Rahmah sampai di depan bilik bacaan Zainal Murad dan pengawal mengumumkan ketibaannya
" Cik Puan Rahmah datang mengadap"
" Masuk" Terdengar sepatah suara Zainal Murad..Rahmah masuk dengan lenggang-lenggang kangkungnya untuk menarik perhatian Zainal Murad sambil tersenyum manis..
"Kanda" Tegur Rahmah sepatah masih senyum.
" Hmmm..dinda nak apa?" Tanya Zainal Murad tanpa mengangkat mukanya..masih tekun meneliti kertas yang ada diatas meja.
" Dah lama kanda tak menjenguk dinda" komen Rahmah seakan merajuk
" Kanda sibuk" Jawab Zainal Murad spontan. Jawapan Zainal Murad buat Rahmat mengetapkan giginya geram..Huh..dengan aku sibuk, berasmaradana dengan Aurora tak sibuk pulak..
"Dinda rindukan kanda" Rahmah bersuara perlahan dan buat muka sedih cuba meraih simpati Zainal Murad
" Tentu dah hilang rindu dinda sebab dah jumpa kanda sekarang" Jawab Zainal Murad yang masih matanya kepada kertas yang tengah dibacanya tanpa memandang muka Rahmah
" Mana boleh hilang rindu dengan tengok muka kanda aje..Dinda rindu nak luangkan masa dengan kanda" Komen Rahmah lagi. Kali ini Zainal Murad mengeluh dan menyandar belakangnya ke kerusi.Matanya memandang Rahmah
"Adakah dinda nak kanda abaikan kerja kanda dan luangkan masa untuk dinda" Tanya Zainal Murad
" Bukan macamtu maksud dinda" Jawab Rahmah
" Habis tu, apa maksud dinda?" Tanya Zainal Murad lagi.
" Maksud dinda...biasanya malam kanda selalu menjenguk dinda tapi dah lama kanda tak datang" Jawab Rahmah
" Berapa isteri kanda?"Tanya Zainal Murad
" 4" Jawab Rahmah
" Jadi salah ke kanda luangkan masa kanda dengan mereka?" Tanya Zainal Murad lagi
" Tak salah tapi..."
" Tapi apa?"
"Tapi dinda pun isteri kanda juga" Protes Rahmah
" Sebelum ni bila kanda luangkan lebih masa kanda dgn dinda..tiada pula dinda bagitau kanda yang kandapun patut luangkan masa untuk mereka sebab mereka juga isteri kanda." Soal Zainal Murad..Rahmah terdiam tak tau nak jawab apa...dia genggam jari jemarinya dengan geram.
" Adakah sekarang adinda pertikaikan apa yang kanda buat sebab ianya tidak berpihak kepada dinda seperti sebelum ini.huh ?" Soal Zainal Murad lagi.
" Tidak".Jawab Rahmah sepatah
" Balik ke istana dinda sekarang" Perintah Zainal Murad
" Kenapa dinda tak boleh duduk disini sedangkan sebelum ini Aurora setiap hari berjumpa kanda?" Protes Rahmah tak puashati
" Aurora? Dinda cakap pasal Aurora?"
" Ya. satu istana tau setiap hari Aurora berjumpa kanda"
" Dinda tau apa yang Aurora buat disini sebelum ni?"
" Jumpa kanda untuk dapat perhatian kanda"
" Ya betul tapi dia tak pernah pertikaikan kanda seperti apa yang dinda buat sebelum ni"
" Apa???"
" Kalau adinda nak tau...Aurora tak pernah minta kanda luangkan masa untuknya walaupun sekali" Bagitau Zainal Murad..Aurora yang luangkan masa untuknya tanpa jemu..
" Baik dinda balik ke istana dinda...kanda nak habiskan kerja kanda sekarang" Sebaik Zainal Murad habis bersuara dia meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Rahmah..Rahmah yang bengang keluar dari bilik Zainal Murad dengan muka cemberut.. Sebaik Rahmah menutup pintu, Zainal Murad mengeluh dan bersandar semula..
Sebelum ini Aurora selalu berada dihujung bilik bacaannya sambil membaca...tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab tak nak menganggunya. Kalau orang tak perasan... orang tak akan tau dia ada dibilik yang sama cuma matanya selalu memandang Zainal murad..Bila Zainal Murad memandangnya, dia cepat-cepat memandang buku ditangannya seolah-olah sedang membaca cuma dia yang tahu bagaimana Aurora sebenarnya..Orang lain hanya nampak apa yang mereka nak nampak.
" Latif" Panggil Zainal Murad
" Ya tuanku" Jawab Latif masuk kedalam bilik Zainal Murad
" Panggil Aurora kemari" Perintah Zainal Murad
" Panggil Aurora?" Tanya Latif minta kepastian
" Ya, panggil Aurora" Sahkan apa yang didengar oleh Latif dan Latiff ketawa
" Rindukan Aurora rupanya..patutlah muka macam ayam berak kapur" Sakat Latif sambil tergelak
" Latiff!!!!" Marah Zainal Murad
" Ye la,.. ye la ..tak macam ayam berak kapur tapi macam ayam kena tungau aje...hahaha" Sebaik abis bersuara Latif cepat2 melarikan dirinya dari bilik Zainal Murad dan Zainal Murad menggeleng-gelengkan kepalanya...Ni la satu-satu kawannya yg memang langsung tak takut dengannya...Cakap ikut sedap aje kalau mereka tinggal berdua..
Setelah menunggu hampir setengah jam..kedengaran suara Latif dari luar pintu bilik Zainal Murad.
" Cik Puan Aurora masuk mengadap" Selepas suara Latif mengumumkan ketibaan Aurora, kelihatan dipandangan Zainal Murad susuk tubuh Aurora masuk kebilik bacaannya dengan wajah tandatanya.
