Chapter 47 - kembali bertemu

Zarul telah mengetahui di mana Khai berada. Zarul tahu keberadaan Khai kerana telah membayar mata-mata untuk mencari Khai di sebabkan ingin berkongsi cerita tentang pahlawan mereka. Kedua mereka berjaya menjadi pahlawan di kota bunga dan kota putih abu yang disinggah mereka. Perbezaan mereka adalah Khai tidak sengaja menjadi pahlawan kerana mengusir kongsi gelap yang berperang di situ manakala Zarul ingin menjadi pahlawan dengan mengalahkan sekumpulan anggota yang bernaung dengan kuasa besar tok perapu dan menjadi anggotanya.

Setelah melakukan persiapan, Zarul pergi bertolak untuk bertemu sahabat baiknya iaitu Khai di kota pribumi. Persiapan Zarul boleh dikatakan banyak kerana Zarul sudah bersedia mengharungi kawasan tersebut yang dikatakan perdalaman dan susah untuk menemuinya kerana kota tersebut telah ditinggalkan oleh puak libre. Setelah hampir satu minggu bertolak untuk mencari Khai akhirnya bertemu dengan kota pribumi di mana mengikut infomannya Khai berada di situ. Zarul melihat kawasan kota pribumi yang dipenuhi dengan pokok yang berjalan di kota tersebut selain itu, banyak peninggalan sejarah dari puak libre. Setelah berjalan masuk Zarul bertemu Khai dan berkata ", hai Khai lama tak jumpa sihat ke" Alhamdulillah sihat ",kamu macam mana" "oh aku macam biasalah kenapa kamu di sini aku dengar kau dah jadi pahlawan di kota putih Abu" "oh kau tahu juga tentang perkara tersebut, aku sebenarnya tidak melabel aku sebagai pahlawan, mereka yang melebih-lebih, aku hanya ingin membantu mereka dan aku lari pun, aku tidak mampu untuk menanggung beban sebagai pahlawan kamu tak apa sudah jadi cita-cita kamu untuk menjadi pahlawan". "Kenapa kamu berada di sini" " oh aku berada di sini untuk bertemu dengan kamu" " kamu pula kenapa di sini" " oh aku, aku pergi sini bersama Balqis," " oh Balqis pun ada mana dia,". " Ada ni tengah mengkaji sejarah kota pribumi yang ditinggal oleh buat libre". banyak benda-benda sejarah untuk dikaji olehnya. Sekarang ni dia sudah tertarik dengan sejarah kuno di wilayah listrik hitam ini". "Begitu oh, dia sudah berubah tidak seperti dulu. Setelah mereka berdua berbual tiba-tiba ada seorang datang kepada mereka....

Orang yang datang kepada mereka adalah Balqis yang baru selesai mengkaji sejarah kota pribumi tersebut. Setelah Balqis muncul mereka kembali berbual bersama dengan Balqis. Mereka berbual tentang mereka, masa depan dan apa perancangan yang akan mereka lakukan nanti. Setelah berbual Khai minta izin untuk pergi ke sesuatu tempat mungkin Khai berkata dalam hati pasti menyembunyikan sesuatu gumam zarul ... setelah Khai pergi ke destinasi nya Zarul dan Balqis berpecah saling memutarkan badan untuk pergi ke destinasi seterusnya.