Setelah beberapa minggu setelah berakhirnya perang dunia kedua. Pasukan khas dan pasukan Ak4 mula bergerak dalam misi untuk menangkap dan memerangi kongsi gelap. Pertama mereka memulakan dengan kongsi gelap kecil yang banyak membuat kekacauan di distrik. Pasukan Ak4 pada masa ini tidak mencampuri urusan pasukan khas tapi ada masa mereka mencampuri membabitkan kongsi gelap besar dan kuat. Pasukan khas dan pasukan Ak4 tidak pernah bergabung kuasa bagi menangkap kongsi gelap kerana pasukan Ak4 mempunyai kuasa bergerak sendiri manakala pasukan khas perlu dilaporkan ke para atasan bagi membuat sesuatu tindakan. Pada masa ayah angkat Khai sebagai ketua pasukan khas, mereka mendapat hak untuk bergerak sendiri selain itu, masa itu juga pasukan Ak4 menghormati dan mematuhi ayah angkat Khai sebagai ketua mereka walaupun mereka sudah ada ketua sendiri.
Pergerakan pasukan Ak4 adalah ketika kongsi gelap tersebut membuat kekacauan di bahagian penting distrik selain itu turut mengembangkan misi menhancurkan kongsi gelap besar seperti kongsi gelap dark of darkness, kongsi gelap lady, kongsi gelap Hasan , kongsi gelap dark dan kongsi gelap Shah. Seterusnya mereka juga bertanggungjawab dalam memastikan tidak ada lagi kuasa besar lain yang muncul. Ketakutan pemerintah negara adalah para kuasa besar yang mendominasi kawasan distrik hitam tersebut. Selain itu, mereka takut terhadap kekuatan yang dasyat dari mereka, mereka seperti moster. Ketakutan mereka terhadap bahaya kuasa menyebabkan pasukan khas Ak4 boleh bertindak sewenang - wenangnya.
Pemerintah negara melakukan pergerakan extreme ini kerana ingin menhabiskan para kongsi bagi tujuan untuk mengambil kekayaan hasil bumi di wilayah distrik hitam. Dalam negara ini iaitu Seoul kindom adalah negara yang mempunyai lima wilayah terbesar di dunia termasuklah wilayah distrik hitam. Wilayah distrik hitam sudah terkenal dengan hasil bumi yang melimpah namun mereka tidak boleh menyentuh wilayah tersebut kerana wilayah tersebut telah di jual dengan harga ribuan million juta tanpa campur tangan pihak luar. Selain itu, kekayaan melimpah ruah terbuang dengan begitu sahaja apabila pembeli yang paling kaya itu membuat wilayah distrik hitam tersebut sebagai wilayah hitam dengan majoriti penjahat dan orang yang tidak mempunyai tempat untuk tinggal.