Perjalanan perang dunia kedua sudah di fasa yang terakhir di mana setiap pasukan mengalami kerugian yang besar yang perlu ditanggung. Kerugian besar mereka termasuk lah wang dan anggota mereka yang gugur di medan perang. Ketua kongsi gelap tiada pilihan lain selain berundur dan membiarkan posisi raja kongsi gelap atau penguasa kongsi gelap di wilayah distrik hitam kosong untuk sementara waktu. Kongsi gelap yang banyak mengalami kerugian yang besar yang perlu ditanggung adalah kongsi gelap Hasan dan budak tebing di mana pasukannya banyak yang tewas dan anggaran perbelanjaan mereka melebihi 1 juta manakala kongsi gelap Shah , kongsi gelap dark of darkness, kongsi gelap lady dan kongsi gelap dragon.
Selain itu, mereka semua turut dirugikan oleh pasukan khas yang baru dibentuk dan pasukan khas tersebut diketuai oleh wakil kapten Akif yang merupakan orang yang kuat dan patut dihindari oleh orang-orang yang lemah. Mengikut anak buah Akif iaitu Afifi dan Amin kekuatan Akif mampu menhancurkan pohon kayu selain itu dianggap moster kerana kekuatan fiziknya jauh di atas manusia biasa.
Ketika pasukan khas memasuki perang dunia kedua di kota war, pasukan khas ini yang baru dibentuk mampu menandingi salah satu kuasa besar selain itu mereka mampu memojokkan dan menangkap anggota kongsi gelap . Pasukan khas ini yang diketuai oleh wakil kapten Akif merupakan pasukan pertama yang dibentuk dan masih lima atau enam pasukan lagi untuk dibentuk dengan teliti agar mampu bersaing dan mampu bertahan menghadapi kongsi gelap.
Setelah pengunduran ketua kongsi gelap di kota war, pasukan khas telah membentuk atau membuat satu ibu pejabat atau kubu mereka. Dalam tu masa sama, ketua negara telah menubuhkan satu pasukan yang digelar Ak4 sebagai pengintip dan pengawas distrik hitam. Anggota Ak4 terdiri daripada latar belakang yang kelam dan gelap dimana hati dan perasaan sudah dibuang. Ak4 terdiri daripada 12 anggota termasuk lah kapten mereka. Ak4 merupakan pasukan yang ganas dan licik mereka bergerak melalui bayang dan jarang terlihat. Pasukan khas Ak4 sudah lama dibentuk sejak awal mula ketua negara membangun sebuah negara. Pasukan ini dulu diletakkan sebagai pasukan tindakan khas yang mana pasukan ini akan memantau dan menhukum siapa yang membuat kesalahan. setelah hampir berabad abad lamanya akhirnya pasukan ini dibubarkan oleh pemerintah negara disebabkan masalah tertentu. Penggunaan semula pasukan khas ini iaitu Ak4 disebabkan untuk mengawal keadaan dan menyeimbangkan keseimbangan kuasa di wilayah distrik hitam walaupun sudah menghantar pasukan khas ke distrik hitam.