander.
Setelah Khai memberi laporan kepada pemimpin negara, pergerakan pasukan khas telah bergerak demi menjaga kedamaian dan kestabilan kekuatan di wilayah distrik hitam itu. Selain pasukan khas, pasukan Ak4 turut di hantar sebagai pasukan bayangan dengan misi menhancurkan kongsi gelap yang dapat menhancurkan negara.
Pasukan khas Ak4 adalah pasukan khusus dengan di pimpin oleh Khai sebagai ketua. Khai di lantik sebagai ketua atau kapten pasukan Ak4 adalah kerana beliau adalah anak murid dan anak angkat bekas ketua Ak4 yang terdahulu. Bekas ketua Ak4 yang merekomendasi Khai sebagai kapten pasukan Ak4 tanpa ada bantahan kerana beliau mempunyai sejarah dan latar belakang yang hebat dalam pasukan khas sehingga menjadi salah satu orang kepercayaan pemimpin negara.