Chereads / Gundik Tuanku / Chapter 4 - Aurora Bukan Orang Yang Sama

Chapter 4 - Aurora Bukan Orang Yang Sama

Taman Istana Utama

Zainal Murad berjalan perlahan di Taman Istana Utama sambil ditemani Penasihat Latif. Sejak dari mula berjalan sampai sekarang tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Zainal Murad. Penasihat Latif perasan yang fikiran Zainal Murad entah kemana walaupun dia tengah berjalan sebab bila tersua sesiapa didalam perjalanannya sudah tentulah ada yang menyembah hormat padanya tapi Zainal Murad bagai tak perasan bila ada yang menegurnya sebab langsung tiada apa reaksi darinya.

" Tuanku, Tuanku ada masalah ke?" Penasihat Latif terpaksa ambil iniatif untuk bertanya bila Zainal Murad masih diam membisu. Malangnya pertanyaannya langsung tidak berjawab,,Nampak jelas hanya tubuh badannya yang sedang ada didepan mata Penasihat Latif sedangkan fikirannya entah dah sampai ke planet Pluto agaknya. Penasihat Latif menyentuh bahu Zainal Murad untuk menyedarkannya dari lamunannya.

"Huh?" Zainal Murad pusing kepalanya kearah Penasihat Latif dan mengangkat keningnya seakan bertanya apa yang Penasihat Latif nak.

" Tuanku ada masalah ke?"

"Tak de. Kenapa?"

" Tuanku macam fikirkan sesuatu. Dari keluar dari bilik bacaan sampai sekarang Tuanku senyap aje. Tak de sepatah perkataanpun yang keluar dari mulut Tuanku atau Tuanku kurang sihat?"

" Beta sihat. Beta fikirkan Aurora "

" Cik Puan Aurora?" Cik Puan Aurora buat hal lagi ke Tuanku ?"

" Tak "

" Abistu ?"

" Perangai Aurora sekarang jauh berbeza dengan Aurora yang dulu. Macam langit dan bumi. Kadang-kadang beta rasa Aurora tu bukan orang yang sama yang beta kenal."

" Patikpun perasan yang perangai Cik Puan Aurora berlainan sekarang tapi tak kan la pula ada orang menyamar jadi Cik Puan Aurora Tuanku..Patik rasa mungkin sebab trauma yang menyebabkan Cik Puan Aurora berubah " Penasihat Latif menarik nafasnya dan menyambung ayatnya lagi

" Lagipun bukanke Tuanku pernah cakap dengan Cik Puan Aurora bahawa Tuanku rimas dengan perilaku beliau sebelum ni dan mungkin juga sebab itulah dia berubah dan tak mahu ganggu Tuanku lagi"

Kali ini Zainal Murad terkesima dengan kata-kata Penasihat Latif.. Memang betul dia pernah cakap yang dia rimas dengan perangai Aurora sebelum ni itupun sebab Aurora menunjukkan perangai wanita yang tak matang dan terlalu manja bukan sebab dia rimas Aurora datang berjumpa dengannya. Aurora terasa hati dengannya ke sebab tidak sekalipun dia datang ke Istana Utama untuk berjumpa dengannya bahkan Aurora sekarang seperti mengelak darinya. Sedar tak sedar langkah kakinya diatur ke Istana Hilir ke tempat kediaman Aurora.. Entah kenapa hatinya ingin melihat raut wajah Aurora. Sesampai dipintu masuk Istana Hilir Penasihat Latif mengumumkan kehadiran Zainal Murad.

" Ketibaan Tuanku Zainal Murad ke Istana Hilir" Penasihat Latif bersuara lantang didepan Istana Hilir. Pengawal didepan pintu masuk Istana Hilir membukakan pintu untuk Zainal Murad masuk. Bila Zainal Murad masuk kedalam dia tidak nampak Aurora hanya Lela yang menerima kedatangannya. Lela menundukkan kepalanya tanda hormat.

" Cik Puan tengah bersiram, Tuanku " Bagitau Lela kepada Zainal Murad yang memandangnya dengan wajah tanda tanya. Zainal Murad membuka langkah kakinya dan berlalu ke bilik Aurora. Ketika sampai didepan pintu bilik Aurora, Zainal menolak perlahan pintu bilik Aurora dan berjalan menuju ke katil. Dia angkat kakinya dan duduk diatas katil sambil badannya disandarkan ke kepala katil. Dia terdengar suara Aurora dari dalam bilik mandi tapi dia tak pasti lagu apa yang Aurora nyanyikan sebab dia tak pernah dengar lagu tersebut tapi bunyi lagunya macam sedih.

