Pak cik boleh kami menumpang rumah pak cik untuk sementara waktu. Boleh je nak, pak cik tak kisah, pak cik pun tinggal seorang je. nasib baik kamu ingin menumpang di sini sebab pak cik selalu sunyi berada di rumah kerana tiada teman untuk berbicara, berbagi-bagi makanan dan makan bersama. Pasti jadi sedap jika makan bersama-sama walaupun nasi kosong ulam pucuk, cicah budu haahahahahha. Ketika ada kamu, pak cik boleh lah berbual kosong, sambil makan bersama hhhahhahahaha tiada apa yang di harapkan oleh pak cik lagi hanya makan dan berbual saja itupun sudah lebih daripada cukup. Khai, terima kasih la pak cik izinkan kami menetap untuk sementara di sini, sebenarnya saya dan Zarul boleh saja tidur di tepi longkang tapi bagaimana dengan Balqis,saya tak sanggup melihatnya begitu lebih-lebih lagi dia adalah wanita, saya amat berterima kasih la. Tak perlu pun berterima kasih, kita sama sama untung jangan pedulikan sangat la.
selepas itu, mereka pun berbual dengan pak cik tersebut. pak cik itu bernama Baharudin atau din.mereka berbual tentang kisah awal mula wilayah ini di namai sebagai distrik hitam. mereka mendengar pak cik Din bercerita sambil memakan kuaci, mereka begitu asyik mendengar sampai dari tengah hari ke pagi esok, cerita tentang awal mula distrik hitam dan pengalamannya dalam menghidupkan diri di dalam distrik hitam ini. Pak cik Din tidak mempunyai ilmu mempertahankan diri tapi pak cik Din ada akal dan otak bagi melindungi diri " note : jika kita tidak ada ilmu mempertahankan diri gunakanlah akal untuk mempertahankan diri kerana lebih baik menggunakan akal daripada kekuatan". Setelah mereka berborak tiba² mereka didatangi oleh seorang lelaki,bertubuh sasa ingin berjumpa dengan pak cik Din. Zarul dan Khai bersedia membantu pak cik Din jika berlaku pergaduhan tapi sangkaan mereka meleset kerana lelaki sasa itu adalah anak buah pak cik Din dan beliau adalah anak angkat nya. Ooooo gtu , Zarul pun menyela pak cik Din kata,pak cik hidup seorang diri dan kenapa pak cik berbohong kepada kami. Tidak nak Pak cik tidak berbohong. Ya benar, pak cik ada anak angkat tapi kami hidup asing²,dia sudah ada rumah dia datang untuk melawat pak cik je. ooooo gtu maafkan la, saya yang telah berburuk sangka kepada pak cik. Tak apa pak cik paham, kita kalau nak hidup di distrik hitam, kita jangan percaya kan orang yang belum kita kenal kerana kita belum tahu dia baik atau jahat.
Keesokan harinya, pak cik Din membawa Zarul, Balqis dan Khai melawat tempat distrik hitam, bukan semua tempat berbahaya. Mereka pun sampai di suatu tempat iaitu pulau selatan. Tempat yang begitu indah,cantik dan menarik. Tempat tersebut aman kerana di jaga ketat oleh orang² yang kuat untuk mencegah daripada berlaku jenayah. Mereka adalah kumpulan orang kuat yang menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai kerana mereka tidak ingin perjanjian damai mereka terjejas kerana satu alasan yang tidak munasabah. Perjalanan Zarul untuk menjadi pahlawan sudah terhenti kan kerana kawasan di situ sudah aman damai disebabkan mereka telah membuat perjanjian damai antara mereka, namun begitu, Zarul tetap meneruskan impiannya walaupun keadaan tidak mengizinkan. Zarul mengangap dalam kawasan ini mesti ada yang memerlukan pertolongannya lambat atau cepat.