Setelah berakhirnya perang dunia kedua antara kuasa besar kongsi gelap dunia. Akhirnya perkembangan dan keseimbangan kuasa di wilayah distrik hitam kembali seimbang dengan adanya keadilan dan kejahatan setelah muncul pasukan khas dan pasukan khas Ak4 . Dalam hal ini, kemunculan pasukan khas dan Ak4 membuat kan penduduk merasa aman. Selain itu, sebahagian besar penduduk distrik hitam sudah tahu sekuat mana pasukan khas dan Ak4 dalam menjaga keseimbangan kuasa dan keselamatan mereka. Mereka sudah lama mengetahui kekuatan daripada pasukan Ak4 manakala pasukan khas, mereka baru tahu kekuatan setelah mereka melihat ketika pasukan khas berjaya menghentikan perang antara kongsi gelap besar.
Berbalik kepada kongsi gelap besar bermula dengan kongsi gelap dark of darkness. Setelah muncul pasukan khas dan mengetahui adanya pasukan khas Ak4 dalam balik bayangan, kongsi gelap dark of darkness kembali menyimpan kukuh walaupun mereka dalam misi menjadi raja kongsi gelap. Mereka kongsi gelap dark of darkness sudah mengetahui kekuatan sesungguhnya daripada pasukan khas Ak4. Selain itu, kapten Akma dan para anggota nya ingin berehat setelah menempuh pertarungan yang panjang dalam perang dunia kedua selama lebih satu bulan.
Kongsi gelap dark, tidak menunjukkan pergerakan hanya mereka membuat satu lebaran untuk mencari anggota baru kerana anggotanya dulu sudah ditangkap di penjara budu. selain itu, kongsi gelap ini turut membuat perancangan rapi bagi merebut kembali anggota nya di penjara budu.
Kongsi gelap Hasan. Kongsi gelap Hasan turut menrekrut anggota pasukan nya kerana ramai anggotanya tewas di tangan kongsi gelap dark of darkness. Selain itu, kongsi gelap Hasan masih berdiam diri di kubunya setelah berakhirnya perang dunia kedua.
Kongsi gelap Shah. Kongsi gelap Shah juga turut tidak melakukan pergerakan. Mereka hanya melihat keadaan dengan menghantar salah satu anggota untuk menjadi perisik.
Kongsi gelap lady. Kongsi gelap lady tidak menunjukkan pergerakan walaupun mereka berpeluang besar untuk memenangi perang dunia kedua tersebut. Mereka juga takut untuk melakukan pergerakan kerana pasukan khas Ak4 selalu memantau keadaan.
Kongsi gelap budak tebing. Kongsi gelap ini boleh dikatakan hilang dalam radar kongsi gelap setelah mereka beramai-ramai menyerah diri kepada pasukan khas Ak4 kerana mereka tahu mereka tidak mempunyai peluang untuk bertahan dan berlawan.
Semua kongsi gelap kecil turut tidak melakukan pergerakan berbahaya namun mereka turut di tangkap setelah pasukan khas mendapat info daripada penduduk di situ. Sebahagian besar kongsi gelap kecil di tangkap oleh pasukan khas manakala bagi kongsi gelap besar memerlukan anggota yang ramai dan kuat bagi untuk menangkap mereka.