" Demi cinta yang menyala

ku rela mengenggam bara api

demi kasih yang mengharum

sungguh aku rela

Biarpun pada pandangan

Seperti bunga yang layu terbuang

Namun kau pasti tahu

Semua kerna

Aku masih lagi setia padamu

Biarku menangis

seumpama pengemis "

Kemudian tiada lagi suara Aurora berkumandang tapi pintu bilik mandi terbuka perlahan dan Aurora keluar hanya dengan bertuala separas lutut serta menampakkan kulitnya yang putih bersih serta lehernya yang jinjang dan kepalanya dililit dengan sehelai lagi tuala dan dia mula berjalan ke arah almari pakaian, Zainal Murad telan air liur dan dia tahu yang Aurora tidak sedar akan kehadirannya, Zainal Murad turun dari katil perlahan dan mengorak langkah ke arah almari. Bila dia tiba dibelakang Aurora, Kedua tangan sasanya memeluk Aurora

" Ahhhhhhh" Aurora menjerit ketakutan dan bergerak untuk melepaskan diri tapi Zainal Murad menguatkan pelukannya

" Shhh... Kanda ni " Zainal Murad bersuara perlahan di cuping telinga Aurora. Aurora berhenti bergerak, bibir Zainal Murad kena dicuping telinganya dan hembusan nafas Zainal Murad kena dibahunya dan membuatkan cuping telinga dan pipinya mulai memerah. Dadanya bergendang sakan, belakangnya yang kena didada bidang Zainal Murad mula terasa panas. Dia kaku tak bergerak. Zainal Murad tunduk dan menghidu haruman di leher Aurora. Wangi. Nafas Zainal Murad mula berubah rentak, dari hanya menghidu haruman Aurora selepas mandi, Zainal Murad mula mencium leher Aurora bagai singa kelaparan dan mengigit geram.

" Ah!" Aurora terasa sakit dilehernya dan mula menolak Zainal Murad sekuat hatinya dan lari kearah kanan katil dan menarik selimut dari atas katil dan membalut tubuhnya.. Bagaikan baru tersedar dari mimpi Zainal Murad memandang kearah Aurora yang berbungkus dengan selimut. Dah macam hantu bungkus. Zainal Murad berjalan kearah kiri katil , dia duduk diatas katil dan bersandar sambil memandang ke arah Aurora.

" Mari sini " Arah Zainal Murad sambil melambai tangannya ke arah Aurora

" Tak nak " Jawab Aurora

" Tak nak?" Tanya Zainal Murad sambil mengangkat keningnya

" Mmm..Tak nak " Jawab Aurora sekali lagi sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Zainal Murad mula turun dari katil dan melangkah kearah Aurora. Aurora panik, dia lari naik keatas katil

" Tadi kanda ajak naik atas katil tak nak. Sekarang pandai pula naik sendiri " Zainal bersuara sambil kakinya melangkah ke katil didepannya, belum sempat Zainal Murad sampai ke katil Aurora dah terjun turun dari katil. Zainal Murad memandang Aurora tajam..

" Kali ni kalau kanda dapat Aurora taulah macamana kanda kerjakan Aurora " Zainal Murad ketap giginya geram, Zainal pusing dan lari kearah Aurora dan lagi sekali Aurora cuba melompat keatas katil tapi kali ini Zainal Murad dah bersedia dan sebelum sempat Aurora melompat tangan sasa Zainal Murad berjaya meraih pinggang Aurora dan kaki Aurora yang separuh diawangan terlanggar tepi katil dan menyebabkan kedudukan kedua-duanya tak stabil dan

Bam!

Kedua-duanya jatuh diatas katil dan kali ini Zainal Murad tersenyum nakal sebab tubuh Aurora dibawahnya. Aurora telan air liur. Idea..idea..mana idea ni...cepatlah datang...

" Lepaskan Aurora " Suara Aurora antara kedengaran dengan tidak

" Boleh tapi syaratnya Aurora kena cium kanda

" Pinta Zainal Murad sambil mengangkat keningnya. Aurora pandang Zainal Murad. Boleh percaya ke mamat gatal ni tapi tawaran dia tak susah mana..boleh diterima. Aurora mengangkat kepalanya dan mencium pipi Zainal Murad dan belum sempat dia menjatuhkan kepalanya kekatil tangan kanan Zainal Murad memegang tengkuknya dan tangan kirinya memegang kedua-dua pergelangan tangan Aurora dan meletakkannya diatas kepala Aurora. Bibir Zainal Murad mencium bibir Aurora. Aurora yang terkejut dengan tindakan Zainal Murad terbuka mulutnya dan memudahkan Zainal Murad memasukkan lidahnya kedalam mulut Aurora dan bermain dengannya.