" Tuankku panggil Aurora?" Soal Aurora
" Hmmm...duduk" Arah Zainal Murad sambil memandang Aurora mengambil tempat didepannya. Sebaik Aurora duduk Zainal Murad meletakkan satu buku didepan Aurora dan Aurora mengangkat keningnya beetanya secara tidak langsung kepada Zainal Murad
" Baca" perintah Aurora sambil memandang muka Aurora
"Tuanku nak Aurora baca buku ni?" soal Aurora tidak faham
" Ya" Jawab Zainal Murad sepatah
" Kalau tuankku nak Aurora baca buku ni. Aurora boleh baca buku ni kat istana Aurora" Bagitau Aurora
" Baca kat sini?" Perintah Zainal Murad
" Tapi.." Aurora cuba beralasan tapi ianya dipotong oleh Zainal Murad
" Temankan kanda disini ari ni ya" Bagitau Zainal Murad perlahan. Aurora cuba membuka mulut nak protes tapi tak jadi...
" Baiklah tuanku" Jawab Aurora perlahan.. Apakehal pulak aku kena teman dia padahal punya la ramai delegasi bini dia yang dia boleh suruh teman dia..aku gak yang dia nak dera...Mamat ni kalau aku hempuk kepala dia dengan buku kat depan aku ni aci tak? Aurora tarik nafas dan mula membuka buku didepannya.
Zainal meneruskan kerjanya dan sesekali dia menjeling Aurora yang dilihatnya tekun membaca..Tak sekalipun Aurora melihat kearahnya seakan dia langsung tak wujud didepan Aurora..dia mengeluh..Sedang dia membelek muka Aurora dari tempat duduknya kedengaran suara Latif
" Tengku Adam Haikal masuk mengadap" Sebaik abis suara Latif mengumumkan kedatangan Adam, Adam masuk kebilik bacaan dan matanya memandang ke arah wanita yang berada didepan kekandanya.
" Adam tak tau kanda ada pelawat setia ari ni" Bagitau adam sambil tersengih memandang Zainal Murad.
" Oh Tuanku ada pelawat..Aurorrla keluar dulu ya" Aurora cepat-cepat bangun nak melarikan diri
" Duduk situ diam-diam" Arah Zainal Murad menyebabkan Aurora duduk semula dengan dengan muka tak puashati
" Betul cakap kanda tu..Adam bukan nak cakap apa pun..saja nak melawat kanda...Ermmm...macamana buku yang Adam bagi Aurora dah baca ke?" Soal Adam sambil duduk dikerusi disebelah Aurora dan Zainal Murad mengangkat keningnya dan Adam faham maksud muka kandanya tu..
" Macam yang kanda tau...Adam kan selalu beli banyak buku bila ada kerja diluar negara..maka Adam bagilah Aurora beberapa buku yang Adam dah baca.." Bagitau Adam sebelum angin puting beliung melanda dikamar bacaan kekandanya dan jawapan Adam menerima anggukan dari Zainal Murad..selamat aku
"Aurora baru baca salah satu buku tu tapi belum habis lagi" Jawab Aurora tanpa memandang kedua-dua makhluk yang berada dengannya
" Apa pandangan Aurora tentang buku tu?" Tanya Adam nak tau dan matanya mengerling kekanda yang berada didepannya..Nampak kekandanya buat-buat sibuk dan konon-konon tak peduli perbualannya dengan Aurora.. Sapalah yang yang nak ditipu oleh kandanya ni ya.. Adam tersengih
" Buku tu bagus untuk menaikkan motivasi sesiapa yang membacanya dan ada tips yang amat berguna kalau kita nak memperbaiki diri kita dengan lebih baik..Terima kasih sebab bagi Aurora baca buku tu" Jawab Aurora ikhlas sambil tersenyum kearah Adam
" Gembira Adam dengar macamtu..Kalau Aurora dah abis baca semua buku tu Aurora bagitau Adam ya...Nanti Adam bagi buku yang lain pulak" Adam cuba terus bersembang dengan Aurora dan kadang-kadang menjeling kearah Zainal Murad..Aurora mengangguk kepalanya
" Kanda Aurora" Kedengaran suara Zainal Murad mematikan perbualan keduanya
" Huh" Aurora memandang Zainal Murad sambil mengangkat keningnya. tak faham.
" Apa kanda?" Tanya Adam yang juga buat-buat tak faham
" Aurora tu kakak ipar Adam..panggil dia Kanda Aurora..bukan namanya saja" Bagitau Zainal Murad yang dah mula sakit hati mendengar perbualan dua manusia didepannya..Aurora pandang Zainal Murad..Dah kenapa mamat ni..Alih-alih nak naik angin pulak
" Ohhh...Maafkan adinda wahai kekandaku sayang..Adinda kadang-kadang terlupa wanita cantik didepan adinda ni kakak ipar adinda" Jawab Adam sambil tersengih..cepat betul pelanduk masuk jerat..
" Hmmm...Aurora isteri kanda dan Adam jangan nak buat-buat lupa pulak." Zainal Murad pandang muka Adam dengan muka tak puashati..Aurora pandang muka Zainal Murad yang mulai merah dan muka Adam yang tersengih..Apakehal pulak diaorang berdua ni.
" Ye la..ye la..Adam tak lupa...Wanita cantik sebelah Adam, kekanda Aurora dari Istana hilir ni isteri kesayangan kanda." Jawab Adam tersengih sambil mengangkat tangan mengalah dengan Zainal Murad yang mula macam mak ayam yang anaknya kena kacau..
"..." Aurora pandang muka Adam ..Apa mamat ni merapu pulak sementara Zainal Murad tersenyum dan bila dia tersedar pandangan Adam padanya dia buat mula selamba..